About me

3 Resepi Dr. Fazley Episode Akhir Dalam MasterChef Selebriti

tajaan secantikmanis on Wednesday, July 18, 2012

FELL IN LOVE IN PARIS [Pembuka Selera]

Resepi fell in love in paris Dr Fazley,

Bahan-bahan
  • Sup cendawan di dalam mangkuk puff pastry beserta ‘poached egg’ dan salad
  • 1 mangkuk cendawan portobello
  • 1 helai puff pastry
  • 1 cawan double cream
  • 3 batang italian parsley
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu mentega (salted)
  • 1 biji telur
  • 1 camca cuka
  • 1 sudu minyak zaitun
  • Lada hitam
  • Lemon
  • Lada sulah
Cara penyediaan:
‘Poached Egg’
  • Panaskan air di dalam periuk
  • Masukkan cuka lalu gunakan senduk kayu untuk memutarkan air di dalam periuk sehingga berpusar
  • Pecahkan telur di dalam mangkuk lalu masukkan ke dalam air panas yang sedang berpusar
  • Biarkan hingga putih telur menutupi kuning telur dan bergumpal elok
Mangkuk ‘Puff Pastry’
  • Sapu mentega cair ke dalam acuan muffin
  • Potong sehelai puff pastry menjadi empat bahagian
  • Masukkan satu bahagian ke dalam acuan muffin betukkan agar menjadi seperti mangkuk
  • Masukkan beras atau biji kekacang sehingga memenuhi pastry agar dapat mengekalkan bentuk asal acuan muffin tersebut
  • Bakar di dalam ketuhar 180?c selama 20 minit
  • Pastikan kekacang di keluarkan semula selepas pastry siap di bakar
Sup Krim Cendawan
  • Kisar cendawan sehingga separa hancur
  • Keluarkan satu sudu besar dan asingkan
  • Teruskan kisar sisa cendawan yang tinggal hingga lumat
  • Bawang merah dan bawang putih di potong dadu
  • Panaskan mentega bersama sedikit minyak zaitun di dalam periuk
  • Masukkan bawang dan tumis
  • Masukkan cendawan yang telah di kisar halus bersama cendawan yang di kisar besar tadi
  • Biarkan sehingga naik bau, lalu masukkan krim
  • Perahkan sedikit lemon dan masukkan garam dan lada putih secukup rasa
  • Masukkan hirisan daun pasli

FROM PARIS TO LONDON AND BACK 'MA CHERE'

Resepi From Paris To London And Back ‘Ma Chere’ Dr Fazley,

Bahan-bahan:
  • 500gm daging batang pinang
  • 4 biji bawang besar
  • 1 biji bawang putih
  • 1 sudu besar rosemary
  • 1 sudu besar thyme
  • 1 cawan double cream
  • 1 sudu mentega (salted)
  • 3 helai filo pastry
  • 1 biji avocado
  • 2 biji tomato
  • 1 biji lobak merah (kecil)
  • 2 batang asparagus
  • 1 camca garam laut kasar
  • Italian parsley
  • Minyak zaitun
  • Lemon
  • Tali (untuk mengikat daging)
Cara penyediaan:
Daging Panggang
  • Ikat daging dengan tali untuk persediaan memanggang daging
  • Panaskan kuali bersama sedikit minyak zaitun lalu ‘pan sear’ daging sehingga menutupi seluruh bahagian daging
  • Potong bawang merah dan bawang putih
  • Hiris thyme dan rosemary
  • Letakkan bahan hirisan dan bawang-bawang ke dalam ‘baking tray’ sebagai alas sebelum letakkan daging yang telah di ‘pan sear’ diatasnya
  • Panggang daging didalam ketuhar selama satu jam dengan panas 200?c lalu kurangkan panas setiap 15 minit menjadi 180?c, 150?c dan 120?c
Sos Krim Bawang Putih Dan Herba
  • Potong dadu halus bawang putih
  • Hiris halus italian parsley bersama sedikit rosemary
  • Panaskan kuali menggunakan mentega bersama sedikit minyak zaitun,
  • Masukkan bawang putih
  • Tuang krim lalu masukkan hirisan daun herba tadi
Cecawan Filo Pastry
  • Sapu mentega cair ke dalam acuan muffin
  • Potong sehelai puff pastry menjadi 4 bahagian
  • Masukkan satu bahagian ke dalam acuan muffin betukkan agar menjadi seperti mangkuk
  • Masukkan beras atau biji kekacang sehingga memenuhi puff pastry agar dapat mengekalkan bentuk asal acuan muffin tersebut
  • Bakar di dalam ketuhar 180?c selama 20 minit
  • Pastikan kekacang di keluarkan semula selepas pastry siap di bakar
Salsa Avocado, Bawang Dan Tomato
  • Potong dadu avocado, bawang besar dan tomato lalu gaulkan bersama sedikit garam dan jus lemon
  • Rebus lobak merah dan asparagus lalu gaulkan bersama sedikit mentega di atas kuali selama 30 saat

