About me

Dream Trip to Macau

tajaan secantikmanis on Tuesday, October 28, 2014

Assalamualaikum

OMG habis sahaja belajar ( still belum graduate ) terus bekerja. Kadang-kadang terasa penatnya, tetapi tetap bersyukur dengan rezeki yang telah Allah berikan. Okey sudah dekat 4 bulan Leya bekerja, INI INILAH masanya untuk Leya berehat sebentar, melancong ke mana-mana untuk hilangkan penat lelah bekerja.

Pepatah melayu ada mengatakan, BAGAI PUCUK DICITA ULAM MENDATANG. Tergerak hati ini buka page NUFFNANG, #pap ada contest yang dijalankan sekarang di page NUFFNANG. Contest trip pulak tu, dapat melancong ke MACAU dan kesemua perbelanjaan di taja.


Dream trip to macau, nuffnang, thing to do at macau, macau attraction, secantikmanis.blogspot

Banyak perkara sebenarnya hendak di lawati dan di buat di MACAU. Okey tidak mengapa, Leya akan listkan 4 ( Empat ) tempat menarik yang hendak Leya lawati jika Leya berpeluang dapat pergi ke MACAU.

4 Tempat Menarik untuk Di Lawati di Macau.

 A World Heritage Site ( Tempat Bersejarah )

Leya seorang yang sukakan bangunan-bangunan yang pelik, cantik, bangunan lama dan yang paling penting bangunan yang berseni. Kalau Leya dapat menjejakkan kaki ke A World Heritage Site ini, memang Heaven la. Sebab di sini banyak bangunan-bangunan yang berseni seperti bangunan yang di kalerkan dengan warna-warna pastel ini. Selain itu ada, A-Ma Temple , Moorish Barracks, Lilau Square, St. Augustine’s Church, St. Dominic’s Church, Senado Square, Ruins of St. Paul’s, and Old City Walls. Bayangkan dalam 1 tempat ada lagi banyak tempat yang boleh Leya terokai dalam waktu yang sama. PLEASE PLEASE PICK ME!!

Guia Fortress ( Mercu Tanda )

Kalau sudah pergi melancong ke negara orang, tempat yang paling penting mesti kita kena lawati, atau sudah tentu bergambar masuk dalam instagram ialah Mercu Tanda sesuatu negara. Kalau di Malaysia, sudah pasti Menara KLCC dan Menara Berkembar Petronas. Kalau di France, Eiffel Tower. Kalau di Macau pula, Guia Fortress adalah mercu tanda yang perlu di lawati. Ada 3 perkara yang boleh dilakukan di sini. Kita boleh melihat Guia Lighthouse, rumah api yang paling tua di Macau. Bila berada di atas di bangunan Guia Fortress ini kita boleh lihat permandangan serba sedikit negara Macau.


House of the Dancing Water

Walaupun hanyalah persembahan air, tetapi tetap menjadi tempat yang perlu Leya lawati. Ada air banyak, dengan lagu dan lampu yang berwarna warni, serta ada orang menari menghayati cerita, sudah tentulah kena lawati.

 Macau Tower

Macau Tower MESTI kena pergi. WAJIB!! Teringin sangat #selfie macam gambar di atas sambil Leya buat Bungee Jump ( walaupun gayat dengan ketinggian ) tetapi, Leya sudah berjanji kalau Leya terpilih pergi ke Macau, Leya akan BUAT Bungee Jump ini. Sekali seumur hidup. Rugi kalau tidak lakukan. Di Macau Tower bukan sahaja boleh lakukan Bungee Jump, tetapi boleh buat Skywalk, ada Glass Floor, dan ada 5 star restaurant. Mana boleh tinggalkan makanan gitu.

Many many thanks to NUFFNANG MALAYSIA kesempatan ( jika terpilih ) untuk trip ke MACAU. Akan Leya gunakan sebaik mungkin rezeki yang telah di berikan. Tidak lupa jugak pada Macau Government Tourist Office (MGTO)