secantikmanis

  • Home
  • Travel
  • Parenting
    • Lifestyle
    • Sports Group
      • Category 1
      • Category 2
      • Category 3
      • Category 4
      • Category 5
    • Sub Menu 3
    • Sub Menu 4
  • JDT Blogger
    • Version 1
  • Contact Us

Travel

Fashion

Contact

Rakyat Malaysia yang Menyusahkan | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Secantikmanis. Hari ini hari pertama, Perintah Kawalan Pergerakan. Bila company kasi cuti disebabkan arahan dari Kerajaan. Mommy pun banyak la masa baca feed facebook mommy. Cuma tak best sikit, sebab banyak baca mengenai sikap-sikap segelintir rakyat Malaysia yang pentingkan diri sendiri.

Gambar-gambar yang mommy kongsikan ini, adalah susulan dari sikap rakyat Malaysia yang sibuk Panic Buying ( Pembelian Panik ). 






Ada ayam yang sudah busuk, sayur yang sudah layu, makanan sejuk beku yang terbiar. Ini semua ditinggalkan sebab tak mampu nak beratur panjang, sebab terlalu ramai orang hingga berakhirnya waktu operasi.
Tindakan kita menyebabkan.. 
1. Barang jadi rosak.
2. Pembaziran
3. Menyusahkan petugas utk menyusun semula.
Jika kita tak dapat membantu, Janganlah sampai menyusahkan.
#wordlesswednesday 02 [ PrayforMalaysia - Covid19 ]...

Panic Buying Rakyat Malaysia | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Secantikmanis. Amboi-amboi rakyat Malaysia ni, anda semua dah beli awal-awal barang harian dan keperluan mommy yang belum gaji lagi macam mana ni.

Rakyat Malaysia, meh mommy nak pesan sikit. Kita ni jadi makhluk Allah SWT janganlah buat satu pembaziran dan boros. hehehe. Lagi satu, janganlah share benda-benda atau info yang belum sahih. Macam semalam, belum sempat lagi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin buat ucapan pengumuman rasmi Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020, rakyat dah mengelabah dah.

Malam tadi rancak sungguh feed facebook mommy, dengan gambar-gambar rakyat malaysia yang membuat pembelian panik di pasaraya-pasaraya besar serta kedai runcit panjang pun ada.




Anda semua boleh tengok video ucapan pengumuman rasmi Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020


Ini bukan LOCKDOWN yang diheboh-hebohkan. Cuma perintah kawalan pergerakan sahaja. Ada rakan-rakan facebook mommy cakap, janganlah ketawakan orang yang panic buy ni. Bukan apa kami ni nak elakkan keluar banyak kali.

Haishh la. Kalau mommy la, mommy tak percaya diri mommy ni. Ada je benda yang tak cukup kat rumah tu nanti. Kadang-kadang nak beli serai je pun, terus dibelinya bawang la, halia la, kunyit la. Kesudahnya tak guna pun. Itu kira pembaziran la tu.

Bukan la tak boleh beli, kena beli korang weh. TETAPI, ambil dengan kadar yang mencukupi sepanjang kawalan perintah pergerakan ini berlaku mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.

Apapun mommy harap korang semua dapat ikut larangan yang telah di berikan. Kita Rakyat Malaysia memainkan peranan yang penting dalam menyekat Virus COVID-19 semakin meningkat.

Tidak mustahil masa akan datang Malaysia pun kena LOCKDOWN. Jangan main-main.Tak best pun LOCKDOWN ni..
Lirik Lagu Semalam Aina Abdul |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Secantikmanis. Aduh mommy ngigau pun boleh ternyanyi lagu ini.

Semalam
Diri ini bagai daun gugur
Lemah tak berkaki tak di peduli
Terus engkau pergi tinggal ku sendiri
Ditemani jasad ini

Berkali-kali ku coba untuk pergi jauh dari mu
Setiap langkah ku terhenti kerna jasad ini
Engkau pergi jua tinggal ku sendiri
Dengan seribu calar ungu

Semalam
Diri ini bagai daun gugur
Lemah tak berkaki tak di sayangi
Terus engkau pergi biar ku sendiri

Hilang sepi tak berbunyi
 
Berkali-kali ku coba untuk pergi jauh dari mu
Setiap langkah ku terhenti kerna jasad ini
Engkau pergi jua tinggal ku sendiri
Dengan seribu calar ungu

Mana pergi janji dulu
Mana cinta sayang mu
Mana semua itu
Ohhh, mana pergi janji dulu
Mana cinta sayang mu ...uhhuuuu..

Berkali-kali ku coba untuk pergi jauh dari mu
Setiap langkah ku terhenti kerna jasad ini
Engkau pergi jua tinggal ku sendiri
Dengan seribu calar ungu

 
Khasiat Pokok Mulberry dan Buah Mulberry Yang Ramai Orang Tidak Tahu | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Secantikmanis.

POKOK MULBERRY
Tanaman dengan daun penghasil klorofil ini awalnya dikenal sebagai makanan istimewa ulat sutra, jika tidak makan daun ini ulat sutra tidak menghasilkan sutra yang baik. Disebabkan itu, banyak petani yang mula menanam tanaman ini. Mulberry adalah jenis tanaman yang tumbuh dengan sinar matahari sehingga tanaman ini dapat tumbuh pada ketinggian lebih dari 100m dari permukaan laut.
Poko Mulberry belakang rumah mommy.
Malberi (Mulberry) atau nama saintifiknya Morus Alba. Mulberry memiliki sebutan nama yang berbeza di setiap negara seperti di Indonesia tanaman ini dikenal dengan sebutan Murbei atau arbei, dan di China dikenal dengan nama Sangye.