A ROMANTIC POEM BY THE LAKE

Resepi a romantic poem by the lake Dr Fazley

Swan choux pastry

  • ½ cawan mentega
  • 1 cawan susu/air
  • 1 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 1 camca garam
  • 1 sudu tepung jagung
Cara penyediaan
  • Panaskan air/susu, garam lalu masukkan mentega biarkan hingga mendidih
  • Masukkan tepung dan gaul hingga menjadi bebola
  • Sejukkan lalu masukkan telur satu persatu dan gaul hingga ;dropping consistency’
  • Boleh dibentukkan mengikut selera lalu dibakar di dalam ketuhar 200?c selama 10 minit lalu turunkan ke 150?c hingga masak
Bahan-bahan: ‘Pastry Cream’
  • 250gm susu
  • 1 camca esen vanila
  • 50gm kuning telur
  • 50gm gula kaster
  • 25gm tepung jagung
  • 35gm mentega
Cara penyediaan
  • Panaskan susu, separuh dari gula dan esen vanila hingga mendidih
  • Gaulkan di dalam mangkuk berlainan, kuning telur dan gula
  • Lalu masukkan tepung jagung ke dalam mangkuk tadi dan gaul hingga sebati
  • Tuangkan susu tadi ke dalam mangkuk sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati
  • Masukkan semula ke dalam periuk dan panaskan di atas api sederhana
  • Akhir sekali masukkan mentega dan gaul
Bahan-bahan: Macaroon
  • 1 cawan gula icing
  • 1 cawan serbuk buah badam
  • 1 cawan gula kaster
  • ½ cawan putih telur
  • 1 sudu jus lemon
  • ¼ cawan air
  • Pewarna biru
Cara penyediaan
  • Kisar gula icing bersama serbuk badam sehingga halus
  • Tapis bahan kisar
  • Panaskan periuk
  • Masukkan gula kaster bersama air (cairkan) panas sehingga mendidih
  • Putih telur dibahagi kepada dua
  • Pukul satu bahangian putih telur sehingga naik
  • Masukkan gula cair tadi, sedikit demi sedikit ke dalam pukulan putih telur
  • Campurkan bahan yang dikisar dengan sbahagian lagi putih telur
  • Campurkan semua bahan bersama dan tambah pewarna
  • Bahan telah sedia untuk dibakar
  • Pastikan bahan dibiarkan selama 20 minit sebelum dabikar ke dalam ketuhar
  • Bakar selama 10 minit, 200?c kemudian turunkan suhu kepada 150?c dan bakar selama 15 minit
Ingat Dr. Fazley MasterChef Selebriti Pertama je ke boleh buat?? Kita pun boleh buat.. Jom mencuba ramai-ramai. Mana tahu untuk bulan puasa yang akan datang, boleh hidangkan untuk keluarga sebagai juadah berbuka puasa. Aishhh reti ke bapak den nak makannya!!

2 Resepi dari Dr Fazley dalam MasterChef Selebriti 

Kedai yang menawarkan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M):

tajaan secantikmanis


Buku & Alatan Tulis
  • MPH Bookstores
  • Imlaq Book Centre
  • BORDERS
  • RONA
  • Kiang Trading
  • Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia Berhad
  • Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
  • Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad

Kelengkapan Sukan/ Peralatan / Pakaian
  • Bata
  • iFamily
  • Koperasi Keluarga Dato' Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad
  • Texline Lino

Klinik / Optometri / Cermin Mata
  • Poliklinik An-Nisa'
  • Qualitas Health
  • Focus Point
  • Menara Optometry
Makanan Dan Minuman
  • KFC
  • Daily Fresh
  • A&W
  • Coffee Berry
  • The Chicken Rice Shop
  • Restoran Kenny Crab
  • Sweet Chat
  • Legend's Claypot Bariyani House
  • Dubu Dubu Seoul Food
  • My Java Coffee
  • Pancake House International
  • Station One Cafe
  • Gloria Jean's Coffee
  • Bangi Kopitiam
Hotel dan Penginapan
  • Ancasa Hotels & Resorts
  • Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
  • Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
  • Jerejak Rainforest Resort Penang
  • Ancasa Express Pudu
  • Tune Hotel
  • Leo Express Hotel
  • Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
  • Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad
  • Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad
  • Koperadi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad
  • Rakyat Travel SDN BHD

Saloon/ Produk dan Pusat Kecantikan
  • Foot Master
  • Paris Hill
  • Proactiv
  • Clara
  • Koperasi Puteri Terbilang Malaysia Berhad
Produk IT
  • Koperasi Celcom Berhad
  • Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad
Lain-Lain
  • BKZ Bikerz (Motosikal)
  • Roller Star Arena (Kasut Roda)
  • Double Site (Helmet / Aksesori Motor)
  • Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
  • Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad
  • MYDIN

