About me

Kenny Rogers Roasters Memperkenalkan Drive-Thru Pertama di Asia

tajaan secantikmanis on Wednesday, June 12, 2013

Assalamualaikum

Kenny Rogers Roasters (KRR) memperkenalkan Drive-Thru pertama di Asia dan di Malaysia yang boleh didapati di restoran KRR yang terletak di Setia Tropika.

Bertempat di Welcome Center Lot G4, Ground Floor, 10 Jalan Setia Tropika 1/21, Taman Setia Tropika, Kempas telah berlangsungnya majlis pelancaran memperkenalkan Drive-Thru pertama di Asia.

Para pekerja dan staff KRR menyambut kedatangan media dan blogger. Kami di bawa ke meja makan untuk menjamu selera sementara menunggu kedatangan VVIP. Kami dijamukan dengan Roasted 1/4 chicken with 1 side dish & 1 Kenny's Home-made Muffin.

Kenny Rogers Roaster, Kenny Rogers Roaster drive-thru, Kenny Rogers Roaster, setia tropika

Kenny Rogers Roaster, Kenny Rogers Roaster drive-thru, Kenny Rogers Roaster, setia tropika

Majlis diteruskan dengan meminta rakan media dan blogger kehadapan. Bermula hari ini, 11 June 2013 Pengarah Eksekutif Kumpulan Berjaya Roaster Sdn Bhd Datuk Francis Lee berkata orang ramai akan dapat menikmati makanan yang sihat dan berkhasiat tanpa perlu beratur atau perlu bersusah payah mencari tempat letak kereta. Ini memudahkan orang ramai mendapatkan makanan yang sihat dengan mudah dan cepat.

Kenny Rogers Roaster, Kenny Rogers Roaster drive-thru, Kenny Rogers Roaster, setia tropika
Pengarah Eksekutif Kumpulan Berjaya Roaster Sdn Bhd Datuk Francis Lee
"Objektif utama memperkenalkan KRR drive-thru adalah untuk menawarkan orang ramai agar dapat menikmati hidangan yang sihat dan sihat dalam beberapa minit," katanya pada majlis pelancaran drive-thru hari ini.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Berjaya Roaster Sdn Bhd Datuk Francis Lee menjangkakan dengan perkhidmatan drive-thru ini dapat menyumbangkan 20 peratus terhadap jualan cawangan di Johor Baharu. Pihak KRR jugak sedang mencari lokasi yang strategik di Lembah Klang untuk membuka cawangan drive-thru yang seterusnya.
Kenny Rogers Roaster, Kenny Rogers Roaster drive-thru, Kenny Rogers Roaster, setia tropika
Pelanggan pertama yang membeli di kaunter drive-thru

Sempena pelancaran rasmi KRR pada hari ini, KRR ada memberikan beberapa goodies kepada orang ramai termasuklah pada 30 kereta pertama Mazda yang membeli di kaunter drive-thru akan mendapat voucher makanan KRR yang bernilai RM100.

Tunggu apa lagi, jom kita serbu KRR di cawangan yang terdekat dengan anda. Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh layari  laman web KRR www.krr.com.my ataupun Facebook http://www.facebook.com/krr.my.

Kenny Rogers Roaster, Kenny Rogers Roaster drive-thru, Kenny Rogers Roaster, setia tropika
My partner in crime yang menemani Leya.
Please Share it! :)