About me

Precious Moments with Trudy & Teddy

tajaan secantikmanis on Tuesday, July 24, 2012

Precious Moments with Trudy & Teddy ? Apa yang saya boleh katakan, Trudy & Teddy dapat memeriahkan suasana yang hambar kepada keriangan. Kenapa? Ini kerana, melihat abah saya yang jarang sekali bergurau senda dengan budak-budak kecil menjadi gembira dengan kedatangan Aina, cucu depan rumah.

Dengan ada aina, kami sekeluarga saling bergaduh sebab nak dukung aina.. nak cium aina.. dan nak pekena aina. Kalau bab pekena tu, saya la ye.


Aina cucu depan rumah yang ngada-ngada.. tak boleh panas langsung. Nak berkipas je lagi dah. Meh Kak Ya nak ngadam aina jadi Princess yang paling cantik dengan TRUDY&TEDDY!!

Cantik tak saya dengan TRUDY&TEDDY
Aina ini pantang kalau nampak kamera, mesti pandang tepat la kat kamera. macam tahu-tahu je orang nak amik gambar dia. Nasib baik Aina cucu depan umah ni cumil.

Aina suka bergambar.
Aina apa yang Kak Ya boleh katakan disini, Aina telah membawa saat yang bahagia buat keluarga akak. Walaupun 1 hari nanti Aina akan besar dan berpindah.. ingatlah wahai Aina.. kita telah mencipta banyak memori bersama.. dan salah satunya, apabila kita dapat memenangi Contest Precious Moments with Trudy & Teddy ini. Mintak-mintak kita menang ye Aina.. Boleh kita menambah saat-saat bahagia kita bersama.

Aina kalau kita menang aina akan dapat Product Voucer dari TRUDY&TEDDY dan Kak Ya akan jadikan Aina betul-betul seorang puteri yang sangat cantik dengan baju dari TRUDY&TEDDY!!

8 Gambar Sultan Ibrahim dan Tunku Idris Iskandar Ketika Membeli Juadah Berbuka Di Permas,Kukup

tajaan secantikmanis on Monday, July 23, 2012

8 Gambar Sultan Ibrahim dan Tunku Idris Iskandar Ketika Membeli Juadah Berbuka Di Permas,Kukup pada petang tadi. Ingatkan tadi Tunku Ismail,TMJ yang datang sebab ada ura-ura mengatakan yang Tunku Ismail hendak datang berbuka di Masjid Jamek Permas, tapi hari khamis nanti. [26/7/2012].

Tunku Ismail akan datang jugak berbuka di Masjid Jamek Permas pada 26/7 nanti dan akan sembahyang terawih sekali. Hari ini cuma ayahanda beliau Sultan Ibrahim dan Tunku Idris Iskandar datang sembahyang terawih di Masjid Jamek Permas.

Selepas sembahyang asar petang tadi,  Sultan Ibrahim dan Tunku Idris Iskandar serta bodyguad dan Pegawai Polis Balai Polis Permas dan tidak lupa Ketua-Ketua Kampung dan Penghulu turun ke Bazar Ramadhan di Pekan Kecil Permas untuk membeli juadah berbuka puasa. Sultan Ibrahim beli makanan di setiap gerai yang ada di Bazar Ramadhan. Banyak jugak Sultan Ibrahim beli, siap ada troli lagi.

7 Gambar Sultan Ibrahim dan Tunku Idris Iskandar Ketika Membeli Juadah Berbuka Di Permas,Kukup, Sultan Ibrahim dan Tunku Idris Iskandar, Sultan Ibrahim, Tunku Idris Iskandar, Sultan Johor, Gambar Tunku Idris Iskandar, Gambar Sultan Ibrahim, Gambar Sultan Johor
Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung

7 Gambar Sultan Ibrahim dan Tunku Idris Iskandar Ketika Membeli Juadah Berbuka Di Permas,Kukup, Sultan Ibrahim dan Tunku Idris Iskandar, Sultan Ibrahim, Tunku Idris Iskandar, Sultan Johor, Gambar Tunku Idris Iskandar, Gambar Sultan Ibrahim, Gambar Sultan Johor
Tunku Idris Iskandar

7 Gambar Sultan Ibrahim dan Tunku Idris Iskandar Ketika Membeli Juadah Berbuka Di Permas,Kukup, Sultan Ibrahim dan Tunku Idris Iskandar, Sultan Ibrahim, Tunku Idris Iskandar, Sultan Johor, Gambar Tunku Idris Iskandar, Gambar Sultan Ibrahim, Gambar Sultan Johor
Sultan Ibrahim membeli lauk telur sambal dan kepala ikan masak asam pedas.

