Review Moty Hotel Melaka | Assalamualaikum, mommy buat keputusan untuk menginap di Moty Hotel Melaka disebabkan pernah viral 2 tahun lepas. Baru minggu lepas dapat pergi sebabnya 2 tahun lepas tengah mengandungkan Nayla. Ini kiranya suprise la daripada suami mommy.
LOKASI
Lokasi Moty Hotel, Melaka memang paling strategik untuk pelancong luar negara. Terletak berdekatan dengan tempat shopping seperti Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan. Area Jonker Walk pun dekat korang. Jalan kaki je pun boleh.
LOBI
Untuk hotel 3 bintang, lobi hotel kelihatan amat memuaskan. Tengok daripada luar macam keadaan rumah flat, masuk dalam suami pun terkedu. Patutlah sayang nak tido sini.
PERKHIDMATAN BELL
Masuk sahaja pintu hotel akan ditegur dengan Security Guard. Terus dia suruh pergi ke reception.
DAFTAR MASUK
Pendaftaran masuk berjalan dengan lancar, cumanya tak sangka pula deposit sampai RM 200 hotel mintak. Dalam wallet tak sampai pun RM 200. Tanya pihak hotel mana bank berdekatan, cuma ada bank UOB itupun dalam 1 KM macam tu. Suami pergi la menapak ke bank, tak boleh pulak keluar duit guna kad atm Maybank. Sudahnya deposit guna 100 Dollar Singapore.
BILIK
Pada mulanya mommy tempah bilik biasa. 2 katil bujang. Bila dah masuk bilik, mommy call reception dan buat aduan pasal bathtub. Bathtub bilik yang mommy dapat bocor walaupun dah ditampal. SO reception terus mintak maaf dan tukar bilik mommy ke DELUXE ROOM king bed size, tak perlu tambah duit pun. happy nya.
Bilik yang luas dan katil yang sangat besar. Memuaskan. Katil bujang yang mula-mula mommy dapat pun besar jugak untuk tidur seorang. Bau bila masuk bilik, tidak bau terlalu wangi dan tidak bau busuk jugak. Tak ada bau agaknya. Sibuk merakam.
Mommy suka sangat dengan kemudahan yang ada dalam bilik ini. Yang paling suka. Bilik air transparent tu. Boleh nampak apa buat dalam tu
SWIMMING POOL
Swimming Pool untuk Moty Hotel adalah dalam bangunan. Boleh mula mandi dari pukul 8.00 pagi sampailah 9.00 malam. Sejuk weh. Mandi sekejap je. Tak kena matahari.
SARAPAN PAGI
Suami dan mommy memang kalau pergi hotel mana-mana akan survey sarapan pagi mereka. Kalau boleh nak turun dari masa yang di tetapkan. Paling awal setakat ini memang akan turun pukul 8.00 pagi dan duduklah sampai habis masa.





