About me

Kedah Dapat Menteri Besar Baru

tajaan secantikmanis on Monday, May 6, 2013

Assalamualaikum

Nampaknya Negeri Kedah akan menerima Menteri Besar baru pada pukul 3.00 petang. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, Datuk Mukhriz Mahathir yang mendapat 14,083 undi menewaskan lawannya daripada PAS, Abdul Ghani Ahmad yang mendapat 11,637 undi telah di lantik menteri besar Kedah yang baharu.

Datuk Mukhriz Tun Mahathir akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada 3 petang Isnin.

Dipetik Star Online, Mukhriz berkata, Tengku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah, akan menerima watikah pelantikan daripada Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara tersebut.

“Watikah pelantikan dengan rasmi memaklumkan yang saya dilantik sebagai Menteri Besar Kedah,” kata beliau pada sidang media di sini.

Terdahulu, Sinar Harian membawa laporan bahawa Mukhriz hampir pasti akan dilantik sebagai Menteri Besar Kedah sebagaimana diumumkan oleh Najib kelmarin.

Bagaimanapun pelantikan Mukhriz perlu mendapat perkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah terlebih dahulu.

BN memenangi 21 daripada 36 kerusi Dun dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Please Share it! :)