7 Gambar Sultan Ibrahim dan Tunku Idris Iskandar Ketika Membeli Juadah Berbuka Di Permas,Kukup, Sultan Ibrahim dan Tunku Idris Iskandar, Sultan Ibrahim, Tunku Idris Iskandar, Sultan Johor, Gambar Tunku Idris Iskandar, Gambar Sultan Ibrahim, Gambar Sultan Johor

7 Gambar Sultan Ibrahim dan Tunku Idris Iskandar Ketika Membeli Juadah Berbuka Di Permas,Kukup, Sultan Ibrahim dan Tunku Idris Iskandar, Sultan Ibrahim, Tunku Idris Iskandar, Sultan Johor, Gambar Tunku Idris Iskandar, Gambar Sultan Ibrahim, Gambar Sultan Johor

7 Gambar Sultan Ibrahim dan Tunku Idris Iskandar Ketika Membeli Juadah Berbuka Di Permas,Kukup, Sultan Ibrahim dan Tunku Idris Iskandar, Sultan Ibrahim, Tunku Idris Iskandar, Sultan Johor, Gambar Tunku Idris Iskandar, Gambar Sultan Ibrahim, Gambar Sultan Johor
7 Gambar Sultan Ibrahim dan Tunku Idris Iskandar Ketika Membeli Juadah Berbuka Di Permas,Kukup, Sultan Ibrahim dan Tunku Idris Iskandar, Sultan Ibrahim, Tunku Idris Iskandar, Sultan Johor, Gambar Tunku Idris Iskandar, Gambar Sultan Ibrahim, Gambar Sultan Johor
Bodyguadnya muka ketat!! heheh

7 Gambar Sultan Ibrahim dan Tunku Idris Iskandar Ketika Membeli Juadah Berbuka Di Permas,Kukup, Sultan Ibrahim dan Tunku Idris Iskandar, Sultan Ibrahim, Tunku Idris Iskandar, Sultan Johor, Gambar Tunku Idris Iskandar, Gambar Sultan Ibrahim, Gambar Sultan Johor

26/7 nanti nak ambik gambar Tunku Ismail,TMJ pulak.

3 Example Java Coding

tajaan secantikmanis on Sunday, July 22, 2012

Title: Object Oriented Programming
Topic: Class and objects

Question 1

Create a class Rectangle. The class has attributes length and width, each of which defaults to 1. It has methods that calculate the perimeter and the area of the rectangle. It has set and get methods (accessor and mutator) for both length and width. The set methods should verify that length and width are each floating-point numbers larger than 0.0 and less than 20.0. Write a program to test class Rectangle.


Question: 2

You operate several burger stalls distributed throughout Kampung Baru. Define a class named BurgerStall that has a member variable for the burger stall ID number and a member variable for how many burgers the stall has sold that day. Create a constructor that allows a user of the class to initialize both values.

Also create a method named justSold that increments the number of burgers the stall has sold by one. The idea is that this method will be invoked each time the stand sells a burger so that you can track the total number of burgers sold by the stall. Add another method that returns the number of burgers sold.

Finally, add a static variable that tracks the total number of burgers sold by all burger stalls and a static method that returns the value in this variable.

Write a main method to test your class with at least three burger stalls that each sell a variety of burgers.

Question 3

Create class SavingsAccount. Use a static variable annualInterestRate to store the annual interest rate for all account holders. Each object of the class contains a private instance variable savingsBalance indicating the amount the saver currently has on deposit. Provide method calculateMonthlyInterest to calculate the monthly interest by multiplying the savingsBalance by annualInterestRate divided by 12 - this interest should be added to savingsBalance.

Provide a static method modifyInterestRate that sets the annualInterestRate to a new value. Write a program to test class SavingsAccount. Instantiate two savingsAccount objects, saver1 and saver2, with balances of RM2000.00 and RM3000.00, respectively. Set annualInterestRate to 4%, then calculate the monthly interest and print the new balances for both savers. Then set the annualInterestRate to 5%, calculate the next month’s interest and print the new balances for both savers.


Celcom Exec Membawakan Samsung Galaxy S3 Dengan Hanya RM1398

tajaan secantikmanis on Saturday, July 21, 2012

Celcom Exec Membawakan Samsung Galaxy S3 Dengan Hanya RM1398? Biar betul.. Cubaan semata-mata je kan ini semua. Tidak!! ini bukan cubaan, tetapi ini kenyataannya. Dengan hanya RM1398, anda dapat memiliki Samsung Galaxy S3 yang sama dengan harga tidak kurang hebatnya, bagaimana?

