About me

Kepintaran Samsung Galaxy S3

tajaan secantikmanis on Saturday, July 14, 2012

Kepintaran Samsung Galaxy S3? Apa yang pintar sangat dengan Samsung Galaxy S3 ini. Dengan kelebihan masa yang terluang ini, saya pun cuba cari di Google mengenai kepintaran Samsung Galaxy S3. Fuyoo.. serius memang pintar Samsung Galaxy S3. Bila dapat tahu kepintarannya.. rasa macam nak jual Samsung Galaxy S2 je la.. hahaha

Terdapat 5 funsi pintar baru dalam peranti pintar kali ini antaranya dimuatkan dengan fungsi Smart Stay, Direct Call, Smart Alert, Social Tag serta S Voice.

Dalam fungsi Smart Stay peranti ini boleh mengetahui pergerakan mata anda. Bermaksud jika mata anda melihat pada skrin cahaya pada skrin anda akan menyala dan bila mata anda tidak melihat pada skrin.. cahya pada skrin akan menjadi malap.



Sokongan fungsi Direct Call pula, pengguna tidak perlu mencari butang panggilan untuk membuat panggilan ketika sedang menggunakan sistem SMS malah hanya terus letakkan smartphone ke telinga anda dan smartphone tersebut secara automatik akan membuat panggilan untuk anda. Bagus betul, sesuai untuk saya yang malas type masej..



Smart Alert pulak berfungsi untuk mengingatkan pengguna jika pengguna tidak perasan ada masej atau sebaliknya. Jika anda meninggalkan smartphone anda seketika dan terdapat panggilan dan masej dan kembali semula ke smartphone anda, ia akan bergetar untuk membiarkan anda tahu bahawa anda telah mesej yang menunggu, tanpa anda walaupun mempunyai menghidupkan skrin.



Fungsi Smart Tag yang paling saya minat. Hanya klik pada gambar kawan anda dan memasukkan butiran kenalan mereka pada telefon anda. Apa yang anda lakukan kemudian klik pada mereka, dan tekan butang yang berkaitan.



Fungsi S Voice membolehkan pengguna memberi arahan suara kepada smartphone untuk membuat suatu pilihan menu tanpa perlu mencarinya. Sebagai contoh untuk update status Facebook.. arghhh makin memalaskan saya la gamaknya.



Amacam? Serius Samsung Galaxy S3 pintar kan? Ini baru menceritakan kepintaran Samsung Galaxy S3, belum cerita kelebihan-kelebihan Samsung Galaxy S3 yang lain. Tunggu saya akan update kelebihan Samsung Galaxy S3 secepat mungkin.
 
Atau anda boleh layari http://www.samsung.com/my/galaxys3/index.html.
Please Share it! :)

{ 6 sweetie... read them below or add one }

zulhilmi tempoyak said...

harap2 bulan ni ad bajet lebih... heee

Budak Botak said...

belanja la saya...

luqman zakaria said...

pintar memang pintar...tapi duit tak pintar nih ..acano??

AREN said...

IM IOS USER....ANDROID BORED

onlinegadget said...

Salam..tumpang lalu..I'm offering NEW SEALED Samsung Galaxy S3 Original Warranty SME NOT AP Set.
I bet you the price much much lower than retail.

Mail me for detail.

Thank you.

farhan faridul said...

uygiu