Khasiat Pokok Mulberry dan Buah Mulberry Yang Ramai Orang Tidak Tahu | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Secantikmanis.
POKOK MULBERRY
Tanaman dengan daun penghasil klorofil ini awalnya dikenal sebagai makanan istimewa ulat sutra, jika tidak makan daun ini ulat sutra tidak menghasilkan sutra yang baik. Disebabkan itu, banyak petani yang mula menanam tanaman ini. Mulberry adalah jenis tanaman yang tumbuh dengan sinar matahari sehingga tanaman ini dapat tumbuh pada ketinggian lebih dari 100m dari permukaan laut.
Malberi (Mulberry) atau nama saintifiknya Morus Alba. Mulberry memiliki sebutan nama yang berbeza di setiap negara seperti di Indonesia tanaman ini dikenal dengan sebutan Murbei atau arbei, dan di China dikenal dengan nama Sangye.
KHASIAT POKOK MULBERRY
Khasiat pokok mulberry yang mungkin ramai tak tahu. Sebenarnya orang Cina termasuk di tanah besar dah lama amalkan iaitu sejak 1800 tahun yang lalu di mana keseluruhan pokok Mulberry ini telah dimanfaatkan. Dari buah, ranting, daun dan juga akarnya ada unsur-unsur untuk rawatan penyembuhan.
Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry
pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin.
Biji Mulberry mengandungi ureas. Kulit akar pokok mulberi mengandungi
beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.
Pokok ini telah dikaji oleh pakar kimia. Mereka mendapati daun Mulberry mengandung beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin dan pelbagai lagi.
KHASIAT BUAH MULBERRY
POKOK MULBERRY
Tanaman dengan daun penghasil klorofil ini awalnya dikenal sebagai makanan istimewa ulat sutra, jika tidak makan daun ini ulat sutra tidak menghasilkan sutra yang baik. Disebabkan itu, banyak petani yang mula menanam tanaman ini. Mulberry adalah jenis tanaman yang tumbuh dengan sinar matahari sehingga tanaman ini dapat tumbuh pada ketinggian lebih dari 100m dari permukaan laut.
Poko Mulberry belakang rumah mommy. |
KHASIAT POKOK MULBERRY
Khasiat pokok mulberry yang mungkin ramai tak tahu. Sebenarnya orang Cina termasuk di tanah besar dah lama amalkan iaitu sejak 1800 tahun yang lalu di mana keseluruhan pokok Mulberry ini telah dimanfaatkan. Dari buah, ranting, daun dan juga akarnya ada unsur-unsur untuk rawatan penyembuhan.
Baru lepas petik tadi. Anak mommy ngap dah segenggam |
Pokok ini telah dikaji oleh pakar kimia. Mereka mendapati daun Mulberry mengandung beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin dan pelbagai lagi.
KHASIAT BUAH MULBERRY
- Buah yang tinggi antioksidan dan amat bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit.
- Buah mulberry ini kaya dengan vitamin C, Kalsium ,zat besi, riboflavin, kalium dan magnesium.
- Buah mulberry ini amat sedap jika dibuat jem untuk dimakan dengan roti atau dimasak sebagai puri untuk dimakan dengan kek atau scone atau pancake.
- Buah mulberry ini bukan sahaja bagus untuk kesihatan kulit, malah ia amat bagus bagi mereka yang menghadapi anemia, masalah buah pinggang, keletihan dan dikatakan bagus dalam merawat masalah rambut beruban.
- Sesetengah orang menggunakan buah mulberry sebagai salah satu masker dalam perawatan wajah untuk kulit lebih cerah dan licin.
- Buah mulberry juga dikatakan bagus untuk mereka yang menghadapi masalah kencing tidak lawas atau tidak boleh kencing serta mereka yang menghadapi masalah sembelit serta mereka yang mengidap migrain.
- Buah mulberry ini juga boleh dijadikan gantian bagi kismis atau buah prune kering sebagai satu alternatif lain.
- Buah mulberry juga bagus untuk mereka yang menghadapi masalah pencernaan, mengurangkan masalah gastrik dan membaiki selera makan. Malah ia dikatakan turut membantu masalah kembung perut dan sembelit.
