Dream Trip to Macau

tajaan secantikmanis on Tuesday, October 28, 2014

Assalamualaikum

OMG habis sahaja belajar ( still belum graduate ) terus bekerja. Kadang-kadang terasa penatnya, tetapi tetap bersyukur dengan rezeki yang telah Allah berikan. Okey sudah dekat 4 bulan Leya bekerja, INI INILAH masanya untuk Leya berehat sebentar, melancong ke mana-mana untuk hilangkan penat lelah bekerja.

Pepatah melayu ada mengatakan, BAGAI PUCUK DICITA ULAM MENDATANG. Tergerak hati ini buka page NUFFNANG, #pap ada contest yang dijalankan sekarang di page NUFFNANG. Contest trip pulak tu, dapat melancong ke MACAU dan kesemua perbelanjaan di taja.


Dream trip to macau, nuffnang, thing to do at macau, macau attraction, secantikmanis.blogspot

Banyak perkara sebenarnya hendak di lawati dan di buat di MACAU. Okey tidak mengapa, Leya akan listkan 4 ( Empat ) tempat menarik yang hendak Leya lawati jika Leya berpeluang dapat pergi ke MACAU.

4 Tempat Menarik untuk Di Lawati di Macau.

 A World Heritage Site ( Tempat Bersejarah )

Leya seorang yang sukakan bangunan-bangunan yang pelik, cantik, bangunan lama dan yang paling penting bangunan yang berseni. Kalau Leya dapat menjejakkan kaki ke A World Heritage Site ini, memang Heaven la. Sebab di sini banyak bangunan-bangunan yang berseni seperti bangunan yang di kalerkan dengan warna-warna pastel ini. Selain itu ada, A-Ma Temple , Moorish Barracks, Lilau Square, St. Augustine’s Church, St. Dominic’s Church, Senado Square, Ruins of St. Paul’s, and Old City Walls. Bayangkan dalam 1 tempat ada lagi banyak tempat yang boleh Leya terokai dalam waktu yang sama. PLEASE PLEASE PICK ME!!

Guia Fortress ( Mercu Tanda )

Kalau sudah pergi melancong ke negara orang, tempat yang paling penting mesti kita kena lawati, atau sudah tentu bergambar masuk dalam instagram ialah Mercu Tanda sesuatu negara. Kalau di Malaysia, sudah pasti Menara KLCC dan Menara Berkembar Petronas. Kalau di France, Eiffel Tower. Kalau di Macau pula, Guia Fortress adalah mercu tanda yang perlu di lawati. Ada 3 perkara yang boleh dilakukan di sini. Kita boleh melihat Guia Lighthouse, rumah api yang paling tua di Macau. Bila berada di atas di bangunan Guia Fortress ini kita boleh lihat permandangan serba sedikit negara Macau.


House of the Dancing Water

Walaupun hanyalah persembahan air, tetapi tetap menjadi tempat yang perlu Leya lawati. Ada air banyak, dengan lagu dan lampu yang berwarna warni, serta ada orang menari menghayati cerita, sudah tentulah kena lawati.

 Macau Tower

Macau Tower MESTI kena pergi. WAJIB!! Teringin sangat #selfie macam gambar di atas sambil Leya buat Bungee Jump ( walaupun gayat dengan ketinggian ) tetapi, Leya sudah berjanji kalau Leya terpilih pergi ke Macau, Leya akan BUAT Bungee Jump ini. Sekali seumur hidup. Rugi kalau tidak lakukan. Di Macau Tower bukan sahaja boleh lakukan Bungee Jump, tetapi boleh buat Skywalk, ada Glass Floor, dan ada 5 star restaurant. Mana boleh tinggalkan makanan gitu.

Many many thanks to NUFFNANG MALAYSIA kesempatan ( jika terpilih ) untuk trip ke MACAU. Akan Leya gunakan sebaik mungkin rezeki yang telah di berikan. Tidak lupa jugak pada Macau Government Tourist Office (MGTO)
   

Cara Dapat Tiket Murah Ke Korea

tajaan secantikmanis on Wednesday, August 27, 2014

Assalamualaikum

Semenjak menjejakkan kaki ke alam pekerjaan, tiada masa sangat hendak update blog. Tetapi sekarang Leya nak berikan sedikit tips kepada sesiapa yang ingin tahu bagaimana cara untuk dapatkan harga tiket kapal terbang murah untuk ke korea.