Samsung Galaxy S3, Celcom Exec, Samsung Galaxy S3 murah

Dengan kontrak hanya 18 bulan, tidak lama mana pun sangat, pejam celik pejam celik anda sudah memiliki Samsung Galaxy S3 dengan harga serendah RM1398 dengan rangkaian telekomunikasi paling luas dan terbaik di Malaysia iaitu Celcom.

Anda boleh melayari http://www.celcom.com.my/smartphones/android.php#android3 untuk maklumat lanjut.

Notes : Object Oriented Programming

tajaan secantikmanis on Friday, July 20, 2012

Dalam chapter ini,anda dapat belajar :
  • Untuk mengkaji asas komputer, program dan sistem operasi
  • Untuk memahami hubungan antara Java dan World Wide Web
  • Untuk mengetahui Java dan kelebihan
  • Untuk menulis satu program Java yang mudah
  • Untuk mencipta, menyusun, dan menjalankan program Java
  • Untuk mengetahui sintaks asas program Java
  • Belajar dan Menggunakan pemalar dan pembolehubah
  • Tulis pernyataan aritmetik
  • Gunakan kelas JOptionPane yang bagi input GUI



Rank No 1 Seo Eyriqazz vs Denaihati

tajaan secantikmanis

Rank No 1 Seo Eyriqazz vs Denaihati sekarang ini adalah FORBLOGGER.NET. Tetapi yang tak boleh blahnya.. cuma update entry sikit je dah jadi rank no 1.. Saya tengok blogger lain punya lah entry panjang-panjang. Kenapa ye?

3 Resepi Dr. Fazley Episode Akhir Dalam MasterChef Selebriti

tajaan secantikmanis on Wednesday, July 18, 2012

FELL IN LOVE IN PARIS [Pembuka Selera]

Resepi fell in love in paris Dr Fazley,

Bahan-bahan
  • Sup cendawan di dalam mangkuk puff pastry beserta ‘poached egg’ dan salad
  • 1 mangkuk cendawan portobello
  • 1 helai puff pastry
  • 1 cawan double cream
  • 3 batang italian parsley
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu mentega (salted)
  • 1 biji telur
  • 1 camca cuka
  • 1 sudu minyak zaitun
  • Lada hitam
  • Lemon
  • Lada sulah
Cara penyediaan:
‘Poached Egg’
  • Panaskan air di dalam periuk
  • Masukkan cuka lalu gunakan senduk kayu untuk memutarkan air di dalam periuk sehingga berpusar
  • Pecahkan telur di dalam mangkuk lalu masukkan ke dalam air panas yang sedang berpusar
  • Biarkan hingga putih telur menutupi kuning telur dan bergumpal elok
Mangkuk ‘Puff Pastry’
  • Sapu mentega cair ke dalam acuan muffin
  • Potong sehelai puff pastry menjadi empat bahagian
  • Masukkan satu bahagian ke dalam acuan muffin betukkan agar menjadi seperti mangkuk
  • Masukkan beras atau biji kekacang sehingga memenuhi pastry agar dapat mengekalkan bentuk asal acuan muffin tersebut
  • Bakar di dalam ketuhar 180?c selama 20 minit
  • Pastikan kekacang di keluarkan semula selepas pastry siap di bakar
Sup Krim Cendawan
  • Kisar cendawan sehingga separa hancur
  • Keluarkan satu sudu besar dan asingkan
  • Teruskan kisar sisa cendawan yang tinggal hingga lumat
  • Bawang merah dan bawang putih di potong dadu
  • Panaskan mentega bersama sedikit minyak zaitun di dalam periuk
  • Masukkan bawang dan tumis
  • Masukkan cendawan yang telah di kisar halus bersama cendawan yang di kisar besar tadi
  • Biarkan sehingga naik bau, lalu masukkan krim
  • Perahkan sedikit lemon dan masukkan garam dan lada putih secukup rasa
  • Masukkan hirisan daun pasli

FROM PARIS TO LONDON AND BACK 'MA CHERE'

