About me

3 Resepi Dr. Fazley Episode Akhir Dalam MasterChef Selebriti

tajaan secantikmanis on Wednesday, July 18, 2012

FELL IN LOVE IN PARIS [Pembuka Selera]

Resepi fell in love in paris Dr Fazley,

Bahan-bahan
  • Sup cendawan di dalam mangkuk puff pastry beserta ‘poached egg’ dan salad
  • 1 mangkuk cendawan portobello
  • 1 helai puff pastry
  • 1 cawan double cream
  • 3 batang italian parsley
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu mentega (salted)
  • 1 biji telur
  • 1 camca cuka
  • 1 sudu minyak zaitun
  • Lada hitam
  • Lemon
  • Lada sulah
Cara penyediaan:
‘Poached Egg’
  • Panaskan air di dalam periuk
  • Masukkan cuka lalu gunakan senduk kayu untuk memutarkan air di dalam periuk sehingga berpusar
  • Pecahkan telur di dalam mangkuk lalu masukkan ke dalam air panas yang sedang berpusar
  • Biarkan hingga putih telur menutupi kuning telur dan bergumpal elok
Mangkuk ‘Puff Pastry’
  • Sapu mentega cair ke dalam acuan muffin
  • Potong sehelai puff pastry menjadi empat bahagian
  • Masukkan satu bahagian ke dalam acuan muffin betukkan agar menjadi seperti mangkuk
  • Masukkan beras atau biji kekacang sehingga memenuhi pastry agar dapat mengekalkan bentuk asal acuan muffin tersebut
  • Bakar di dalam ketuhar 180?c selama 20 minit
  • Pastikan kekacang di keluarkan semula selepas pastry siap di bakar
Sup Krim Cendawan
  • Kisar cendawan sehingga separa hancur
  • Keluarkan satu sudu besar dan asingkan
  • Teruskan kisar sisa cendawan yang tinggal hingga lumat
  • Bawang merah dan bawang putih di potong dadu
  • Panaskan mentega bersama sedikit minyak zaitun di dalam periuk
  • Masukkan bawang dan tumis
  • Masukkan cendawan yang telah di kisar halus bersama cendawan yang di kisar besar tadi
  • Biarkan sehingga naik bau, lalu masukkan krim
  • Perahkan sedikit lemon dan masukkan garam dan lada putih secukup rasa
  • Masukkan hirisan daun pasli

FROM PARIS TO LONDON AND BACK 'MA CHERE'

Resepi From Paris To London And Back ‘Ma Chere’ Dr Fazley,

Bahan-bahan:
  • 500gm daging batang pinang
  • 4 biji bawang besar
  • 1 biji bawang putih
  • 1 sudu besar rosemary
  • 1 sudu besar thyme
  • 1 cawan double cream
  • 1 sudu mentega (salted)
  • 3 helai filo pastry
  • 1 biji avocado
  • 2 biji tomato
  • 1 biji lobak merah (kecil)
  • 2 batang asparagus
  • 1 camca garam laut kasar
  • Italian parsley
  • Minyak zaitun
  • Lemon
  • Tali (untuk mengikat daging)
Cara penyediaan:
Daging Panggang
  • Ikat daging dengan tali untuk persediaan memanggang daging
  • Panaskan kuali bersama sedikit minyak zaitun lalu ‘pan sear’ daging sehingga menutupi seluruh bahagian daging
  • Potong bawang merah dan bawang putih
  • Hiris thyme dan rosemary
  • Letakkan bahan hirisan dan bawang-bawang ke dalam ‘baking tray’ sebagai alas sebelum letakkan daging yang telah di ‘pan sear’ diatasnya
  • Panggang daging didalam ketuhar selama satu jam dengan panas 200?c lalu kurangkan panas setiap 15 minit menjadi 180?c, 150?c dan 120?c
Sos Krim Bawang Putih Dan Herba
  • Potong dadu halus bawang putih
  • Hiris halus italian parsley bersama sedikit rosemary
  • Panaskan kuali menggunakan mentega bersama sedikit minyak zaitun,
  • Masukkan bawang putih
  • Tuang krim lalu masukkan hirisan daun herba tadi
Cecawan Filo Pastry
  • Sapu mentega cair ke dalam acuan muffin
  • Potong sehelai puff pastry menjadi 4 bahagian
  • Masukkan satu bahagian ke dalam acuan muffin betukkan agar menjadi seperti mangkuk
  • Masukkan beras atau biji kekacang sehingga memenuhi puff pastry agar dapat mengekalkan bentuk asal acuan muffin tersebut
  • Bakar di dalam ketuhar 180?c selama 20 minit
  • Pastikan kekacang di keluarkan semula selepas pastry siap di bakar
Salsa Avocado, Bawang Dan Tomato
  • Potong dadu avocado, bawang besar dan tomato lalu gaulkan bersama sedikit garam dan jus lemon
  • Rebus lobak merah dan asparagus lalu gaulkan bersama sedikit mentega di atas kuali selama 30 saat

