secantikmanis

  • Home
  • Travel
  • Parenting
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • JDT Blogger
    • Version 1
  • Contact Us
Involves Asia Progam Affiliate Tempatan Yang Paling Popular Di Malaysia | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Secantikmanis.


Mommy baru hendak bermula, tengah berjalan-jalan ke Blog kawan-kawan yang sudah lama menjana duit dengan hanya berblog sahaja. Mommy dah lama tinggalkan dunia blog. Sekarang masa untuk fokus. Buat 300-400 kerja la ni. Ikut saranan kerajaan Malaysia.


Masih pending lagi tu. Tunggu dalam1-2 hari bekerja untuk pihak Involve Asia review. Banyak lagi yang kena mommy belajar ni. Kalau siapa-siapa ada tulis blog konten mengenai Involve Asia , bolehlah tulis komen ye.
#wordlesswednesday 1 [ Still Relevant ]


Buffet Ramadhan 2020 Di Villa Istana Melaka | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Hi Secantikmanis Comeback. Tinggal tidak sampai 2 bulan lagi kita akan menyambut bulan ramadhan. So puasa la kan.

Selain bazar ramadhan yang popular bagi rakyat Malaysia untuk mencari makanan dan minuman untuk berbuka puasa, Buffet Ramadhan juga salah satu untuk berbuka puasa yang amat disukai rakyat Malaysia

Jadi untuk memudahkan pembaca blog mommy dan kawan-kawan di Melaka, mommy nak kongsikan Buffet Ramadhan Ala-Ala Bangsawan dan seperti di Istana hanya terdapat di Villa Istana Melaka.


Semua putih. Macam dekat majlis perkahwinan gitu.

VILLA ISTANA MELAKA

Villa Istana Melaka, singgahsana mewah yang tersergam indah di Ayer Keroh, Melaka Bandaraya Bersejarah, menjanjikan suasana pinggir bandar yang tenang dan mendamaikan. Villa Istana Melaka menawarkan kemudahan yang eksklusif serta ruangan yang didekorasi indah bagi penganjuran pelbagai majlis khas dan istimewa untuk memenuhi dan menepati citarasa dan keperluan anda.

Untuk merealisasikan majlis peribadi, keluarga dan korporat, terdapat 2 buah dewan yang didekorasi indah, iaitu Dewan DeFrasia Salao, dewan kaca dengan dekorasi bunga- bungaan dan Kanopi ‘The Garden Concept By the Pool’.

Setiap dewan ini berkapasiti memuatkan seramai 500 orang tetamu pada satu-satu masa, pastinya selesa dan berbaloi. Sesuai sangat la untuk pasangan yang sedang mencari tempat untuk melangsungkan majlis perkahwin.

Iyalah musim raya kan musim kahwin, alang-alang berbuka puasa boleh survey dan terus tempah tempat untuk majlis perkahwinan.

BUFFET RAMADHAN 2020 VILLA ISTANA MELAKA
Berbuka Puasa Ala Istana Dan Hotel 5 bintang, Dengan Harga Sangat Bepatutan.

Villa Istana Melaka kembali lagi dengan Sajian Menu Buffet Ramadhan 2020 @ Villa Istana Melaka dengan menyajikan pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan bersama aneka juadah yang menjadi ‘Menu Wajib’ pada bulan Ramadan, antara menu yang disediakan adalah Nasi Beriani dan Nasi Serai bersama Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Rempah, dan sebagainya di hidangkan secara ekslusif pada 13 “stall” pilihan.

C:\Users\user\Downloads\WhatsApp Image 2020-03-02 at 12.15.00.jpegC:\Users\user\Downloads\WhatsApp Image 2020-03-02 at 12.15.00 (1).jpeg



TARIKH MULA
Buffet Ramadhan 2020 di Villa Istana Melaka akan berlangsung daripada 25 April sehingga 20 Mei.

HARGA

Harga yang amat berpatutan bagi mommy, dengan tempat seperti di istana, disediakan sehingga 13 stall pelbagai aneka juadah.
Harga Nilai Hebat yang ditawarkan
RM 49 untuk dewasa
RM39 untuk kanak-kanak.
KEMUDAHAN

Di Villa Istana Melaka juga menyediakan Bilik Solat Khas agar para pelanggan dapat menunaikan solat Maghrib dan Isyak dengan selesa selepas berbuka puasa. Bilik penginapan ekslusif juga disediakan untuk pengujung musafir yang ada urusan lanjut di Negeri Melaka Bandar Bersejarah.

