About me

NOTES

tajaan secantikmanis on Sunday, January 2, 2011



COMING SOON

PESTA PULAU PENANG

tajaan secantikmanis


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
pertama sekali i ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua rakan-rakan blogger. mintak maaf agak terlambat untuk i ucapkan selamat tahun baru kerana sibuk bercuti bersama-sama roomate. i harap di tahun yang baru ini, 2011 ALLAH SWT mempermudahkan segala kerja-kerja, ataupun perkara berjalan dengan lancarnya. semoga ditahun baru ini, hidup i dimurahkan rezeki. amin.

alhamdulillah, perjalanan dari kolej i ke Tapak Pesta Pulau Pinang,Sg Nibong berjalan dengan lancarnya. fuh! tegang segala urat-urat dalam badan i la. korang bayangkanlah, i drive kereta kancil selama 3 jam nasib baiklah auto, kalau manual i rasa i berhenti je kat tepi jalan. iya-iyalah,nak jumpa tol masuk ke Jabatan Pulau Pinang tu adalah dalam setengah jam. nasib baik atas jabatan kereta tak banyak sangat.

apa-apapun niat di hati hendak ke Tapak Pesta Pulau Pinang akhirnya tercapai. hari ini last Tapak Pesta Pulau Pinang berlangsung. kalau korang semua nak pergi, kena pergi akhir tahun 2011 la. hehehehe.