A ROMANTIC POEM BY THE LAKE

Resepi a romantic poem by the lake Dr Fazley

Swan choux pastry

  • ½ cawan mentega
  • 1 cawan susu/air
  • 1 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 1 camca garam
  • 1 sudu tepung jagung
Cara penyediaan
  • Panaskan air/susu, garam lalu masukkan mentega biarkan hingga mendidih
  • Masukkan tepung dan gaul hingga menjadi bebola
  • Sejukkan lalu masukkan telur satu persatu dan gaul hingga ;dropping consistency’
  • Boleh dibentukkan mengikut selera lalu dibakar di dalam ketuhar 200?c selama 10 minit lalu turunkan ke 150?c hingga masak
Bahan-bahan: ‘Pastry Cream’
  • 250gm susu
  • 1 camca esen vanila
  • 50gm kuning telur
  • 50gm gula kaster
  • 25gm tepung jagung
  • 35gm mentega
Cara penyediaan
  • Panaskan susu, separuh dari gula dan esen vanila hingga mendidih
  • Gaulkan di dalam mangkuk berlainan, kuning telur dan gula
  • Lalu masukkan tepung jagung ke dalam mangkuk tadi dan gaul hingga sebati
  • Tuangkan susu tadi ke dalam mangkuk sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati
  • Masukkan semula ke dalam periuk dan panaskan di atas api sederhana
  • Akhir sekali masukkan mentega dan gaul
Bahan-bahan: Macaroon
  • 1 cawan gula icing
  • 1 cawan serbuk buah badam
  • 1 cawan gula kaster
  • ½ cawan putih telur
  • 1 sudu jus lemon
  • ¼ cawan air
  • Pewarna biru
Cara penyediaan
  • Kisar gula icing bersama serbuk badam sehingga halus
  • Tapis bahan kisar
  • Panaskan periuk
  • Masukkan gula kaster bersama air (cairkan) panas sehingga mendidih
  • Putih telur dibahagi kepada dua
  • Pukul satu bahangian putih telur sehingga naik
  • Masukkan gula cair tadi, sedikit demi sedikit ke dalam pukulan putih telur
  • Campurkan bahan yang dikisar dengan sbahagian lagi putih telur
  • Campurkan semua bahan bersama dan tambah pewarna
  • Bahan telah sedia untuk dibakar
  • Pastikan bahan dibiarkan selama 20 minit sebelum dabikar ke dalam ketuhar
  • Bakar selama 10 minit, 200?c kemudian turunkan suhu kepada 150?c dan bakar selama 15 minit
Ingat Dr. Fazley MasterChef Selebriti Pertama je ke boleh buat?? Kita pun boleh buat.. Jom mencuba ramai-ramai. Mana tahu untuk bulan puasa yang akan datang, boleh hidangkan untuk keluarga sebagai juadah berbuka puasa. Aishhh reti ke bapak den nak makannya!!

2 Resepi dari Dr Fazley dalam MasterChef Selebriti 
Please Share it! :)