About me

Etude House Beauty Sharing BFF Party

tajaan secantikmanis on Sunday, March 24, 2013

Assalamualaikum

Alhamdulillah, akhirnya update jugak entry. Last entry pasal Destinasi Percutian, itupun sudah berapa minggu yang lepas. Kali ini, Leya hendak update tentang Event Etude House Beauty Sharing BFF Party yang berlangsung pada 23 March, hari sabtu dan tempatnya di Korean Plaza, Menara Hap Seng. Thanks to http://justnorahs.blogspot.com/ kerana telah menjemput Leya ke event.
  
Etude House Beauty Sharing BFF Party, EtudeHouse, #etude_house, Koreanfood, Korean culture
Bergambar sekejap.. ; )
Event bermula pada pukul 11.00 pagi. Sebelum masuk ke Korean Plaza, kena register dulu dan dapat goodiesbag dari EtudeHouse. Cumil sangat goodiesbag nya tau. Dalam goodiesbag ada macam-macam freegift product EtudeHouse. Sangat-sangat berbaloi.

  Etude House Beauty Sharing BFF Party, EtudeHouse, #etude_house, Koreanfood, Korean culture
Etude House Beauty Sharing BFF Party, EtudeHouse, #etude_house, Koreanfood, Korean culture
 

Pelbagai aktiviti yang telah disediakan oleh pihak EtudeHouse. Contohnya seperti pedicure, hand massage, mencuba pakaian tradisional Korea, makeup tutorial, booth jualan product EtudeHouse, dan macam-macam barangan dan culture daripada Korea.

Etude House Beauty Sharing BFF Party, EtudeHouse, #etude_house, Koreanfood, Korean culture
Tengah mencuba hand massage
Etude House Beauty Sharing BFF Party, EtudeHouse, #etude_house, Koreanfood, Korean culture
Makeup Corner
  Etude House Beauty Sharing BFF Party, EtudeHouse, #etude_house, Koreanfood, Korean culture
Etude House Beauty Sharing BFF Party, EtudeHouse, #etude_house, Koreanfood, Korean culture
 

Alang-alang tak boleh solat, apa salahnya mencuba pedicure kan. Sampai je depan staff tu terus Leya cakap nak buat rainbow, ikut suka you la janji rainbow. So jadilah macam rainbow walaupun warnanya memang berlainan ye. okewww lewww tuewwww. hahahaha
Etude House Beauty Sharing BFF Party, EtudeHouse, #etude_house, Koreanfood, Korean culture
Sebahagian dari barang yang di pamerkan
Etude House Beauty Sharing BFF Party, EtudeHouse, #etude_house, Koreanfood, Korean culture
Bergambar bersama Minho Oppa dan memakai Hanbok, pakaian tradisional Korea
Product seperti I Need You Mask Sheet, I Need You Mask Pack, Hand Bouquet Rich Butter Rich Collagen Hand Cream, Happy Tea Time Cleansing, Juicy Cocktail Gradation Nail, dan banyak lagi ada di jual di Booth EtudeHouse dengan harga potongan.


Etude House Beauty Sharing BFF Party, EtudeHouse, #etude_house, Koreanfood, Korean culture

Leya have fun sangat di Event Etude House Beauty Sharing BFF Party siang tadi. Sangat-sangat berbaloi, opss sebelum lupa ada dapat Voucher 50% sehingga 31 March 2013 ini. Sekejap je validationnya. Ada sesiapa nak ikut pergi beli barang EtudeHouse dekat Sg.Wang?? Voucher boleh digunakan untuk 1 resit sahaja, maximum pembelian sehingga Rm1000 tahu tak. Kalau ada sesiapa, jangan segan jangan malu, bagitahu je ye.

Destinasi Percutian Melastik Bintang

tajaan secantikmanis on Wednesday, March 13, 2013

Assalamualaikum
Destinasi Percutian Melastik Bintang,

Ehem ehem.. dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim Leya hendak bercerita tentang destinasi percutian, dengan harapan sedikit sebanyak dapatlah korang-korang di luar sana mengetahui tentang destinasi yang korang ingin lawati.. Selain itu, tujuan sebenarnya adalah sebab Leya masuk contest dari blogger MelastikBintang.

Perkara pertama yang terlintas di fikiran Leya, blogger MelastikBintang ini dia inginkan percutian yang macam mana? Percutian yang hanya pergi hujung minggu, sehari pun sudah cukup atau percutiannya yang mengambil masa 2,3 hari sambil bershopping?? Disebabkan Leya tak tahu, Leya pilih percutian yang hanya mengambil masa seharian sahaja.