STEP 1 :

Search atau buat carian tarikh penerbangan SETAHUN ke hadapan. ~huhuhuhu~ Maksudnya, hari ini 27/8/2014 Leya search tarikh setahun ke hadapan iaitu 1/10/2015 - 12/10/2015. Kalau tengok gambar di bawah ini,

Tempat : Bertolak dari Kuala Lumpur ke Busan ( 1/10/2015 )
Masa Flight : 8.10 Pagi
Harga Tiket : RM 259.00

Tempat : Bertolak dari Busan ke Kuala Lumpur ( 12/10/2015)
Masa Flight : 10.35 Pagi
Harga Tiket : RM 295.00

Jumlah keseluruhan untuk harga tiket ke Korea (Busan) : RM 554.00 ( termasuk airport charge and fees)
# ini tidak termasuk harga bagasi, makanan, insuran protection dan pilih seat


Trip Ke Korea, Trip 12 Hari Ke Korea, Trip Backpack Ke Korea, Trip Murah Ke Korea, Trip Murah Bawah Rm1000 Ke Korea,Cara Dapatkan Tiket Flight Murah Ke Korea

STEP 2 :

Perhatian korang semua, pemilihan tarikh jugak memainkan peranan yang penting untuk dapat harga tiket yang murah. Jangan risau Leya ada letak gambar untuk permudahkan korang faham ye.

Tempat : Bertolak dari Kuala Lumpur ke Busan ( 2/10/2015 )
Masa Flight : 01.15 Pagi
Harga Tiket : RM 319.00

Tempat : Bertolak dari Busan ke Kuala Lumpur ( 12/10/2015)
Masa Flight : 10.35 Pagi
Harga Tiket : RM 295.00

Jumlah keseluruhan untuk harga tiket ke Korea (Busan) : RM 614.00 ( termasuk airport charge and fees). Kan dah rugi berapa puluh dekat situ.

Trip Ke Korea, Trip 12 Hari Ke Korea, Trip Backpack Ke Korea, Trip Murah Ke Korea, Trip Murah Bawah Rm1000 Ke Korea,Cara Dapatkan Tiket Flight Murah Ke Korea
STEP 3 :

Trip Ke Korea, Trip 12 Hari Ke Korea, Trip Backpack Ke Korea, Trip Murah Ke Korea, Trip Murah Bawah Rm1000 Ke Korea,Cara Dapatkan Tiket Flight Murah Ke Korea

Eh macam mana pulak harga keseluruhan boleh jadi RM712.00 dari harga RM554.00. OK! Korang jangan risau. Ada berlakunya penambahan harga di situ kerana, secara automatiknya page AIRASIA ini akan meletakkan harga baggage korang untuk pergi balik yang beratnya tidak melebihi 20kg.

Setiap 20kg = RM79.00. Mahal jugak la kan. Okey kalau korang pergi backpacker.. Selalunya nak gerak dari Kuala Lumpur, tak payah la pilih baggage yang 20kg tu. Korang pilih je, tiada baggage. Backpacker korang tu bawak je masuk dalam flight. Letak je atas peha, buat peluk. Nanti dari Korea sana, barulah pilih 20kg tu, mana tahu beli souvenier terlebih ke, terbawak balik ahli Super Junior ke.. Dah berat kat situ.

STEP 4 :

Habis cerita pasal baggages, masuk pula cerita pasal Travel Protection . Akan ada 2 option untuk korang pilih sama ada korang hendak pilih Travel Protection atau tak nak, tak moh langsung travel protection. Kalau korang pilih, akan ada pertambahan harga sebanyak RM54.00 kalau tidak pilih, tiada pertambahan harga je la. Itu sahaja. Selalunya Leya tak pilih le.

