About me

Cara Dapat Tiket Murah Ke Korea

tajaan secantikmanis on Wednesday, August 27, 2014

Assalamualaikum

Semenjak menjejakkan kaki ke alam pekerjaan, tiada masa sangat hendak update blog. Tetapi sekarang Leya nak berikan sedikit tips kepada sesiapa yang ingin tahu bagaimana cara untuk dapatkan harga tiket kapal terbang murah untuk ke korea.

STEP 1 :

Search atau buat carian tarikh penerbangan SETAHUN ke hadapan. ~huhuhuhu~ Maksudnya, hari ini 27/8/2014 Leya search tarikh setahun ke hadapan iaitu 1/10/2015 - 12/10/2015. Kalau tengok gambar di bawah ini,

Tempat : Bertolak dari Kuala Lumpur ke Busan ( 1/10/2015 )
Masa Flight : 8.10 Pagi
Harga Tiket : RM 259.00

Tempat : Bertolak dari Busan ke Kuala Lumpur ( 12/10/2015)
Masa Flight : 10.35 Pagi
Harga Tiket : RM 295.00

Jumlah keseluruhan untuk harga tiket ke Korea (Busan) : RM 554.00 ( termasuk airport charge and fees)
# ini tidak termasuk harga bagasi, makanan, insuran protection dan pilih seat


Trip Ke Korea, Trip 12 Hari Ke Korea, Trip Backpack Ke Korea, Trip Murah Ke Korea, Trip Murah Bawah Rm1000 Ke Korea,Cara Dapatkan Tiket Flight Murah Ke Korea

STEP 2 :

Perhatian korang semua, pemilihan tarikh jugak memainkan peranan yang penting untuk dapat harga tiket yang murah. Jangan risau Leya ada letak gambar untuk permudahkan korang faham ye.

Tempat : Bertolak dari Kuala Lumpur ke Busan ( 2/10/2015 )
Masa Flight : 01.15 Pagi
Harga Tiket : RM 319.00

Tempat : Bertolak dari Busan ke Kuala Lumpur ( 12/10/2015)
Masa Flight : 10.35 Pagi
Harga Tiket : RM 295.00

Jumlah keseluruhan untuk harga tiket ke Korea (Busan) : RM 614.00 ( termasuk airport charge and fees). Kan dah rugi berapa puluh dekat situ.

Trip Ke Korea, Trip 12 Hari Ke Korea, Trip Backpack Ke Korea, Trip Murah Ke Korea, Trip Murah Bawah Rm1000 Ke Korea,Cara Dapatkan Tiket Flight Murah Ke Korea
STEP 3 :

Trip Ke Korea, Trip 12 Hari Ke Korea, Trip Backpack Ke Korea, Trip Murah Ke Korea, Trip Murah Bawah Rm1000 Ke Korea,Cara Dapatkan Tiket Flight Murah Ke Korea

Eh macam mana pulak harga keseluruhan boleh jadi RM712.00 dari harga RM554.00. OK! Korang jangan risau. Ada berlakunya penambahan harga di situ kerana, secara automatiknya page AIRASIA ini akan meletakkan harga baggage korang untuk pergi balik yang beratnya tidak melebihi 20kg.

Setiap 20kg = RM79.00. Mahal jugak la kan. Okey kalau korang pergi backpacker.. Selalunya nak gerak dari Kuala Lumpur, tak payah la pilih baggage yang 20kg tu. Korang pilih je, tiada baggage. Backpacker korang tu bawak je masuk dalam flight. Letak je atas peha, buat peluk. Nanti dari Korea sana, barulah pilih 20kg tu, mana tahu beli souvenier terlebih ke, terbawak balik ahli Super Junior ke.. Dah berat kat situ.

STEP 4 :

Habis cerita pasal baggages, masuk pula cerita pasal Travel Protection . Akan ada 2 option untuk korang pilih sama ada korang hendak pilih Travel Protection atau tak nak, tak moh langsung travel protection. Kalau korang pilih, akan ada pertambahan harga sebanyak RM54.00 kalau tidak pilih, tiada pertambahan harga je la. Itu sahaja. Selalunya Leya tak pilih le.

Trip Ke Korea, Trip 12 Hari Ke Korea, Trip Backpack Ke Korea, Trip Murah Ke Korea, Trip Murah Bawah Rm1000 Ke Korea,Cara Dapatkan Tiket Flight Murah Ke Korea

STEP 5 :

Pemilihan Seat ( Tempat Duduk )

Dari aspek pemilihan seat pun, boleh berlakunya pertambah jumlah. Ada 4 option zone yang korang boleh pilih, dan semestinya setiap zone berlainnan la harganya. Zone yang paling murah harganya adalah Standard Seat RM29.00 . Tips Leya dekat sini, korang abaikan je buat pemilihan seat ni, jangan risau dapat jugak duduk, cuma tak dapat tempat yang kita suka la kan. Alah masuk je nanti, bukan korang nak buat apa pun. Tidur je pun. Duduk mana-mana pun boleh tidur.

Trip Ke Korea, Trip 12 Hari Ke Korea, Trip Backpack Ke Korea, Trip Murah Ke Korea, Trip Murah Bawah Rm1000 Ke Korea,Cara Dapatkan Tiket Flight Murah Ke Korea

STEP 6 :

Cara Pembayaran.

Okey ada 3 option. Credit Card/Debit Card, E-Gift Voucher dan Internet Banking ( Direct Debit ). Setiap option pembayaran ni, charge yang akan dikenakan lain ye jumlahnya. Kalau Credit Card rasanya RM16.00. Internet Banking pula RM4.00.

Selepas selesai membuat pembayaran, korang akan terima email pengesahan bersama nombor tempahan ( booking number ). Segala rujukan yang akan dibuat nanti, gunakan nombor tempahan yang telah diberikan.

Tips Membeli Tiket Murah ( Perlu ambil perhatian )

  • Kalau nak cari tiket harga murah, semak setiap hari dan waktu penerbangan. Harga berbeza untuk hari berbeza dan waktu penerbangan berbeza.
  • Beli awal. Lokasi popular mungkin lebih cepat habis tiket murah tersebut.
  • Tempahan tiket tidak perlukan nombor passport. Kiranya, korang boleh tempah tiket dulu, barulah buat passport.
  • Kita boleh buat check in online 14 hari sebelum terbang untuk mendapatkan Boarding Pass. Selalunya Leya, 3-4 hari sebelum terbang, barulah buat check in online ni. Boleh sahaja nak pergi check in dekat kaunter, tapi akan dikenakan RM10.00 untuk setiap 1 tiket. Bagaimana hendak check in online. Okey, pergi web AIRASIA dan pilih Web Check In.
Okey la kan tips yang Leya bagi ni. hehehe. Okey, selamat bercuti korang semua.