Resepi From Paris To London And Back ‘Ma Chere’ Dr Fazley,

Bahan-bahan:
  • 500gm daging batang pinang
  • 4 biji bawang besar
  • 1 biji bawang putih
  • 1 sudu besar rosemary
  • 1 sudu besar thyme
  • 1 cawan double cream
  • 1 sudu mentega (salted)
  • 3 helai filo pastry
  • 1 biji avocado
  • 2 biji tomato
  • 1 biji lobak merah (kecil)
  • 2 batang asparagus
  • 1 camca garam laut kasar
  • Italian parsley
  • Minyak zaitun
  • Lemon
  • Tali (untuk mengikat daging)
Cara penyediaan:
Daging Panggang
  • Ikat daging dengan tali untuk persediaan memanggang daging
  • Panaskan kuali bersama sedikit minyak zaitun lalu ‘pan sear’ daging sehingga menutupi seluruh bahagian daging
  • Potong bawang merah dan bawang putih
  • Hiris thyme dan rosemary
  • Letakkan bahan hirisan dan bawang-bawang ke dalam ‘baking tray’ sebagai alas sebelum letakkan daging yang telah di ‘pan sear’ diatasnya
  • Panggang daging didalam ketuhar selama satu jam dengan panas 200?c lalu kurangkan panas setiap 15 minit menjadi 180?c, 150?c dan 120?c
Sos Krim Bawang Putih Dan Herba
  • Potong dadu halus bawang putih
  • Hiris halus italian parsley bersama sedikit rosemary
  • Panaskan kuali menggunakan mentega bersama sedikit minyak zaitun,
  • Masukkan bawang putih
  • Tuang krim lalu masukkan hirisan daun herba tadi
Cecawan Filo Pastry
  • Sapu mentega cair ke dalam acuan muffin
  • Potong sehelai puff pastry menjadi 4 bahagian
  • Masukkan satu bahagian ke dalam acuan muffin betukkan agar menjadi seperti mangkuk
  • Masukkan beras atau biji kekacang sehingga memenuhi puff pastry agar dapat mengekalkan bentuk asal acuan muffin tersebut
  • Bakar di dalam ketuhar 180?c selama 20 minit
  • Pastikan kekacang di keluarkan semula selepas pastry siap di bakar
Salsa Avocado, Bawang Dan Tomato
  • Potong dadu avocado, bawang besar dan tomato lalu gaulkan bersama sedikit garam dan jus lemon
  • Rebus lobak merah dan asparagus lalu gaulkan bersama sedikit mentega di atas kuali selama 30 saat

A ROMANTIC POEM BY THE LAKE

Resepi a romantic poem by the lake Dr Fazley

Swan choux pastry

  • ½ cawan mentega
  • 1 cawan susu/air
  • 1 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 1 camca garam
  • 1 sudu tepung jagung
Cara penyediaan
  • Panaskan air/susu, garam lalu masukkan mentega biarkan hingga mendidih
  • Masukkan tepung dan gaul hingga menjadi bebola
  • Sejukkan lalu masukkan telur satu persatu dan gaul hingga ;dropping consistency’
  • Boleh dibentukkan mengikut selera lalu dibakar di dalam ketuhar 200?c selama 10 minit lalu turunkan ke 150?c hingga masak
Bahan-bahan: ‘Pastry Cream’
  • 250gm susu
  • 1 camca esen vanila
  • 50gm kuning telur
  • 50gm gula kaster
  • 25gm tepung jagung
  • 35gm mentega
Cara penyediaan
  • Panaskan susu, separuh dari gula dan esen vanila hingga mendidih
  • Gaulkan di dalam mangkuk berlainan, kuning telur dan gula
  • Lalu masukkan tepung jagung ke dalam mangkuk tadi dan gaul hingga sebati
  • Tuangkan susu tadi ke dalam mangkuk sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati
  • Masukkan semula ke dalam periuk dan panaskan di atas api sederhana
  • Akhir sekali masukkan mentega dan gaul
Bahan-bahan: Macaroon
  • 1 cawan gula icing
  • 1 cawan serbuk buah badam
  • 1 cawan gula kaster
  • ½ cawan putih telur
  • 1 sudu jus lemon
  • ¼ cawan air
  • Pewarna biru
Cara penyediaan
  • Kisar gula icing bersama serbuk badam sehingga halus
  • Tapis bahan kisar
  • Panaskan periuk
  • Masukkan gula kaster bersama air (cairkan) panas sehingga mendidih
  • Putih telur dibahagi kepada dua
  • Pukul satu bahangian putih telur sehingga naik
  • Masukkan gula cair tadi, sedikit demi sedikit ke dalam pukulan putih telur
  • Campurkan bahan yang dikisar dengan sbahagian lagi putih telur
  • Campurkan semua bahan bersama dan tambah pewarna
  • Bahan telah sedia untuk dibakar
  • Pastikan bahan dibiarkan selama 20 minit sebelum dabikar ke dalam ketuhar
  • Bakar selama 10 minit, 200?c kemudian turunkan suhu kepada 150?c dan bakar selama 15 minit
Ingat Dr. Fazley MasterChef Selebriti Pertama je ke boleh buat?? Kita pun boleh buat.. Jom mencuba ramai-ramai. Mana tahu untuk bulan puasa yang akan datang, boleh hidangkan untuk keluarga sebagai juadah berbuka puasa. Aishhh reti ke bapak den nak makannya!!