Tempat atau destinasi percutian yang Leya pilih ialah Japanese Tea House & Botanical Garden, Bukit Tinggi  atau juga dikenali Berjaya Hills, Bukit Tinggi. Eh macam pernah dengar? Mana ada tempat tu, tak pernah dengar pun?? Mesti ada yang berkata begitu, tetapi percayalah bahawa Japanese Tea House & Botanical Garden, Bukit Tinggi itu WUJUD.

Sebelum lupa, ini adalalah Contest " Destinasi Percutian Melastik Bintang " ini dianjurkan oleh Melastikbintang.com dan ditaja bersama oleh Sahabat Melastik Bintang :  AbangEnsem.com, Broframestone.comShakiddo.comNadot.my, Alyzafisol.comSpudinpunya.com, Akubiomed.comHazwanhairy.com,  Afasz.blogspot.com, Mahamahu.comSiezuka.com, Yanayassin.com,  Wanwidget.com, Yanty.my, Namiacinta.com, Pondokkecil.com Ladfeamir.com dan Ashadin.com


DESTINASI
Berjaya Hills, Bukit Tinggi terletak di paras 2,500 kaki dan mengambil masa kira-kira 45 minit dari Kuala Lumpur bersamaan 35KM sahaja.Tarikan utama di sini adalah Colmar Tropicale, ,Ume Tatami Suite,Botanical Garden,Japanese Village,Organic Farm,The Chateau dan Tatami Spa.

CARA UNTUK KE SANA
Sebenarnya bagaimana hendak ke Berjaya Hills ni senang saje. Sama jalan hendak ke Genting Highlands, Bentong dan Pantai Timur dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Karak. Sesiapa yang selalu melalui Lebuhraya Karak atau selalu ke Genting Highlands mesti akan perasan satu tempat rehat yang popular iaitu Genting Sempah.

Destinasi Percutian Melastik Bintang,
Hentian Rehat Genting Sepah
8 KM selepas dari hentian rehat Geting Sepah, akan terlihat papan tanda keluar ke Berjaya Hills sebelah kiri. EXIT 805.

Destinasi Percutian Melastik Bintang,
EXIT 805 Persimpangan Bukit Tinggi
Selepas mengambil jalan keluar, korang akan bergerak di jalan raya yang sedikit sempit untuk ke Bukit Tinggi dalam 6km sahaja lagi.

Destinasi Percutian Melastik Bintang,
Jalan yang akan ke Bukit Tinggi.
Gambar di bawah adalah kaunter tiket untuk masuk ke Bukit Tinggi. Selepas korang lalui kandang kuda dan ladang arnab barulah korang jumpa kaunter tiket ni.

Bayaran yang dikenakan:
Isnin-Jumaat: RM10/pax (dewasa), RM8/pax (kanak-kanak)
Hujung minggu: RM12/pax (dewasa), RM10/pax (kanak-kanak)

Destinasi Percutian Melastik Bintang,
Kaunter Tiket
Perkhidmatan bas ulang-alik disediakan oleh jurulatih terbuka yang bergerak antara Colmar Tropicale dan Desa Jepun. Korang boleh tinggalkan kereta di kawasan tempat letak kereta yang disediakan. 
Nasihat Leya lebih baik meninggalkan kereta korang di Colmar Tropicale dan mengambil bas ulang-alik ke Rumah Teh Jepun. Ini adalah kerana jalan ke Rumah Teh Jepun adalah sangat curam, dan sempit.

Destinasi Percutian Melastik Bintang,
Map Berjaya Hills, Bukit Tinggi
 Waktu Pembukaan: 10:00-18:00 (setiap hari)

" Saya berpendapat bahawa blog MelastikBintang sebuah blog yang berkongsi pelbagai tips dalam bab berkeluarga. Ini satu perkongsian yang bagus untuk ibu bapa di luar sana, menambahkan ilmu ataupun berkongsi ilmu dalam bab keluarga "

Akhir sekali, Leya berharap destinasi yang Leya pilih ini akan terpilih untuk menjadi destinati percutian untuk blogger MelastikBintang menyambut Ulangtahun Perkahwinan MB dan Isteri Yang Ke-2. Boleh Google Berjaya Hills, Bukit Tinggi untuk melihat gambar.
  

Harlem Shake by Fear Factor Celebriti Malaysia

tajaan secantikmanis on Friday, March 8, 2013

Assalamualaikum

OMAIIIGADDDD omey omey Elfira Loy. Apa-apa pun jangan lupa saksikan Fear Factor Selebriti Malaysia setiap sabtu pada pukul 10.00 malam hanya di ASTRO RIA saluran 104. Layari http://www.astrogempak.com.my/fearfactor/LamanUtama.aspx untuk mengetahui berita terkini mengenai Fear Factor Selebriti Malaysoa, melihat galeri, dan menonton video eksklusif.

