Rakyat Malaysia yang Menyusahkan | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Secantikmanis. Hari ini hari pertama, Perintah Kawalan Pergerakan. Bila company kasi cuti disebabkan arahan dari Kerajaan. Mommy pun banyak la masa baca feed facebook mommy. Cuma tak best sikit, sebab banyak baca mengenai sikap-sikap segelintir rakyat Malaysia yang pentingkan diri sendiri.
Ada ayam yang sudah busuk, sayur yang sudah layu, makanan sejuk beku yang terbiar. Ini semua ditinggalkan sebab tak mampu nak beratur panjang, sebab terlalu ramai orang hingga berakhirnya waktu operasi.
Tindakan kita menyebabkan..
1. Barang jadi rosak.
2. Pembaziran
3. Menyusahkan petugas utk menyusun semula.
Jika kita tak dapat membantu, Janganlah sampai menyusahkan.
Panic Buying Rakyat Malaysia | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Secantikmanis. Amboi-amboi rakyat Malaysia ni, anda semua dah beli awal-awal barang harian dan keperluan mommy yang belum gaji lagi macam mana ni.
Rakyat Malaysia, meh mommy nak pesan sikit. Kita ni jadi makhluk Allah SWT janganlah buat satu pembaziran dan boros. hehehe. Lagi satu, janganlah share benda-benda atau info yang belum sahih. Macam semalam, belum sempat lagi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin buat ucapan pengumuman rasmi Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020, rakyat dah mengelabah dah.
Malam tadi rancak sungguh feed facebook mommy, dengan gambar-gambar rakyat malaysia yang membuat pembelian panik di pasaraya-pasaraya besar serta kedai runcit panjang pun ada.
Anda semua boleh tengok video ucapan pengumuman rasmi Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020
Ini bukan LOCKDOWN yang diheboh-hebohkan. Cuma perintah kawalan pergerakan sahaja. Ada rakan-rakan facebook mommy cakap, janganlah ketawakan orang yang panic buy ni. Bukan apa kami ni nak elakkan keluar banyak kali.
Haishh la. Kalau mommy la, mommy tak percaya diri mommy ni. Ada je benda yang tak cukup kat rumah tu nanti. Kadang-kadang nak beli serai je pun, terus dibelinya bawang la, halia la, kunyit la. Kesudahnya tak guna pun. Itu kira pembaziran la tu.
Bukan la tak boleh beli, kena beli korang weh. TETAPI, ambil dengan kadar yang mencukupi sepanjang kawalan perintah pergerakan ini berlaku mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.
Apapun mommy harap korang semua dapat ikut larangan yang telah di berikan. Kita Rakyat Malaysia memainkan peranan yang penting dalam menyekat Virus COVID-19 semakin meningkat.
Tidak mustahil masa akan datang Malaysia pun kena LOCKDOWN. Jangan main-main.Tak best pun LOCKDOWN ni..