Buffet Ramadhan 2020 Di Villa Istana Melaka

Buffet Ramadhan 2020 Di Villa Istana Melaka | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Hi Secantikmanis Comeback. Tinggal tidak sampai 2 bulan lagi kita akan menyambut bulan ramadhan. So puasa la kan.

Selain bazar ramadhan yang popular bagi rakyat Malaysia untuk mencari makanan dan minuman untuk berbuka puasa, Buffet Ramadhan juga salah satu untuk berbuka puasa yang amat disukai rakyat Malaysia

Jadi untuk memudahkan pembaca blog mommy dan kawan-kawan di Melaka, mommy nak kongsikan Buffet Ramadhan Ala-Ala Bangsawan dan seperti di Istana hanya terdapat di Villa Istana Melaka.


Semua putih. Macam dekat majlis perkahwinan gitu.

VILLA ISTANA MELAKA

Villa Istana Melaka, singgahsana mewah yang tersergam indah di Ayer Keroh, Melaka Bandaraya Bersejarah, menjanjikan suasana pinggir bandar yang tenang dan mendamaikan. Villa Istana Melaka menawarkan kemudahan yang eksklusif serta ruangan yang didekorasi indah bagi penganjuran pelbagai majlis khas dan istimewa untuk memenuhi dan menepati citarasa dan keperluan anda.

Untuk merealisasikan majlis peribadi, keluarga dan korporat, terdapat 2 buah dewan yang didekorasi indah, iaitu Dewan DeFrasia Salao, dewan kaca dengan dekorasi bunga- bungaan dan Kanopi ‘The Garden Concept By the Pool’.

Setiap dewan ini berkapasiti memuatkan seramai 500 orang tetamu pada satu-satu masa, pastinya selesa dan berbaloi. Sesuai sangat la untuk pasangan yang sedang mencari tempat untuk melangsungkan majlis perkahwin.

Iyalah musim raya kan musim kahwin, alang-alang berbuka puasa boleh survey dan terus tempah tempat untuk majlis perkahwinan.

BUFFET RAMADHAN 2020 VILLA ISTANA MELAKA
Berbuka Puasa Ala Istana Dan Hotel 5 bintang, Dengan Harga Sangat Bepatutan.

Villa Istana Melaka kembali lagi dengan Sajian Menu Buffet Ramadhan 2020 @ Villa Istana Melaka dengan menyajikan pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan bersama aneka juadah yang menjadi ‘Menu Wajib’ pada bulan Ramadan, antara menu yang disediakan adalah Nasi Beriani dan Nasi Serai bersama Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Rempah, dan sebagainya di hidangkan secara ekslusif pada 13 “stall” pilihan.

C:\Users\user\Downloads\WhatsApp Image 2020-03-02 at 12.15.00.jpegC:\Users\user\Downloads\WhatsApp Image 2020-03-02 at 12.15.00 (1).jpeg



TARIKH MULA
Buffet Ramadhan 2020 di Villa Istana Melaka akan berlangsung daripada 25 April sehingga 20 Mei.

HARGA

Harga yang amat berpatutan bagi mommy, dengan tempat seperti di istana, disediakan sehingga 13 stall pelbagai aneka juadah.
Harga Nilai Hebat yang ditawarkan
RM 49 untuk dewasa
RM39 untuk kanak-kanak.
KEMUDAHAN

Di Villa Istana Melaka juga menyediakan Bilik Solat Khas agar para pelanggan dapat menunaikan solat Maghrib dan Isyak dengan selesa selepas berbuka puasa. Bilik penginapan ekslusif juga disediakan untuk pengujung musafir yang ada urusan lanjut di Negeri Melaka Bandar Bersejarah.

TAWARAN

Early Bird serendah RM 45 untuk dewasa dan RM 35 untuk kanak kanak dan warga emas. Diskaun untuk tempahan awal sebelum 24 April 2020.

Tawaran Super Early Bird hebat dengan harga hanya RM 35 untuk dewasa dan RM 25 untuk kanak-kanak dan warga emas di berikan khusus untuk pengunjung Preview Buffet Ramadhan 2020 di Villa Istana Melaka.

Tempahan untuk keluarga, korporat dan berkumpulan juga di sediakan dengan tawaran pakej yang sangat menarik. Tempahan awal juga digalakkan untuk majlis korporat bagi memastikan majlis berbuka tersebut berjalan dengan lancar dan selesa.

SIJIL HALAL
C:\Users\user\Downloads\78502593_2534538486641791_2040979484240248832_o.jpg
Villa Istana Melaka diyakini halal dan mesra pengguna.
Villa Istana Melaka juga menitik beratkan tentang citarasa dan kualiti sajian yang dihidangkan serta perkhidmatan yang cemerlang. Dengan pengalaman selama 14 tahun di dalam bidang perkhidmatan katering dan pengurusan acara, daripada majlis perkahwinan sehingga majlis rasmi, sajian menu yang dihidangkan sentiasa mendapat pengiktirafan kepuasan daripada pihak pelanggan.

Pengalaman ini juga meletakkan Villa Istana Melaka berkemampuan untuk mengendalikan sebarang jenis majlis keraian untuk memenuhi kehendak dan citarasa para pelanggan. Dengan berkonsepkan “in house halal kitchen”, sajian disediakan dan dihidangkan sendiri oleh chef terlatih oleh Villa Istana Melaka untuk mengekalkan kualiti sajian.

Villa Istana Melaka sentiasa berusaha untuk memenuhi impian anda sebagai destinasi terbaik bagi penganjuran pelbagai majlis dan percutian anda.
Villa Istana Melaka….. Your One Stop Hospitality Villa
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
VILLA ISTANA MELAKA
Lot 11319 PM1313 Jalan TU1,
Taman Tasik Utama Ayer Keroh, Melaka
+6 06 – 233 0205 / +6 0162580734

Fb: @IstanaMelaka
Insta: @villaistanamelaka

4 Comments

  1. haduiii.meriahnya suasana buffet ramadhan kat villa ni..dah la suasana nya best.

    ReplyDelete
  2. Murah ni buffet ramadhan kat Melaka ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la pergi bawak anak bini nanti ye

      Delete