Trip Ke Korea, Trip 12 Hari Ke Korea, Trip Backpack Ke Korea, Trip Murah Ke Korea, Trip Murah Bawah Rm1000 Ke Korea,Cara Dapatkan Tiket Flight Murah Ke Korea

STEP 5 :

Pemilihan Seat ( Tempat Duduk )

Dari aspek pemilihan seat pun, boleh berlakunya pertambah jumlah. Ada 4 option zone yang korang boleh pilih, dan semestinya setiap zone berlainnan la harganya. Zone yang paling murah harganya adalah Standard Seat RM29.00 . Tips Leya dekat sini, korang abaikan je buat pemilihan seat ni, jangan risau dapat jugak duduk, cuma tak dapat tempat yang kita suka la kan. Alah masuk je nanti, bukan korang nak buat apa pun. Tidur je pun. Duduk mana-mana pun boleh tidur.

Trip Ke Korea, Trip 12 Hari Ke Korea, Trip Backpack Ke Korea, Trip Murah Ke Korea, Trip Murah Bawah Rm1000 Ke Korea,Cara Dapatkan Tiket Flight Murah Ke Korea

STEP 6 :

Cara Pembayaran.

Okey ada 3 option. Credit Card/Debit Card, E-Gift Voucher dan Internet Banking ( Direct Debit ). Setiap option pembayaran ni, charge yang akan dikenakan lain ye jumlahnya. Kalau Credit Card rasanya RM16.00. Internet Banking pula RM4.00.

Selepas selesai membuat pembayaran, korang akan terima email pengesahan bersama nombor tempahan ( booking number ). Segala rujukan yang akan dibuat nanti, gunakan nombor tempahan yang telah diberikan.

Tips Membeli Tiket Murah ( Perlu ambil perhatian )

  • Kalau nak cari tiket harga murah, semak setiap hari dan waktu penerbangan. Harga berbeza untuk hari berbeza dan waktu penerbangan berbeza.
  • Beli awal. Lokasi popular mungkin lebih cepat habis tiket murah tersebut.
  • Tempahan tiket tidak perlukan nombor passport. Kiranya, korang boleh tempah tiket dulu, barulah buat passport.
  • Kita boleh buat check in online 14 hari sebelum terbang untuk mendapatkan Boarding Pass. Selalunya Leya, 3-4 hari sebelum terbang, barulah buat check in online ni. Boleh sahaja nak pergi check in dekat kaunter, tapi akan dikenakan RM10.00 untuk setiap 1 tiket. Bagaimana hendak check in online. Okey, pergi web AIRASIA dan pilih Web Check In.
Okey la kan tips yang Leya bagi ni. hehehe. Okey, selamat bercuti korang semua.

(Gambar) Zzati Bekas Teman Wanita Wan Zack Haikal Masih Menaruh Harapan.

tajaan secantikmanis on Wednesday, June 4, 2014

Assalamualaikum

Pertama sekali tahniah diucapkan kepada pemain bola Malaysia, Wan Zack Haikal yang telah melangsungkan perkahwinan dengan Syahifah Azmi (Shyfa)  yang telah berlangsung pada 30 Mei lalu di Masjid Kampung Pengkalan Pandan, Kemaman.

Sebelum ini Wan Zack Haikal pernah berkawan dengan Zzati Rashid tetapi putus kerana hal peribadi. Dengar cerita Wan Zack Haikal berkawan dahulu dengan Shyfa barulah berkawan dengan Zzati ni.

Betullah kalau jodoh tidak kemana, selepas kemelut dalam perhubungan Wan Zack Haikal dan Zzati Rashid sejak Oktober 2013, Wan Zack Haikal mengikat tali pertunangan dengan Shyfa pada awal tahun 2014.

Persoalannya sekarang, adakah Zzati Rashid masih tidak boleh menerima hakikat bahawa Wan Zack Haikal telah berkahwin? Wan Zack Haikal menggunakan akaun instagram dia yang baru telah upload gambar perkahwinan dia pada 3/6/2014.

Pada tarikh yang sama, Zzati Rasyid juga telah upload gambar dia memakai jaket pasukan Malaysia yang tentunya adalah kepunyaan Wan Zack Haikal.



Kalau betul la yang Zzati ini masih tidak boleh menerima hakikat, Cik Leya harap Zzati ini kuatkan lah semangat dan tabahkan la hati itu. Perkara yang lepas jangan di kenang. Awak tu pun cantik, carilah pasangan yang lain. Insyaallah akan hadir jodoh itu, antara cepat dan lambat. Sambil-sambil tu, carilah sama ye.