Review Moty Hotel Melaka

Review Moty Hotel Melaka | Assalamualaikum, mommy buat keputusan untuk menginap di Moty Hotel Melaka disebabkan pernah viral 2 tahun lepas. Baru minggu lepas dapat pergi sebabnya 2 tahun lepas tengah mengandungkan Nayla. Ini kiranya suprise la daripada suami mommy.


LOKASI
Lokasi Moty Hotel, Melaka memang paling strategik untuk pelancong luar negara. Terletak berdekatan dengan tempat shopping seperti Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan. Area Jonker Walk pun dekat korang. Jalan kaki je pun boleh.

LOBI
Untuk hotel 3 bintang, lobi hotel kelihatan amat memuaskan. Tengok daripada luar macam keadaan rumah flat, masuk dalam suami pun terkedu. Patutlah sayang nak tido sini.



PERKHIDMATAN BELL
Masuk sahaja pintu hotel akan ditegur dengan Security Guard. Terus dia suruh pergi ke reception.

DAFTAR MASUK
Pendaftaran masuk berjalan dengan lancar, cumanya tak sangka pula deposit sampai RM 200 hotel mintak. Dalam wallet tak sampai pun RM 200. Tanya pihak hotel mana bank berdekatan, cuma ada bank UOB itupun dalam 1 KM macam tu. Suami pergi la menapak ke bank, tak boleh pulak keluar duit guna kad atm Maybank. Sudahnya deposit guna 100 Dollar Singapore.


BILIK
Pada mulanya mommy tempah bilik biasa. 2 katil bujang. Bila dah masuk bilik, mommy call reception dan buat aduan pasal bathtub. Bathtub bilik yang mommy dapat bocor walaupun dah ditampal. SO reception terus mintak maaf dan tukar bilik mommy ke DELUXE ROOM king bed size, tak perlu tambah duit pun. happy nya.



Bilik yang luas dan katil yang sangat besar. Memuaskan. Katil bujang yang mula-mula mommy dapat pun besar jugak untuk tidur seorang. Bau bila masuk bilik, tidak bau terlalu wangi dan tidak bau busuk jugak. Tak ada bau agaknya. Sibuk merakam.

Mommy suka sangat dengan kemudahan yang ada dalam bilik ini. Yang paling suka. Bilik air transparent tu. Boleh nampak apa buat dalam tu




SWIMMING POOL
Swimming Pool untuk Moty Hotel adalah dalam bangunan. Boleh mula mandi dari pukul 8.00 pagi sampailah 9.00 malam. Sejuk weh. Mandi sekejap je. Tak kena matahari.


SARAPAN PAGI
Suami dan mommy memang kalau pergi hotel mana-mana akan survey sarapan pagi mereka. Kalau boleh nak turun dari masa yang di tetapkan. Paling awal setakat ini memang akan turun pukul 8.00 pagi dan duduklah sampai habis masa.


18 Comments

  1. Deposit guna 100USD Singapore ? Tapi hotel di Melaka ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan depositnya rm 200 sahaja. silap diri sendiri tak call tanya reception dan tak keluarkan duit. so kena pergi bank berdekatan uob je ada. tp tak boleh pulak keluar duit guna kad maybank. tu kena dollar

      Delete
  2. Satu malam sini berapa? Tgk macam exclusive pulak. Bilik air open dari bilik tu. Tapi kena ready deposit rm200 jela

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsiannya.
    Nanti bolehlah bawak family ke sana.

    ReplyDelete
  4. lawanya hotel ni! ada pools indoor pula tu

    ReplyDelete
  5. haha macam tak percaya bila tengok bangunan luar. bila tunjuk gambar bahagian dalam, nah! ternganga!

    ReplyDelete
  6. Wowwww kelas ko Leya, mewah gile hotelnyaa ek..puashati berbaloi menginap kalau seluas macamtu biliknya...

    ReplyDelete
  7. Cantiknya bilik dia..rasa teringin nk pergi pulak :)

    ReplyDelete
  8. Hotel bagi kita lah kalau nak tahu selesa atau best kena tengok Lobby nya kalau dah besar dan cantik macam ni dalam bilik confirm best dan menarikkan hehehe tapi nak pergi Melaka tak tahu bila lagi ni heheheh..

    ReplyDelete
  9. cantik juga bilik dia ye ... makanan pun not bad...boleh cuba menginap kat sini bila balik melaka nnt...thanks for sharing

    ReplyDelete
  10. Agak.menarik hotel ni. X.pernah lagi.menginap di sini..so harap satu hr boleh bw famili ke sini

    ReplyDelete
  11. cantik juga hotelnya ni. mewah nampak. mesti puas hati lah dapat menginap bilik besar macam tu

    ReplyDelete
  12. Rawlins pun sejenis yang duduk hotel mesti nak turun breakfast on time - suka macam-macam tapi mesti ada egg station. Hehe. Baru la meriah.

    ReplyDelete
  13. This is so freaking glam! I want to stay here just for ONE night too!
    thanks for sharing!

    ReplyDelete
  14. Wow cantik gila ye hotel dia.. nampak glamour habis.. lepas tu makanan pun nampak enak.. tak tahu lah bila nak pergi .. Corona viruses sekarang ni

    ReplyDelete
  15. Hotel ni nampak selesa juga kan, dah lama tak pergi melaka

    ReplyDelete
  16. cantik betol suasana hotel ni . Dari luar dah instagrammable sangat. memang menarik sangat ni

    ReplyDelete
  17. Cantiknya hotel ni tapi tu la dalam keadaan sekarang mampu tengok n baca review je la dulu huhu

    ReplyDelete