Food : Seoul Garden, KL Festival

tajaan secantikmanis on Wednesday, March 6, 2013

Assalamualaikum

Hari ini saya bercerita pasal entry makanan pulak ye. Sebenarnya, budak rumah saya Fazlin aka kambing yang teringin sangat hendak makan dekat Seoul Garden ni. Dan sebenarnya, saya pun teringin jugak.. tetapi saya dah pergi dengan member sekolah masa awal tahun hari tu.
 
Seoul Garden, Price Seoul Garden, Promotion Seoul Garden, outlet Seoul Garden,http://www.seoulgarden.com.my/index.php
Muka penuh dengan kegelojohan.
Okey gambar atas si Fazlin aka Kambing. Kenapa gelarkan dia kambing? Sebab dia suka makan kambing?? Mungkin jugak. Tapi ada satu lagi sebab kenapa kami budak-budak satu rumah gelarkan dia kambing.

Seoul Garden, Price Seoul Garden, Promotion Seoul Garden, outlet Seoul Garden,http://www.seoulgarden.com.my/index.php
Atas : Atiqah aka Pasrah dan Nurul aka Sm Bawah : Fazlin aka Kambing dan Hajar aka Penguin

  
 Seoul Garden, Price Seoul Garden, Promotion Seoul Garden, outlet Seoul Garden,http://www.seoulgarden.com.my/index.php  

Gambar budak-budak rumah. Tak cukup seorang lagi sebenarnya ni, sebab dia balik kampung. Bergambar sekejap depan pintu masuk Seoul Garden, KL Festival. Sebenarnya kami bertolak dari rumah pun dah lewat, dalam pukul 9.00 malam macam tu la. Buat rugi je tau makan sekejap je sebab dalam pukul 10.30 malam macam tu pekerjanya dah sibuk mengemas. Arghhh rugi-rugi. Saya cadangkan kalau korang semua nak mencuba Seoul Garden ini, pergi la waktu pagi-pagi.

 Seoul Garden, Price Seoul Garden, Promotion Seoul Garden, outlet Seoul Garden,http://www.seoulgarden.com.my/index.php  
 
Suamiku Ustaz aka Sarawak pasangan bahagia. Amen. Cepat doakan semoga depa berdua ni cepat-cepat naik pelamin, bernikah nak merasa lauk kenduri belah utara macam mana stylenya. Lain ke dengan belah selatan. hehehe.

Seoul Garden, Price Seoul Garden, Promotion Seoul Garden, outlet Seoul Garden,http://www.seoulgarden.com.my/index.php  

Sudah la rugi sebab pergi lambat, bawak pulak budak sebelah saya ni.. bertambah-tambah rugi. Sebab apa saya kata rugi, sebab dia makan tak banyak pun. Sebelum pergi dari rumah lagi dia dah bagitahu awal-awal yang dia tak berapa nak minat tetapi sebab nak jaga hati budak-budak rumah dia ikut sekali, dengan paksaan kami kena ikut dia pergi makan Pizza pulak. Okey fine saya kata dekat dia, dua,tiga bulan baru kita pergi makan Pizza.. hahah. Just kidding la honey.

Seoul Garden, Price Seoul Garden, Promotion Seoul Garden, outlet Seoul Garden,http://www.seoulgarden.com.my/index.php
Salah satu makanan manis yang sempat saya rembat. Huhuhu
   Seoul Garden, Price Seoul Garden, Promotion Seoul Garden, outlet Seoul Garden,http://www.seoulgarden.com.my/index.php  

Okey masterchef dia gelarkan diri dia sendiri.. Phuiii la. Kalau dah panda tu tetap panda okey. Ini mamat yang tidak rugi bila bawak pergi makan Seoul Garden. He the Best. Sekali dia boleh makan daging kambing dengan daging lembu, berpinggan-pinggan dia amek. Syok je tengok panda makan. Sama je dengan awek sebelah dia tu. Tengok mata pun dah tahu. Terbeliak habis tak sanggup nak tunggu daging siap grill katanya. Feeling orang korea. Hahaha. Salah satu sebab hendak pergi makan Seoul Garden.

 Seoul Garden, Price Seoul Garden, Promotion Seoul Garden, outlet Seoul Garden,http://www.seoulgarden.com.my/index.php  
 
Akhir sekali, saya yang jugak feeling ala-ala korea. Dalam sayur salad tu, saya letak daging lembu yang sudah di grill, sedikit kimchi, dan sos korea. Fulamak sedap wooo. Tengok muat okey makanan tu dengan mulut saya. Sempat pulak kawan saya kata mulut macam gerobok. Tahu ke tidak maksud gerobok tu?

