About me

Destinasi Percutian Melastik Bintang

tajaan secantikmanis on Wednesday, March 13, 2013

Assalamualaikum
Destinasi Percutian Melastik Bintang,

Ehem ehem.. dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim Leya hendak bercerita tentang destinasi percutian, dengan harapan sedikit sebanyak dapatlah korang-korang di luar sana mengetahui tentang destinasi yang korang ingin lawati.. Selain itu, tujuan sebenarnya adalah sebab Leya masuk contest dari blogger MelastikBintang.

Perkara pertama yang terlintas di fikiran Leya, blogger MelastikBintang ini dia inginkan percutian yang macam mana? Percutian yang hanya pergi hujung minggu, sehari pun sudah cukup atau percutiannya yang mengambil masa 2,3 hari sambil bershopping?? Disebabkan Leya tak tahu, Leya pilih percutian yang hanya mengambil masa seharian sahaja.

Tempat atau destinasi percutian yang Leya pilih ialah Japanese Tea House & Botanical Garden, Bukit Tinggi  atau juga dikenali Berjaya Hills, Bukit Tinggi. Eh macam pernah dengar? Mana ada tempat tu, tak pernah dengar pun?? Mesti ada yang berkata begitu, tetapi percayalah bahawa Japanese Tea House & Botanical Garden, Bukit Tinggi itu WUJUD.

Sebelum lupa, ini adalalah Contest " Destinasi Percutian Melastik Bintang " ini dianjurkan oleh Melastikbintang.com dan ditaja bersama oleh Sahabat Melastik Bintang :  AbangEnsem.com, Broframestone.comShakiddo.comNadot.my, Alyzafisol.comSpudinpunya.com, Akubiomed.comHazwanhairy.com,  Afasz.blogspot.com, Mahamahu.comSiezuka.com, Yanayassin.com,  Wanwidget.com, Yanty.my, Namiacinta.com, Pondokkecil.com Ladfeamir.com dan Ashadin.com


DESTINASI
Berjaya Hills, Bukit Tinggi terletak di paras 2,500 kaki dan mengambil masa kira-kira 45 minit dari Kuala Lumpur bersamaan 35KM sahaja.Tarikan utama di sini adalah Colmar Tropicale, ,Ume Tatami Suite,Botanical Garden,Japanese Village,Organic Farm,The Chateau dan Tatami Spa.

CARA UNTUK KE SANA
Sebenarnya bagaimana hendak ke Berjaya Hills ni senang saje. Sama jalan hendak ke Genting Highlands, Bentong dan Pantai Timur dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Karak. Sesiapa yang selalu melalui Lebuhraya Karak atau selalu ke Genting Highlands mesti akan perasan satu tempat rehat yang popular iaitu Genting Sempah.

Destinasi Percutian Melastik Bintang,
Hentian Rehat Genting Sepah
8 KM selepas dari hentian rehat Geting Sepah, akan terlihat papan tanda keluar ke Berjaya Hills sebelah kiri. EXIT 805.

Destinasi Percutian Melastik Bintang,
EXIT 805 Persimpangan Bukit Tinggi
Selepas mengambil jalan keluar, korang akan bergerak di jalan raya yang sedikit sempit untuk ke Bukit Tinggi dalam 6km sahaja lagi.

Destinasi Percutian Melastik Bintang,
Jalan yang akan ke Bukit Tinggi.
Gambar di bawah adalah kaunter tiket untuk masuk ke Bukit Tinggi. Selepas korang lalui kandang kuda dan ladang arnab barulah korang jumpa kaunter tiket ni.

Bayaran yang dikenakan:
Isnin-Jumaat: RM10/pax (dewasa), RM8/pax (kanak-kanak)
Hujung minggu: RM12/pax (dewasa), RM10/pax (kanak-kanak)

Destinasi Percutian Melastik Bintang,
Kaunter Tiket
Perkhidmatan bas ulang-alik disediakan oleh jurulatih terbuka yang bergerak antara Colmar Tropicale dan Desa Jepun. Korang boleh tinggalkan kereta di kawasan tempat letak kereta yang disediakan. 
Nasihat Leya lebih baik meninggalkan kereta korang di Colmar Tropicale dan mengambil bas ulang-alik ke Rumah Teh Jepun. Ini adalah kerana jalan ke Rumah Teh Jepun adalah sangat curam, dan sempit.

Destinasi Percutian Melastik Bintang,
Map Berjaya Hills, Bukit Tinggi
 Waktu Pembukaan: 10:00-18:00 (setiap hari)

" Saya berpendapat bahawa blog MelastikBintang sebuah blog yang berkongsi pelbagai tips dalam bab berkeluarga. Ini satu perkongsian yang bagus untuk ibu bapa di luar sana, menambahkan ilmu ataupun berkongsi ilmu dalam bab keluarga "

Akhir sekali, Leya berharap destinasi yang Leya pilih ini akan terpilih untuk menjadi destinati percutian untuk blogger MelastikBintang menyambut Ulangtahun Perkahwinan MB dan Isteri Yang Ke-2. Boleh Google Berjaya Hills, Bukit Tinggi untuk melihat gambar.