2 Resepi dari Dr Fazley dalam MasterChef Selebriti 

Kedai yang menawarkan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M):

tajaan secantikmanis


Buku & Alatan Tulis
  • MPH Bookstores
  • Imlaq Book Centre
  • BORDERS
  • RONA
  • Kiang Trading
  • Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia Berhad
  • Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
  • Koperasi Universiti Sains Malaysia Berhad

Kelengkapan Sukan/ Peralatan / Pakaian
  • Bata
  • iFamily
  • Koperasi Keluarga Dato' Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad
  • Texline Lino

Klinik / Optometri / Cermin Mata
  • Poliklinik An-Nisa'
  • Qualitas Health
  • Focus Point
  • Menara Optometry
Makanan Dan Minuman
  • KFC
  • Daily Fresh
  • A&W
  • Coffee Berry
  • The Chicken Rice Shop
  • Restoran Kenny Crab
  • Sweet Chat
  • Legend's Claypot Bariyani House
  • Dubu Dubu Seoul Food
  • My Java Coffee
  • Pancake House International
  • Station One Cafe
  • Gloria Jean's Coffee
  • Bangi Kopitiam
Hotel dan Penginapan
  • Ancasa Hotels & Resorts
  • Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur
  • Ancasa Allsuites Resort & Spa Port Dickson
  • Jerejak Rainforest Resort Penang
  • Ancasa Express Pudu
  • Tune Hotel
  • Leo Express Hotel
  • Koperasi Al-Taqwa Kampung Kisap Langkawi Berhad
  • Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah Berhad
  • Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah Berhad
  • Koperadi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad
  • Rakyat Travel SDN BHD

Saloon/ Produk dan Pusat Kecantikan
  • Foot Master
  • Paris Hill
  • Proactiv
  • Clara
  • Koperasi Puteri Terbilang Malaysia Berhad
Produk IT
  • Koperasi Celcom Berhad
  • Koperasi Pegawai-Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Berhad
Lain-Lain
  • BKZ Bikerz (Motosikal)
  • Roller Star Arena (Kasut Roda)
  • Double Site (Helmet / Aksesori Motor)
  • Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
  • Koperasi Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau Berhad
  • MYDIN

2 Resepi Dr. Fazley di dalam MasterChef Selebriti

tajaan secantikmanis

UDANG KARA TIMUR BARAT

 resepi udang kara timur barat dr fazley


Bahan-bahan:
  • 1 ekor udang kara
  • 5 sudu serbuk kari
  • 1 cawan tepung gandum
  • 10 biji kuning telur
  • 3 cili kering
  • 350gm mentega
  • ½ cawan kreamer pekat
  • 2 biji telur masin
  • 1 ekor sotong
  • 1 ikat daun kari
  • Garam
  • Gula
Cara- cara penyediaan:
  • Udang kara direbus bersama telur masin
  • Masukkan mentega ke dalam kuali dan cairkan
  • Masukkan telur kuning dan kacau hingga sempurna
  • Kemudian masukkan cili kering, daun kari dan serbuk kari
  • Goreng sehingga kering
  • Kemudian goreng sotong dengan tepung
  • Kemudian masukkan kreamer pekat dan renehkan, kemudian masukkan serbuk kari dan telur masin yang telah direbus tadi

UDANG BERSALUT MENTEGA DAN TELUR BERSAMA SOS TELUR MASIN &
 KEK BADAM BERSAMA PURI BERI

 resepi Udang Bersalut Mentega dan Telur Bersama Sos Telur Masin dr fazley



Bahan-bahan:
  • Udang Bersalut Mentega dan Telur Bersama Sos Telur Masin
  • 8 biji telur
  • 7 ekor udang harimau
  • 1 kotak krim putar
  • 2 biji telur masin
  • 1 ikat sayur kailan
  • 4 keping biskut kering
  • 3 biji limau perut
  • garam
Cara penyediaan Udang:
  • Goreng udang yang disaluti sedikit garam dan letakkan ke tepi
  • Panas mentega ke dalam kuali bersama serpihan biskut kering dan goreng hingga rata
  • Masukkan mentega ke dalam kuali bersama 4 biji telur kuning dan sedikit susu cair
  • Masukkan udang bersama bahan-bahan tadi dan goreng hingga rata
Cara penyediaan Sos:
  • Panaskan krim putar di dalam kuali bersama kuning telur masin yang telah direbus
  • Parut kulit limau purut dan masukkan sedikit potongan limau purut ke dalam krim putar tadi
KEK BADAM BERSAMA PURI BERI