Nuffnang's 6th Birthday Bash Extremely Rock

tajaan secantikmanis on Monday, March 4, 2013

Assalamualaikum


Hooyeahhhh please Don't Stop The Party song from Pitbull, itu yang saya boleh katakan dengan party menyambut Nuffnang's 6th Birthday Bash. Saya sampai ke majlis dalam pukul 6.15pm lebih kurang macam tu la.. Depan pintu masuk ada register dan saya dapat Goodies Bag. Macam-macam ada dalam goodies bag tu korang.

#NNBB2013, #nuffnang, @nuffnang, #NuffnangIs6, #NNBdayBash
 
Ada Hermo.my, Lotte Co. , L'Occitane, Melvita, GETHA and Active Guard! Serius sangat best goodies yang saya dapat kali ini. Big thank to Nuffnang yang telah menjemput saya ke Party Nuffnang's 6th Birthday Bash kali ini.

Saya sampai pun dah awal masa tu, so orang masih tak berapa nak ramai lagi. Sempat main game dekat booth Deezer dan Digi. Teka lagu yang dimainkan melalui earphone dan pilih tajuk lagu dan penyanyinya sekali. Saya dapatlah menang mininotepad.. bukan mini ipad okey.

#NNBB2013, #nuffnang, @nuffnang, #NuffnangIs6, #NNBdayBash
Booth Deezer and Digi
Nuffnang's 6th Birthday Bash malam tadi diadakan di LUST,KL. 


#NNBB2013, #nuffnang, @nuffnang, #NuffnangIs6, #NNBdayBash
Setiap Ballon ada lagu dari playlist masing-masing.
Persembahan permulaan.. Pandai depa ni joget nah.. Tak kelip mata saya tengok, laju semacam. hahaha

Gambar bawah ini adalah stage untuk party malam tadi.. Nampak tak dekat screen tu ada gambar profile Twitter masing-masing kalau ada sesiapa yang Tweet. Saya rasa Farah Soraya malam tadi banyak jugak dia tweet.. hahaha

#NNBB2013, #nuffnang, @nuffnang, #NuffnangIs6, #NNBdayBash
stage at #LUSTKL
Super power root mc for the last night #NNBB2013 #nnbdaybash @isabellebutton and @mrkevinchong both of u totally rock the party.


Malam semalam pun banyak jugak game yang ada. Ada game Dj akan mashupkan 3,4 lagu dan kitaorang kena teka tajuk lagu dan penyanyi. Aiiiyokkk manyak susah untuk trek mashup lagu yang last sekali.. Lagu yang dimashupkan, Don't Stop The Party song by Pitbull, Gangnam Style by Psy and Call Me Baby by Carly Rae Jepsen.Okey girl yang pakai tudung warna merah tu yang dapat teka trek last mashup malam tadi.

#NNBB2013, #nuffnang, @nuffnang, #NuffnangIs6, #NNBdayBash
 
 Gambar bawah ini kalau tak silap saya group spicy salah satu pemenang untuk game humming.
#NNBB2013, #nuffnang, @nuffnang, #NuffnangIs6, #NNBdayBash
Group Spicy
Ada 2 persembahan akoustik malam tadi. Sorry saya tak tahu la nama diaorang ni. Apa-apa pun persembahan mereka memang mantop dan best sangat. 

#NNBB2013, #nuffnang, @nuffnang, #NuffnangIs6, #NNBdayBash
#NNBB2013, #nuffnang, @nuffnang, #NuffnangIs6, #NNBdayBash
 

Tarrraaaa.... birthday cake #nuffnangis6 malam tadi. Tak merasa pun. Sibuk dengan amek gambar je. Macam mana lah rasanya kan. Sedap tak korang rasa.


#NNBB2013, #nuffnang, @nuffnang, #NuffnangIs6, #NNBdayBash
 

Kecik sangat kan wall nya??
Dan last sekali, gambar semua staff Nuffnang yang telag bersusah payah menjayakan event  Nuffnang's 6th Birthday Bash dengan jayanya malam tadi. GOODJOB guys.
 
Gambar saya dan teman saya di Booth Deezer...
 #NNBB2013, #nuffnang, @nuffnang, #NuffnangIs6, #NNBdayBash

5 Gambar Teman Lelaki Terbaru Emma Maembong

tajaan secantikmanis on Saturday, March 2, 2013

Assalamualaikum

Hendak bergosip kejap ni korang weh.. Meh la baca. Nampaknya macam Emma Maembong sudah ada pengganti yang baru. Kan baru-baru ini, Emma ada mengumumkan yang dia sudah putus cinta dengan kekasih hati yang bernama Ally.

Tetapi nampaknya sekarang Emma sudah menemui pengganti, dan penggantinya adalah Zoey Rahman. Alah pelakon jugak la dia ni. Saya tengok, cantik dan segak depa berdua ni.. Kira padanlah. Ehmm yang tak syoknya, dengar cerita Emma Maembong dengan Zoey Rahman ini adalah sepupu.. Ya Ka???