2 Resepi Dr. Fazley di dalam MasterChef Selebriti

tajaan secantikmanis

UDANG KARA TIMUR BARAT

 resepi udang kara timur barat dr fazley


Bahan-bahan:
  • 1 ekor udang kara
  • 5 sudu serbuk kari
  • 1 cawan tepung gandum
  • 10 biji kuning telur
  • 3 cili kering
  • 350gm mentega
  • ½ cawan kreamer pekat
  • 2 biji telur masin
  • 1 ekor sotong
  • 1 ikat daun kari
  • Garam
  • Gula
Cara- cara penyediaan:
  • Udang kara direbus bersama telur masin
  • Masukkan mentega ke dalam kuali dan cairkan
  • Masukkan telur kuning dan kacau hingga sempurna
  • Kemudian masukkan cili kering, daun kari dan serbuk kari
  • Goreng sehingga kering
  • Kemudian goreng sotong dengan tepung
  • Kemudian masukkan kreamer pekat dan renehkan, kemudian masukkan serbuk kari dan telur masin yang telah direbus tadi

UDANG BERSALUT MENTEGA DAN TELUR BERSAMA SOS TELUR MASIN &
 KEK BADAM BERSAMA PURI BERI

 resepi Udang Bersalut Mentega dan Telur Bersama Sos Telur Masin dr fazley



Bahan-bahan:
  • Udang Bersalut Mentega dan Telur Bersama Sos Telur Masin
  • 8 biji telur
  • 7 ekor udang harimau
  • 1 kotak krim putar
  • 2 biji telur masin
  • 1 ikat sayur kailan
  • 4 keping biskut kering
  • 3 biji limau perut
  • garam
Cara penyediaan Udang:
  • Goreng udang yang disaluti sedikit garam dan letakkan ke tepi
  • Panas mentega ke dalam kuali bersama serpihan biskut kering dan goreng hingga rata
  • Masukkan mentega ke dalam kuali bersama 4 biji telur kuning dan sedikit susu cair
  • Masukkan udang bersama bahan-bahan tadi dan goreng hingga rata
Cara penyediaan Sos:
  • Panaskan krim putar di dalam kuali bersama kuning telur masin yang telah direbus
  • Parut kulit limau purut dan masukkan sedikit potongan limau purut ke dalam krim putar tadi
KEK BADAM BERSAMA PURI BERI

Bahan-bahan:
  • 1 mangkuk campuran strawberi dan blueberry
  • 1 mangkuk buah badam
  • 1 mangkuk buah buahan
  • 2 cawan gula kastor
  • 1 bata mentega
  • 1 tin susu cair
Cara penyediaan Kek Badam Rapuh:
  • Kisarkan kacang badam bersama gula kastor
  • Masukkan telur putih ke dalam mixer, masukkan campuran kacang badam dan gula, kemudian masukkan mentega
  • Bakar di dalam ketuhar
Cara penyediaan Sos Beri:
  • Panaskan buah-buahan yang dilenyek bersama gula dan air
  • Masak sehingga sos pekat

Hijabku Gayaku Bersama Sunsilk dan Scarflets

tajaan secantikmanis

Hijabku Gayaku Bersama Sunsilk dan Scarflets akan memberikan anda peluang untuk mempelajari pelbagai cara mengikat gaya hijab melalui video tutorial dan memenangi hadiah yang lumayan. Kepada wanita-wanita yang memakai hijab di luar sana, jom kita ramai-ramai memasuki pertandingan ini.

Senang sahaja cara-cara penyertaannya dan jika anda bernasib baik anda akan terpilih untuk menghadiri Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets. Siapa yang tidak mahu untuk mempelajari pelbagai cara mengikat gaya hijab daripada Scarflets iaitu blogger-blogger yang sangat FASHIONISTA dalam berhijab. The Scarflets terdiri daripada Cik Epal's, Ami Schaheera's, Shea's, Yanny's, Yana Petisuara's, ChentaNana's, Jezmine's, Fira's dan Maria Elena.

Cara untuk MENANG!!!

Pada MINGGU 1 - MINGGU 2 : Undi Gaya Hijab Kegemaran Anda

Langkah 1: Undi pilihan anda
Undilah gaya kegemaran anda! Ini akan membantu Sunsilk memilih di antara 4 video tutorial untuk dihasilkan kemudian! Hijabku Gayaku Bersama Sunsilk dan Scarflets, The Scarflets, Maria Elena, Cik Epal, Sunsilk

Langkah 2: Kongsi Aplikasi
Lagi banyak anda kongsi, lagi cerah peluang anda untuk memenangi hadiah menarik!

Pada MINGGU 3 - MINGGU 7 : Cubalah Sendiri

Langkah 1: Lihatlah Tutorial
Video tutorial untuk 4 gaya hijab paling popular akan dikeluarkan setiap minggu! Lihat dan pelajari cara mengikat gaya hijab melalui video tutorial! Setiap video tutorial pemenang gaya hijab akan dikeluarkan setiap minggu!

Langkah 2: Muat naik foto
Selepas mempelajari cara ikatan Hijab melalui video tutorial, anda perlu menangkap gambar anda memakai gaya hijab yang dipelajari, dan gayakannya dengan tema mingguan! Sepuluh (10) penyertaan mingguan yang mendapat undian tertinggi akan dipilih dan penyertaan yang paling kreatif akan menang!


Sangat-sangat AWESOME bukan hadiah yang menanti anda.. Untuk maklumat lebih lanjut layari https://www.facebook.com/SunsilkMalaysia/app_262727467173698#_=_