About me

2 Resepi Dr. Fazley di dalam MasterChef Selebriti

tajaan secantikmanis on Wednesday, July 18, 2012

UDANG KARA TIMUR BARAT

 resepi udang kara timur barat dr fazley


Bahan-bahan:
  • 1 ekor udang kara
  • 5 sudu serbuk kari
  • 1 cawan tepung gandum
  • 10 biji kuning telur
  • 3 cili kering
  • 350gm mentega
  • ½ cawan kreamer pekat
  • 2 biji telur masin
  • 1 ekor sotong
  • 1 ikat daun kari
  • Garam
  • Gula
Cara- cara penyediaan:
  • Udang kara direbus bersama telur masin
  • Masukkan mentega ke dalam kuali dan cairkan
  • Masukkan telur kuning dan kacau hingga sempurna
  • Kemudian masukkan cili kering, daun kari dan serbuk kari
  • Goreng sehingga kering
  • Kemudian goreng sotong dengan tepung
  • Kemudian masukkan kreamer pekat dan renehkan, kemudian masukkan serbuk kari dan telur masin yang telah direbus tadi

UDANG BERSALUT MENTEGA DAN TELUR BERSAMA SOS TELUR MASIN &
 KEK BADAM BERSAMA PURI BERI

 resepi Udang Bersalut Mentega dan Telur Bersama Sos Telur Masin dr fazley



Bahan-bahan:
  • Udang Bersalut Mentega dan Telur Bersama Sos Telur Masin
  • 8 biji telur
  • 7 ekor udang harimau
  • 1 kotak krim putar
  • 2 biji telur masin
  • 1 ikat sayur kailan
  • 4 keping biskut kering
  • 3 biji limau perut
  • garam
Cara penyediaan Udang:
  • Goreng udang yang disaluti sedikit garam dan letakkan ke tepi
  • Panas mentega ke dalam kuali bersama serpihan biskut kering dan goreng hingga rata
  • Masukkan mentega ke dalam kuali bersama 4 biji telur kuning dan sedikit susu cair
  • Masukkan udang bersama bahan-bahan tadi dan goreng hingga rata
Cara penyediaan Sos:
  • Panaskan krim putar di dalam kuali bersama kuning telur masin yang telah direbus
  • Parut kulit limau purut dan masukkan sedikit potongan limau purut ke dalam krim putar tadi
KEK BADAM BERSAMA PURI BERI

Bahan-bahan:
  • 1 mangkuk campuran strawberi dan blueberry
  • 1 mangkuk buah badam
  • 1 mangkuk buah buahan
  • 2 cawan gula kastor
  • 1 bata mentega
  • 1 tin susu cair
Cara penyediaan Kek Badam Rapuh:
  • Kisarkan kacang badam bersama gula kastor
  • Masukkan telur putih ke dalam mixer, masukkan campuran kacang badam dan gula, kemudian masukkan mentega
  • Bakar di dalam ketuhar
Cara penyediaan Sos Beri:
  • Panaskan buah-buahan yang dilenyek bersama gula dan air
  • Masak sehingga sos pekat
Please Share it! :)

{ 2 sweetie... read them below or add one }

mursyid diey said...

sedap tu...nanti boleh cuba ya..hehe
Entri Terkini [Wordless Wednesday] Cerita Ayah Terlampau

fasham said...

wah menarik...nak try lah

Marilah Membaca:

http://fa87.blogspot.com/2012/07/novel-kirana-aqila-chapter-2-persiapan.html