TAWARAN

Early Bird serendah RM 45 untuk dewasa dan RM 35 untuk kanak kanak dan warga emas. Diskaun untuk tempahan awal sebelum 24 April 2020.

Tawaran Super Early Bird hebat dengan harga hanya RM 35 untuk dewasa dan RM 25 untuk kanak-kanak dan warga emas di berikan khusus untuk pengunjung Preview Buffet Ramadhan 2020 di Villa Istana Melaka.

Tempahan untuk keluarga, korporat dan berkumpulan juga di sediakan dengan tawaran pakej yang sangat menarik. Tempahan awal juga digalakkan untuk majlis korporat bagi memastikan majlis berbuka tersebut berjalan dengan lancar dan selesa.

SIJIL HALAL
C:\Users\user\Downloads\78502593_2534538486641791_2040979484240248832_o.jpg
Villa Istana Melaka diyakini halal dan mesra pengguna.
Villa Istana Melaka juga menitik beratkan tentang citarasa dan kualiti sajian yang dihidangkan serta perkhidmatan yang cemerlang. Dengan pengalaman selama 14 tahun di dalam bidang perkhidmatan katering dan pengurusan acara, daripada majlis perkahwinan sehingga majlis rasmi, sajian menu yang dihidangkan sentiasa mendapat pengiktirafan kepuasan daripada pihak pelanggan.

Pengalaman ini juga meletakkan Villa Istana Melaka berkemampuan untuk mengendalikan sebarang jenis majlis keraian untuk memenuhi kehendak dan citarasa para pelanggan. Dengan berkonsepkan “in house halal kitchen”, sajian disediakan dan dihidangkan sendiri oleh chef terlatih oleh Villa Istana Melaka untuk mengekalkan kualiti sajian.

Villa Istana Melaka sentiasa berusaha untuk memenuhi impian anda sebagai destinasi terbaik bagi penganjuran pelbagai majlis dan percutian anda.
Villa Istana Melaka….. Your One Stop Hospitality Villa
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
VILLA ISTANA MELAKA
Lot 11319 PM1313 Jalan TU1,
Taman Tasik Utama Ayer Keroh, Melaka
+6 06 – 233 0205 / +6 0162580734

Fb: @IstanaMelaka
Insta: @villaistanamelaka
Facebook Mode Gelap Untuk Dekstop | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Hi Apa Kata Mommy. Siapa sini yang suka layari Facebook dekat dekstop atau laptop?

MODE GELAP

Facebook sekarang sudah mula membuat pembaruan dari segi interface dengan menghadirkan mode gelap untuk versi dekstop, bukan untuk versi mobile sahaja.


Mommy suka dengan interface baru Facebook sekarang. Sebelum ini pun untuk Facebook versi mobile, memang mommy sudah tukar ke mode gelap.

Apa yang mommy suka dengan interface yang baru ini, mommy boleh nampak lagi terang tulisan-tulisan dan setiap button yang tersedia. Tidak jauh beza pun dengan versi mobile.

MACAM MANA BOLEH TUKAR MODE GELAP

Macam mana boleh tukar ke Mode Gelap? Mommy perasaan bila mommy buka Facebook dekat laptop mommy, secara automatik akan keluar paparan bertanya sama ada mahu tukar ke mode gelap. Jadinya mommy rasa buat sementara waktu ini, hanya pengguna tertentu sahaja yang dapat paparan untuk tukar ke mode gelap. Masih dalam percubaan.

Kalau ada juga pembaca blog mommy yang terima paparan untuk tukar ke mode gelap marilah komen dekat entry ini, dan kalau boleh bagi la nama Facebook boleh mommy follow.
Review Moty Hotel Melaka | Assalamualaikum, mommy buat keputusan untuk menginap di Moty Hotel Melaka disebabkan pernah viral 2 tahun lepas. Baru minggu lepas dapat pergi sebabnya 2 tahun lepas tengah mengandungkan Nayla. Ini kiranya suprise la daripada suami mommy.


