About me

Food : Seoul Garden, KL Festival

tajaan secantikmanis on Wednesday, March 6, 2013

Assalamualaikum

Hari ini saya bercerita pasal entry makanan pulak ye. Sebenarnya, budak rumah saya Fazlin aka kambing yang teringin sangat hendak makan dekat Seoul Garden ni. Dan sebenarnya, saya pun teringin jugak.. tetapi saya dah pergi dengan member sekolah masa awal tahun hari tu.
 
Seoul Garden, Price Seoul Garden, Promotion Seoul Garden, outlet Seoul Garden,http://www.seoulgarden.com.my/index.php
Muka penuh dengan kegelojohan.
Okey gambar atas si Fazlin aka Kambing. Kenapa gelarkan dia kambing? Sebab dia suka makan kambing?? Mungkin jugak. Tapi ada satu lagi sebab kenapa kami budak-budak satu rumah gelarkan dia kambing.

Seoul Garden, Price Seoul Garden, Promotion Seoul Garden, outlet Seoul Garden,http://www.seoulgarden.com.my/index.php
Atas : Atiqah aka Pasrah dan Nurul aka Sm Bawah : Fazlin aka Kambing dan Hajar aka Penguin

  
 Seoul Garden, Price Seoul Garden, Promotion Seoul Garden, outlet Seoul Garden,http://www.seoulgarden.com.my/index.php  

Gambar budak-budak rumah. Tak cukup seorang lagi sebenarnya ni, sebab dia balik kampung. Bergambar sekejap depan pintu masuk Seoul Garden, KL Festival. Sebenarnya kami bertolak dari rumah pun dah lewat, dalam pukul 9.00 malam macam tu la. Buat rugi je tau makan sekejap je sebab dalam pukul 10.30 malam macam tu pekerjanya dah sibuk mengemas. Arghhh rugi-rugi. Saya cadangkan kalau korang semua nak mencuba Seoul Garden ini, pergi la waktu pagi-pagi.

 Seoul Garden, Price Seoul Garden, Promotion Seoul Garden, outlet Seoul Garden,http://www.seoulgarden.com.my/index.php  
 
Suamiku Ustaz aka Sarawak pasangan bahagia. Amen. Cepat doakan semoga depa berdua ni cepat-cepat naik pelamin, bernikah nak merasa lauk kenduri belah utara macam mana stylenya. Lain ke dengan belah selatan. hehehe.

Seoul Garden, Price Seoul Garden, Promotion Seoul Garden, outlet Seoul Garden,http://www.seoulgarden.com.my/index.php  

Sudah la rugi sebab pergi lambat, bawak pulak budak sebelah saya ni.. bertambah-tambah rugi. Sebab apa saya kata rugi, sebab dia makan tak banyak pun. Sebelum pergi dari rumah lagi dia dah bagitahu awal-awal yang dia tak berapa nak minat tetapi sebab nak jaga hati budak-budak rumah dia ikut sekali, dengan paksaan kami kena ikut dia pergi makan Pizza pulak. Okey fine saya kata dekat dia, dua,tiga bulan baru kita pergi makan Pizza.. hahah. Just kidding la honey.

Seoul Garden, Price Seoul Garden, Promotion Seoul Garden, outlet Seoul Garden,http://www.seoulgarden.com.my/index.php
Salah satu makanan manis yang sempat saya rembat. Huhuhu
   Seoul Garden, Price Seoul Garden, Promotion Seoul Garden, outlet Seoul Garden,http://www.seoulgarden.com.my/index.php  

Okey masterchef dia gelarkan diri dia sendiri.. Phuiii la. Kalau dah panda tu tetap panda okey. Ini mamat yang tidak rugi bila bawak pergi makan Seoul Garden. He the Best. Sekali dia boleh makan daging kambing dengan daging lembu, berpinggan-pinggan dia amek. Syok je tengok panda makan. Sama je dengan awek sebelah dia tu. Tengok mata pun dah tahu. Terbeliak habis tak sanggup nak tunggu daging siap grill katanya. Feeling orang korea. Hahaha. Salah satu sebab hendak pergi makan Seoul Garden.

 Seoul Garden, Price Seoul Garden, Promotion Seoul Garden, outlet Seoul Garden,http://www.seoulgarden.com.my/index.php  
 
Akhir sekali, saya yang jugak feeling ala-ala korea. Dalam sayur salad tu, saya letak daging lembu yang sudah di grill, sedikit kimchi, dan sos korea. Fulamak sedap wooo. Tengok muat okey makanan tu dengan mulut saya. Sempat pulak kawan saya kata mulut macam gerobok. Tahu ke tidak maksud gerobok tu?