- Mereka yang sering memakai kanta lekap dan menghadapi masalah mata kering digalakkan menikmati buah mulberry ini kerana dikatakan buah mulberry ini amat bagus untuk kesihatan mata
- Buah mulberry juga amat bagus untuk kaum wanita khususnya wanita lepas bersalin. Buah ini mampu menambahkan darah, mengurangkan anemia, menambah tenaga dan mengurangkan keletihan, Malah kaum ibu yang sukar tidur dan selalu pucat digalakkan mengambil mulberry sebagai makanan tambahan. Mulberry juga membantu dalam mengurangkan kebas tangan dan kaki sekaligus membantu ibu tidur dengan lebih nyenyak.
- Resveratrol antioksidan yang terkandung di dalam buah mulberry ini merupakan antioksidan yang amat bagus dalam kesihatan jantung.
- Di Asia buah mulberry ini dijadikan antara rawatan bagi penyakit cacing pita, arthritis, insomnia dan penyakit kulit seperti kurap.
- Dengan segala antioksidan yang terdapat dalam buah mulberry dikatakan buah mulberry juga mampu mencegah penyakit kanser, diabetes, penyakit saraf, membantu melambatkan penuaan dan sebagainya.
- Antioksida yang tinggi didalam buah mulberry juga dikatakan mampu mengurangkan bintik-bintik gelap diwajah dengan menikmatinya secara teratur.
- Anthocyanin sejenis antioksidan yang kuat dan jarang terdapat didalam buah lain, adalah antioksidan yang terdapat dalam buah mulberry yang mampu memperkuatkan tubuh dan menjauhkan kewujudan serta menghapuskan bintik-bintik gelap diwajah. Ini antara sebab kenapa buah mulberry sering terdapat dalam pelbagai produk kecantikan dan produk pencerahan.
15 Comments
banyak juga manfaat pokok mulbery ni. nice sharing :) ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeleteDari dulu nak tanam pokok ni tapi tak kesampaian aje, ingat nanti nak carilah benihnya..bagus ni..
ReplyDeletejiran ada tanam pokok ni..kalau datang rumah dia, sambil borak depan rumah, sambil petik masuk dalam mulut...banyak jugak khasiat dia rupanya ekkk
ReplyDeleteComelnye buah mulberry ni. Geram tengoknya. Banyak jugak khasiat dia kan.
ReplyDeletekat sekolah dulu ada pokok buah ni.. taktahu pulak nama dia, tahu berry je hahaha.. Memang sedap, masam-masam, makan terus dari petik dulu hahaha taktahu pulak banyak khasiat buah ni..
ReplyDeleteWahh banyak jugak khasiat buah mulbery ni. iena pernah makan buah ni :)
ReplyDeleteBanyak khasiatnya kan. Suka buah mulberi sebab rasanya masam masam manis
ReplyDeletekita mmg suka makan buah ni masa balik kg suami... tapi tak tau pula daun dia makanan utk ulat sutera...thanks for sharing...
ReplyDeleteBuah mulbery mmg banyak khasiat. Teringat masa stay kat Cameron Highlands dulu buah mulbery ni tumbuh melata je hehe
ReplyDeletesetuju dengan semua khasiatnya. saya makan juga tapi nak dapat khasiat yang secukupnya utk resvertrol tu tak cukup kalau dari makan mulbery shj kan.
ReplyDeleteWahhh banyak rupanya khasiat buat mulberry nie. Kat rumah ada pokok nie. Kalau dah tinggi tu, perghh besar sangat. Kena sentiasa cantas. Plus senang hidup pokok nie
ReplyDeletekat kpg mak pun ada tanam pokok mulberi ni. sempat la jugak merasa buahnya yang fresh petik dari pokok. tapi selebihnya rezeki cik monyet la.. huhu
ReplyDeleteTerima kasih atas info. Byk ya khasiat buah ni..pernah makan cam tu..adoii masam2 kelat..mayb dapat yg rasa masam kot..hehehe
ReplyDeleteThanks sharing. Byk information tahu tentang pokok mulberry ni.nnt nak tanam lah kat rumah sendiri
ReplyDeletepernah tengok video dekat india yang dia tanam pokok mulberry untuk bagi ulat sutera makan. Langkah yang kecil tapi bawa impak besar kepada satu kampung.
ReplyDelete