About me

Tidak Perlu Mohon Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M)

tajaan secantikmanis on Monday, July 16, 2012

Tidak Perlu Mohon Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M) kerana ia akan diberi secara automatik selagi anda berstatus pelajar. Apa sudah berkahwin ada anak 4 orang macam mana? Kan saya cakap anda walaupun sudah berkahwin dan anda ada anak, anda tetap layak menerima Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M) selagi nama anda ada dalam Sistem Pelajar sama ada di IPTA atau IPTS.

Dianggarkan 1.5 juta pelajar IPT akan menerima Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M) ini pada semester depan dan diberikan secara automatik, kerana maklumat pelajar disalurkan dari IPT terus kepada Kementerian Pendidikan dan Bank Rakyat. Kerana Kad KDS1M ni akan dikeluarkan Bank Rakyat secara percuma. Pelajar akan nikmati diskaun sebanyak 5% hingga 60%. Ini bermakna, anda semua tidak perlu mengisi borang bagai yang saya sendiri pun malas. BAGUS kan!!

Layari http://www.1pengguna.com/kads1m/index.php?pg=main/home untuk maklumat lebih lanjut.
Please Share it! :)