Panic Buying Rakyat Malaysia

Panic Buying Rakyat Malaysia | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Secantikmanis. Amboi-amboi rakyat Malaysia ni, anda semua dah beli awal-awal barang harian dan keperluan mommy yang belum gaji lagi macam mana ni.

Rakyat Malaysia, meh mommy nak pesan sikit. Kita ni jadi makhluk Allah SWT janganlah buat satu pembaziran dan boros. hehehe. Lagi satu, janganlah share benda-benda atau info yang belum sahih. Macam semalam, belum sempat lagi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin buat ucapan pengumuman rasmi Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020, rakyat dah mengelabah dah.

Malam tadi rancak sungguh feed facebook mommy, dengan gambar-gambar rakyat malaysia yang membuat pembelian panik di pasaraya-pasaraya besar serta kedai runcit panjang pun ada.




Anda semua boleh tengok video ucapan pengumuman rasmi Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020


Ini bukan LOCKDOWN yang diheboh-hebohkan. Cuma perintah kawalan pergerakan sahaja. Ada rakan-rakan facebook mommy cakap, janganlah ketawakan orang yang panic buy ni. Bukan apa kami ni nak elakkan keluar banyak kali.

Haishh la. Kalau mommy la, mommy tak percaya diri mommy ni. Ada je benda yang tak cukup kat rumah tu nanti. Kadang-kadang nak beli serai je pun, terus dibelinya bawang la, halia la, kunyit la. Kesudahnya tak guna pun. Itu kira pembaziran la tu.

Bukan la tak boleh beli, kena beli korang weh. TETAPI, ambil dengan kadar yang mencukupi sepanjang kawalan perintah pergerakan ini berlaku mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.

Apapun mommy harap korang semua dapat ikut larangan yang telah di berikan. Kita Rakyat Malaysia memainkan peranan yang penting dalam menyekat Virus COVID-19 semakin meningkat.

Tidak mustahil masa akan datang Malaysia pun kena LOCKDOWN. Jangan main-main.Tak best pun LOCKDOWN ni..

19 Comments

  1. Alhamdulilah tak terjabk dengan panik buying ni..cuma Suami je semalam pergi memancing bawa balik ikan sebeso tidak sampai 5 ekor, panik Sis ko hahahahaha

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Saya pun x terjebak dgn panic buying. Alhamdulillah juga negara kita x dei full lockdown. However, let’s be safe and enjoy our stay at home vacation. Staying home is the new going out.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, tak terjebak walau saat-saat menghampiri pukul 10 malam tadi, ada gak rasa nak keluar borong barang kat maslee...hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawasan akak kalau beli brg kat tesco blh delivery tak?

      Delete
  4. panic buying...hmm rakyat malaysia memang semuanya panik....tapi tak fikir satu jer..kesedaran utk mengurangkan penyebaran wabak huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka masih tak ambil tahu negara2 yang dah di lockdown. kalau mereka ambil masa membaca, mesti mereka takut

      Delete
  5. Sis panik gak..panik sebab tadi ke market..banyak barang tak dok...aduhhh nak masak dinner yg kita rancang terus tak jadik..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak sebab ni la kot ramai-ramai dok panik

      Delete
  6. Sis pun tak ada pergi beli apa-apa. Tapi bila dah semua kedai makan tutup, susah juga bila tak ada stok. Pegi kedai semua habis pulak tu. Haishhh. Org suh dudk rumah utk elak wabak merebak. Ni sibuk nak balik kg pula. adoyai. Itulah gnanya 14 hari tu. Supaya yg ada simptom tak direbakkan ke tempat lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab balik kampung tu memang buat mommy pun beranginnnnn je

      Delete
  7. Sy pun xtrjebak ngn panic buying nie.. Macam la xde hari esok nk bli brg tue..abj smua diborongnye..rakyat malaysia, mmg mcm nie..suka panik akhirnya mmyusahkan org lain

    ReplyDelete
  8. Panic buying kat mall yang mahal tu lg menakutkan. Semua tetiba mampu! Ruby memang buat stok bulanan. Kadang nak ayam ikan, setiap minggu ke pasaraya. Masa tu ramai org. Dah dicop kita panic buyer. Hahahaa. Sebab gaji freelancer ni bukan 25-30 hari bulan kan. Bebila ada duit baru pi membeli ya juga. Bayangkan Perintah ini diumum pada 26 hb. Lagi penuh market. Sekarang ni pun bahan asas pun dah kosong kat kak. Memang lg panik la kita. Hahaha.

    ReplyDelete
  9. Sometimes sedih dengan attitude segolongan malaysian, kenapa nak rebut ni bukan darurat

    ReplyDelete
  10. Memang jadi penuh supermarket disebabkan panic buying ni.. Semua risau bekalan makanan dalam rumah kehabisan.. Adoi.. Beli banyak2 sampai orang lain pun tak dapat nak membeli untuk keperluan..

    ReplyDelete
  11. Perghhh ramainya. Masa awal2 perintah berkurung dikuatkuasa tu mmg xkeluar rumah sbb tahu akan bersesak2 mcm nie. Fuhh x sanggup

    ReplyDelete
  12. berapa kali panic buying kan. semoga dipermudahkan urusan kita semua dan semuga cepat berakhir covid ni

    ReplyDelete
  13. Sedih betul bila tengok ramai sangat yang membanjiri shopping complex untuk mendapatkan segala barang keperluan dalam keadaan ini... yelah kan... borong bertroli-troli dah satu hal... over crowded weiiii... menyebabkan kawasan tersebut juga berpotensi untuk menjadi tempat penularan COVID-19 yang baru... oh gosh... semoga kita semua dilindungiNya... #sistakterlibat #sistakpanicbuying

    ReplyDelete