Bahan-bahan:
  • 1 mangkuk campuran strawberi dan blueberry
  • 1 mangkuk buah badam
  • 1 mangkuk buah buahan
  • 2 cawan gula kastor
  • 1 bata mentega
  • 1 tin susu cair
Cara penyediaan Kek Badam Rapuh:
  • Kisarkan kacang badam bersama gula kastor
  • Masukkan telur putih ke dalam mixer, masukkan campuran kacang badam dan gula, kemudian masukkan mentega
  • Bakar di dalam ketuhar
Cara penyediaan Sos Beri:
  • Panaskan buah-buahan yang dilenyek bersama gula dan air
  • Masak sehingga sos pekat

Hijabku Gayaku Bersama Sunsilk dan Scarflets

tajaan secantikmanis

Hijabku Gayaku Bersama Sunsilk dan Scarflets akan memberikan anda peluang untuk mempelajari pelbagai cara mengikat gaya hijab melalui video tutorial dan memenangi hadiah yang lumayan. Kepada wanita-wanita yang memakai hijab di luar sana, jom kita ramai-ramai memasuki pertandingan ini.

Senang sahaja cara-cara penyertaannya dan jika anda bernasib baik anda akan terpilih untuk menghadiri Bengkel Hijab Sunsilk bersama Scarflets. Siapa yang tidak mahu untuk mempelajari pelbagai cara mengikat gaya hijab daripada Scarflets iaitu blogger-blogger yang sangat FASHIONISTA dalam berhijab. The Scarflets terdiri daripada Cik Epal's, Ami Schaheera's, Shea's, Yanny's, Yana Petisuara's, ChentaNana's, Jezmine's, Fira's dan Maria Elena.

Cara untuk MENANG!!!

Pada MINGGU 1 - MINGGU 2 : Undi Gaya Hijab Kegemaran Anda

Langkah 1: Undi pilihan anda
Undilah gaya kegemaran anda! Ini akan membantu Sunsilk memilih di antara 4 video tutorial untuk dihasilkan kemudian! Hijabku Gayaku Bersama Sunsilk dan Scarflets, The Scarflets, Maria Elena, Cik Epal, Sunsilk

Langkah 2: Kongsi Aplikasi
Lagi banyak anda kongsi, lagi cerah peluang anda untuk memenangi hadiah menarik!

Pada MINGGU 3 - MINGGU 7 : Cubalah Sendiri

Langkah 1: Lihatlah Tutorial
Video tutorial untuk 4 gaya hijab paling popular akan dikeluarkan setiap minggu! Lihat dan pelajari cara mengikat gaya hijab melalui video tutorial! Setiap video tutorial pemenang gaya hijab akan dikeluarkan setiap minggu!

Langkah 2: Muat naik foto
Selepas mempelajari cara ikatan Hijab melalui video tutorial, anda perlu menangkap gambar anda memakai gaya hijab yang dipelajari, dan gayakannya dengan tema mingguan! Sepuluh (10) penyertaan mingguan yang mendapat undian tertinggi akan dipilih dan penyertaan yang paling kreatif akan menang!


Sangat-sangat AWESOME bukan hadiah yang menanti anda.. Untuk maklumat lebih lanjut layari https://www.facebook.com/SunsilkMalaysia/app_262727467173698#_=_


Hanis Zalikha dan Nisa Kay Sudah Jadi Pelakon?

tajaan secantikmanis on Tuesday, July 17, 2012

Hanis Zalikha dan Nisa Kay Sudah Jadi Pelakon? Hanis Zalika dan Nisa Kay adalah blogger femus amos yang diminati ramai sekarang ini. Huk aloh! Serius la, mereka berdua ini memang femus.. tetapi ramai lagi blogger perempuan yang femus sekarang ini.

Berbalik kepada tajuk asal.. Hanis Zalikha dan Nisa Kay ini betul-betul ke sudah jadi pelakon, kerr sahaja je buat gempak tajuk. Ini buat fitnah ye, memang mereka sudah jadi pelakon dan mereka tidak membintangi filem yang sama.

Hanis Zalikha membintangi filem Ganster Celop di samping pelakon hensem Syamsul raw raw.. eh bukan Syamsul Yusof dan Kamal Adli arahan Ahmad Idham. Celop pun celop la.. janji berlakon, janji masuk tv. Anda semua tidak percaya.. okey saya bagi bukti gambar poster yang diambil dari blog Hanis Zalikha. http://inibelogsaya.blogspot.com/2012/07/gangster-celop.html .

Nisa Kay, Hanis Zalikha, Nisa Kay berlakon filem, Hanis Zalikha berlakon filem
Sinopsis mengenai cerita ini boleh diperolehi kat blog MAMATKACAK ni.