LOKASI
Lokasi Moty Hotel, Melaka memang paling strategik untuk pelancong luar negara. Terletak berdekatan dengan tempat shopping seperti Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan. Area Jonker Walk pun dekat korang. Jalan kaki je pun boleh.

LOBI
Untuk hotel 3 bintang, lobi hotel kelihatan amat memuaskan. Tengok daripada luar macam keadaan rumah flat, masuk dalam suami pun terkedu. Patutlah sayang nak tido sini.



PERKHIDMATAN BELL
Masuk sahaja pintu hotel akan ditegur dengan Security Guard. Terus dia suruh pergi ke reception.

DAFTAR MASUK
Pendaftaran masuk berjalan dengan lancar, cumanya tak sangka pula deposit sampai RM 200 hotel mintak. Dalam wallet tak sampai pun RM 200. Tanya pihak hotel mana bank berdekatan, cuma ada bank UOB itupun dalam 1 KM macam tu. Suami pergi la menapak ke bank, tak boleh pulak keluar duit guna kad atm Maybank. Sudahnya deposit guna 100 Dollar Singapore.


BILIK
Pada mulanya mommy tempah bilik biasa. 2 katil bujang. Bila dah masuk bilik, mommy call reception dan buat aduan pasal bathtub. Bathtub bilik yang mommy dapat bocor walaupun dah ditampal. SO reception terus mintak maaf dan tukar bilik mommy ke DELUXE ROOM king bed size, tak perlu tambah duit pun. happy nya.



Bilik yang luas dan katil yang sangat besar. Memuaskan. Katil bujang yang mula-mula mommy dapat pun besar jugak untuk tidur seorang. Bau bila masuk bilik, tidak bau terlalu wangi dan tidak bau busuk jugak. Tak ada bau agaknya. Sibuk merakam.

Mommy suka sangat dengan kemudahan yang ada dalam bilik ini. Yang paling suka. Bilik air transparent tu. Boleh nampak apa buat dalam tu




SWIMMING POOL
Swimming Pool untuk Moty Hotel adalah dalam bangunan. Boleh mula mandi dari pukul 8.00 pagi sampailah 9.00 malam. Sejuk weh. Mandi sekejap je. Tak kena matahari.


SARAPAN PAGI
Suami dan mommy memang kalau pergi hotel mana-mana akan survey sarapan pagi mereka. Kalau boleh nak turun dari masa yang di tetapkan. Paling awal setakat ini memang akan turun pukul 8.00 pagi dan duduklah sampai habis masa.


Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME



Here's my story for the history book.
Motherhood.Lifestyle.FoodHunter
For any Collaboration, Event and Review,
kindly email : nurulaleya.blog@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

Categories

  • #BUFFETRAMADHAN2020 1
  • #COVID19 3
  • #EVENT 2
  • #FOODREVIEW 1
  • #HOTELREVIEW 1
  • #INVOLVEASIA 1
  • #LIRIKLAGU 1
  • #MULBERRY 1
  • #SOCIALMEDIA 1
  • #TIPSKECANTIKKAN 1
  • #TIPSKESIHATAN 1
  • #WORDLESSWEDNESDAY 2

POPULAR POSTS

  • FIT & FOODIE CARNIVAL 2017 PADA 19 NOVEMBER DI SEREMBAN 2 ANJURAN IJM LAND
  • Review Moty Hotel Melaka
  • Khasiat Pokok Mulberry dan Buah Mulberry Yang Ramai Orang Tidak Tahu
  • Panic Buying Rakyat Malaysia
  • Rakyat Malaysia yang Menyusahkan
  • Buffet Ramadhan 2020 Di Villa Istana Melaka
  • #wordlesswednesday 02 [ PrayforMalaysia - Covid19 ]
  • Senarai Pemenang Utama Peraduan Marrybrown's ' MAKAN & MENANG Kaw Kaw ' 2019
  • Facebook Mode Gelap Untuk Dekstop
  • Lirik Lagu Semalam Aina Abdul

secantikmanisdotblogspot




Advertisement

Designed by OddThemes | Distributed by Gooyaabi Templates