KHASIAT POKOK MULBERRY
Khasiat pokok mulberry yang mungkin ramai tak tahu. Sebenarnya orang Cina termasuk di tanah besar dah lama amalkan iaitu sejak 1800 tahun yang lalu di mana keseluruhan pokok Mulberry ini telah dimanfaatkan. Dari buah, ranting, daun dan juga akarnya ada unsur-unsur untuk rawatan penyembuhan.

Baru lepas petik tadi. Anak mommy ngap dah segenggam
Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry pula mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas. Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

Pokok ini telah dikaji oleh pakar kimia. Mereka mendapati daun Mulberry mengandung beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin dan pelbagai lagi.

 KHASIAT BUAH MULBERRY
  1. Buah yang tinggi antioksidan dan amat bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit.
  2. Buah mulberry ini kaya dengan vitamin C, Kalsium ,zat besi, riboflavin, kalium dan magnesium.
  3. Buah mulberry ini amat sedap jika dibuat jem untuk dimakan dengan roti atau dimasak sebagai puri untuk dimakan dengan kek atau scone atau pancake.
  4. Buah mulberry ini bukan sahaja bagus untuk kesihatan kulit, malah ia amat bagus bagi mereka yang menghadapi anemia, masalah buah pinggang, keletihan dan dikatakan bagus dalam merawat masalah rambut beruban.
  5. Sesetengah orang menggunakan buah mulberry sebagai salah satu masker dalam perawatan wajah untuk kulit lebih cerah dan licin.
  6. Buah mulberry juga dikatakan bagus untuk mereka yang menghadapi masalah kencing tidak lawas atau tidak boleh kencing serta mereka yang menghadapi masalah sembelit serta mereka yang mengidap migrain.
  7. Buah mulberry ini juga boleh dijadikan gantian bagi kismis atau buah prune kering sebagai satu  alternatif lain.
  8. Buah mulberry juga bagus untuk mereka yang menghadapi masalah pencernaan, mengurangkan masalah gastrik dan membaiki selera makan. Malah ia dikatakan turut membantu masalah kembung perut dan sembelit.
  9. Mereka yang sering memakai kanta lekap dan menghadapi masalah mata kering digalakkan menikmati buah mulberry ini kerana dikatakan buah mulberry ini amat bagus untuk kesihatan mata
  10. Buah mulberry juga amat bagus untuk kaum wanita khususnya wanita lepas bersalin. Buah ini mampu menambahkan darah, mengurangkan anemia, menambah tenaga dan mengurangkan keletihan,  Malah kaum ibu yang sukar tidur dan selalu pucat digalakkan mengambil mulberry sebagai makanan tambahan. Mulberry juga membantu dalam mengurangkan kebas tangan dan kaki sekaligus membantu ibu tidur dengan lebih nyenyak.
  11. Resveratrol antioksidan yang terkandung di dalam buah mulberry ini merupakan antioksidan yang amat bagus dalam kesihatan jantung.
  12. Di Asia buah mulberry ini dijadikan antara rawatan bagi penyakit cacing pita, arthritis, insomnia dan penyakit kulit seperti kurap.
  13. Dengan segala antioksidan yang terdapat dalam buah mulberry dikatakan buah mulberry juga mampu mencegah penyakit kanser, diabetes, penyakit saraf, membantu melambatkan penuaan dan sebagainya.
  14. Antioksida yang tinggi didalam buah mulberry juga dikatakan mampu mengurangkan bintik-bintik gelap diwajah dengan menikmatinya secara teratur.
  15. Anthocyanin sejenis antioksidan yang kuat dan jarang terdapat didalam buah lain, adalah antioksidan yang terdapat dalam buah mulberry yang mampu memperkuatkan tubuh dan menjauhkan kewujudan serta menghapuskan bintik-bintik gelap diwajah. Ini antara sebab kenapa buah mulberry sering terdapat dalam pelbagai produk kecantikan dan produk pencerahan.
Insyaallah post yang seterusnya mommy nak buat jem mulberry. NAK TAK?
Older Posts Home

ABOUT ME



Here's my story for the history book.
Motherhood.Lifestyle.FoodHunter
For any Collaboration, Event and Review,
kindly email : nurulaleya.blog@gmail.com

SUBSCRIBE & FOLLOW

Categories

  • #BUFFETRAMADHAN2020 1
  • #COVID19 3
  • #EVENT 2
  • #FOODREVIEW 1
  • #HOTELREVIEW 1
  • #INVOLVEASIA 1
  • #LIRIKLAGU 1
  • #MULBERRY 1
  • #SOCIALMEDIA 1
  • #TIPSKECANTIKKAN 1
  • #TIPSKESIHATAN 1
  • #WORDLESSWEDNESDAY 2

POPULAR POSTS

  • FIT & FOODIE CARNIVAL 2017 PADA 19 NOVEMBER DI SEREMBAN 2 ANJURAN IJM LAND
  • Panic Buying Rakyat Malaysia
  • Senarai Pemenang Utama Peraduan Marrybrown's ' MAKAN & MENANG Kaw Kaw ' 2019
  • Lirik Lagu Semalam Aina Abdul
  • Rakyat Malaysia yang Menyusahkan
  • Khasiat Pokok Mulberry dan Buah Mulberry Yang Ramai Orang Tidak Tahu
  • Review Moty Hotel Melaka
  • #wordlesswednesday 02 [ PrayforMalaysia - Covid19 ]
  • Buffet Ramadhan 2020 Di Villa Istana Melaka
  • Involves Asia Progam Affiliate Tempatan Yang Paling Popular Di Malaysia

secantikmanisdotblogspot




Advertisement

Designed by OddThemes | Distributed by Gooyaabi Templates