Nisa Kay pulak membintangi filem yang bertajuk The Boss arahan Shahisham Yusof. Cerita ini pun bukan tipu, anda boleh terjah entry ini untuk cerita yang lebih detail. http://www.nisakay.com/2012/07/filem-pertama-lakonan-nisa-kay.html

Nisa Kay, Hanis Zalikha, Nisa Kay berlakon filem, Hanis Zalikha berlakon filem

Yang menjadi pertanyaan dan persoalannya, BOLEH KE MEREKA BERDUA NI BERLAKON? DAN AKAN BERJAYA KE CERITA INI? So untuk itu, jom la kita memberi sokongan kepada mereka berdua dengan meminta DVD free dari mereka.. Boleh tak Hanis Zalikha dan Nisa Kay???

Tidak Perlu Mohon Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M)

tajaan secantikmanis on Monday, July 16, 2012

Tidak Perlu Mohon Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M) kerana ia akan diberi secara automatik selagi anda berstatus pelajar. Apa sudah berkahwin ada anak 4 orang macam mana? Kan saya cakap anda walaupun sudah berkahwin dan anda ada anak, anda tetap layak menerima Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M) selagi nama anda ada dalam Sistem Pelajar sama ada di IPTA atau IPTS.

Dianggarkan 1.5 juta pelajar IPT akan menerima Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M) ini pada semester depan dan diberikan secara automatik, kerana maklumat pelajar disalurkan dari IPT terus kepada Kementerian Pendidikan dan Bank Rakyat. Kerana Kad KDS1M ni akan dikeluarkan Bank Rakyat secara percuma. Pelajar akan nikmati diskaun sebanyak 5% hingga 60%. Ini bermakna, anda semua tidak perlu mengisi borang bagai yang saya sendiri pun malas. BAGUS kan!!

Layari http://www.1pengguna.com/kads1m/index.php?pg=main/home untuk maklumat lebih lanjut.

Kepintaran Samsung Galaxy S3

tajaan secantikmanis on Saturday, July 14, 2012

Kepintaran Samsung Galaxy S3? Apa yang pintar sangat dengan Samsung Galaxy S3 ini. Dengan kelebihan masa yang terluang ini, saya pun cuba cari di Google mengenai kepintaran Samsung Galaxy S3. Fuyoo.. serius memang pintar Samsung Galaxy S3. Bila dapat tahu kepintarannya.. rasa macam nak jual Samsung Galaxy S2 je la.. hahaha

Terdapat 5 funsi pintar baru dalam peranti pintar kali ini antaranya dimuatkan dengan fungsi Smart Stay, Direct Call, Smart Alert, Social Tag serta S Voice.

Dalam fungsi Smart Stay peranti ini boleh mengetahui pergerakan mata anda. Bermaksud jika mata anda melihat pada skrin cahaya pada skrin anda akan menyala dan bila mata anda tidak melihat pada skrin.. cahya pada skrin akan menjadi malap.



Sokongan fungsi Direct Call pula, pengguna tidak perlu mencari butang panggilan untuk membuat panggilan ketika sedang menggunakan sistem SMS malah hanya terus letakkan smartphone ke telinga anda dan smartphone tersebut secara automatik akan membuat panggilan untuk anda. Bagus betul, sesuai untuk saya yang malas type masej..



Smart Alert pulak berfungsi untuk mengingatkan pengguna jika pengguna tidak perasan ada masej atau sebaliknya. Jika anda meninggalkan smartphone anda seketika dan terdapat panggilan dan masej dan kembali semula ke smartphone anda, ia akan bergetar untuk membiarkan anda tahu bahawa anda telah mesej yang menunggu, tanpa anda walaupun mempunyai menghidupkan skrin.



Fungsi Smart Tag yang paling saya minat. Hanya klik pada gambar kawan anda dan memasukkan butiran kenalan mereka pada telefon anda. Apa yang anda lakukan kemudian klik pada mereka, dan tekan butang yang berkaitan.



Fungsi S Voice membolehkan pengguna memberi arahan suara kepada smartphone untuk membuat suatu pilihan menu tanpa perlu mencarinya. Sebagai contoh untuk update status Facebook.. arghhh makin memalaskan saya la gamaknya.



Amacam? Serius Samsung Galaxy S3 pintar kan? Ini baru menceritakan kepintaran Samsung Galaxy S3, belum cerita kelebihan-kelebihan Samsung Galaxy S3 yang lain. Tunggu saya akan update kelebihan Samsung Galaxy S3 secepat mungkin.
 
Atau anda boleh layari http://www.samsung.com/my/galaxys3/index.html.

