About me

TIPS TEMUDUGA 2

tajaan secantikmanis on Thursday, July 29, 2010

Mitos No. 2: Temuduga adalah seperti mengambil peperiksaan di sekolah – lebih banyak anda berkata, lebih baik prestasi anda.

Benar, temuduga ada sedikit persamaan dengan peperiksaan, di mana anda diminta menjawab soalan-soalan dengan jawapan yang bijak, dan di situlah persamaan itu berakhir.

 Tidak seperti peperiksaan, di mana banyak jawapan yang tepat diperlukan, temuduga pula adalah berbeza kerana ia memerlukan interaksi dan hubungan yang baik dan pada masa yang sama menjawab soalan dengan jelas dan bijak. Jawapan yang baik tidak perlu terlalu terperinci. Sebenarnya, jawapan yang terlalu terperinci dan panjang boleh mengganggu perhatian penemuduga, walaupun mengandungi fakta yang secara teknikalnya amatlah tepat. Mengetahui bila hendak berhenti bercakap adalah satu kemahiran yang patut ada pada semua calon temuduga.

Berbeza dengan peperiksaan, dalam temuduga selalunya tidak ada jawapan yang betul atau salah. Kita adalah berbeza dan datang ke temuduga dari latarbelakang yang berbeza, beri bukti yang kukuh di atas semua tindakan anda dan bercakaplah tentang percapaian anda dengan penuh yakin.

TIPS TEMUDUGA 1

tajaan secantikmanis

Mitos No. 1: Calon yang paling layak akan dapat tawaran kerja.

Kerapkali ada kebenarannya tentang perkara ini - terutamanya apabila seseorang itu mengenali seseorang yang lain, selalunya bila ada syarikat yang mengambil kakitangan dalaman untuk kenaikan pangkat. Walaubagaimanapun, ini bukanlah selalu terjadi. Sekiranya seseorang itu berkemungkinan paling layak mendapat jawatan tersebut, ada beberapa kriteria penting yang patut dipatuhi (itupun bukan satu jaminan).


Ini termasuk :-


  • penemuduga mahir tentang apakah bentuk soalan yang akan ditanya dan mereka sentiasa peka tentang kebenaran di atas setiap jawapan yang diterima. Kedua-dua perkara ini nampak mudah, tetapi saya pasti yang sebahagian besar daripada mereka yang mengendalikan temuduga itu tidak mendapat apa-apa bentuk latihan pun, tiada pengalaman sebagai penemuduga dan kerapkali mereka tidak membuat apa-apa persediaan pun untuk temuduga itu.
  • penemuduga tidak mungkin tertarik tentang sifat fizikal, berperwatakan cantik, sifat lucu dan sebagainya terhadap seseorang calon temuduga. Perkara-perkara tersebut adalah agak susah hendak diatasi walaupun oleh seorang penemuduga yang berpengalaman.
  • calon temuduga telah mempelajari bagaimana cara untuk menunjukkan kemahiran mereka dengan jelas, pencapaian terbaik mereka dan bagaimana mereka boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi syarikat.
  • tidak akan berlaku pertindihan keperibadian di antara penemuduga dan calon temuduga.
  • kedua-dua pihak tidak berhadapan dengan apa-apa masalah.


TEMUDUGA

tajaan secantikmanis

assalamualikum sahabat...i nak bagi TIPS temuduga kepada yang akan menghadiri temuduga. i doakan semoga berjaya


Sebab utama ramai orang gagal dalam temuduga adalah disebabkan oleh beberapa tanggapan salah, atau mitos, tentang apa sebenarnya yang berlaku semasa sesi temuduga dijalankan. Semua orang tahu yang tujuan utama temuduga adalah untuk penemuduga mencari pekerja yang layak untuk sesuatu jawatan, tetapi tidak ramai orang yang memahami bagaimana temuduga dijalankan dan apakah sebab yang membuat seseorang calon itu lebih layak dari yang lain. Ketidakfahaman ini adalah punca utama seseorang calon itu tidak dapat menunjukkan prestasi yang memberangsangkan semasa menghadiri temuduga dan tidak dapat memberi jawapan yang bernas semasa sesi soaljawab dikemukakan oleh penemuduga. Temuduga tidak mempunyai apa-apa kelainan dari usaha-usaha lain dalam kehidupan ini, lebih baik pemahaman anda tentang bagaimana lancarnya sesuatu temuduga dijalankan (ataupun tidak berjalan lancar), adalah lebih tinggi peluang anda menanganinya dengan jayanya. Dengan memahami secara dinamiknya dasar secara semulajadi sesuatu temuduga, adalah satu permulaan yang penting dalam memperbaiki prestasi anda dalam temuduga.


Saat menilai cinta

tajaan secantikmanis



Assalamualikum sahabat semua,


Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.

Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.