Welcome To Malaysia for MTV World Stage 2012 Malaysia

tajaan secantikmanis on Friday, July 13, 2012

Welcome To Malaysia for MTV World Stage 2012 Malaysia Justin Bieber, Kara, dan Jay Park. Sesiapa yang ada Twitter? Apa punya soalan yang ditanya ni.. terang-terang orang Malaysia ni aktif dalam Twitter sampaikan tadi saya buka akaun Twitter saya Welcome To Malaysia jadi TREND. Bukan setakat Welcome To Malaysia, Wangsa Walk pun jadi TREND la.. Ini sangat AWESOME! hahahaha

MTV World Stage 2012 Malaysia,Justin Bieber, Kara, dan Jay Park, Mizz Nina, Wangsa Walk,

Justin Bieber, Kara, dan Jay Park datang ke Malaysia kerana MTV World Stage 2012 yang akan berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon pada 14 Julai ini. Kompem ramai yang pengsan esok. Jangan menangis kalau tidak dapat pergi esok sebab mak tak bagi pergi.

Facebook: www.facebook.com/mtvasia
Twitter: www.twitter.com/mtvasia
Twitter Hashtag: #worldstagemy

Kegunaan dan Kebaikan Vaseline Petroleum Jelly

tajaan secantikmanis on Wednesday, July 11, 2012

Kegunaan dan Kebaikan Vaseline Petroleum Jelly amat banyak dan sangat berguna kepada kita. Apabila anda menyapu ke kulit, gel ini meresap sempurna ke pori-pori kulit dan dengan cepat akan mengganti sel kulit mati dengan sel kulit baru yang sehat. Setelah meresap kedalam kulit, gel ini akan menghalang kehilangkan air dan menyebabkan kulit kita sentiasa lembab.

Vaseline Petroleum Jelly boleh digunakan sebagai :

MENYEMBUHKAN LUKA
Ketika pertama kali dijual di pasaran, Petroleum Jelly digunakan sebagai melindungi luka dan goresan. Petroleum jelly bertindak sebagai penghalang luka dari bakteria dan air, serta kelembapan, sehingga mempercepat proses penyembuhan. Buktinya Blogger Yanmie telah menggunakan Vaseline Petroleum Jelly untuk merawat luka dimulut anaknya Haziq. Boleh baca entry ini. http://yanmieonline.com/2011/10/vaselin-memang-terbaik/

MENGATASI BIBIR MEREKAH ATAU MENGELUPAS(PECAH-PECAH)
Mengoleskan Petroleum Jelly ke permukaan bibir setiap malam dapat membantu mengatasi bibir kering dan pecah-pecah. Petroleum Jelly juga boleh digunakan sebelum menggunakan lipstick. Ia dapat mengelakkan bibir kering lagi-lagi sesiapa yang guna lipstick jenis matte.

MENGHILANGKAN KULIT KERING DAN KASAR
Kulit kering and kasar selalunya adalah Bahagian siku, tumit kaki, kuku, lutut dan lain lain tempat yang kasar. Untuk mengatasinya, sapukan Petroleum Jelly ke permukaan kulit kering dan kasar setiap kali habis mandi.

MENGHILANGKAN JERAWAT
Sebelum tidur malam sapukan Petroleum Jelly di jerawat dan InsyaAllah jerawat akan kecut pada keesokan harinya.

MENGILAP BEG TANGAN DAN KASUT
Petroleum jelly dapat digunakan untuk mengilapkan beg tangan dan kasut yang dibuat dari kulit. Caranya, dengan sapu Petroleum Jelly tipis-tipis ke permukaan beg tangan dan kasut menggunakan kain yang lembut.

MENGECAT KUKU
Sebelum mengecat kuku, sapukan Petroleum Jelly pada kulit di sekitarnya. Jika sapuan cat terkena kulit, anda boleh menghapusnya dengan mudah. Selain itu, Petroleum Jelly juga digunakan selepas anda mengecat kuku anda. Sapukan Petroleum Jelly sekata di kuku agar cat kuku tidak mudah mengelupas.

MENGHAPUSKAN MAKE-UP
Petroleum jelly boleh berfungsi sebagai make-up remover, caranya dengan mengaplikasikannya ke wajah seperti ketika menggunakan make-up remover lainnya. Petroleum jelly mengeluarkan sisa-sisa make-up dari wajah dengan sekata, sekaligus melembutkan kulit.

MENCEGAH GATAL-GATAL
Jika kulit memerah dan gatal-gatal, sapukan Petroleum Jelly di tempat yang gatal.

BAU MINYAK WANGI TAHAN LAMA
Sebelum menyembur minyak wangi di nadi tangan dan leher, sapukan Petroleum Jelly dahulu baru semburkan minyak wangi. Bau minyak wangi anda akan tahan lebih lama.

RAMBUT BERCABANG
Hujung rambut memang mudah kering sehingga bercabang mencacatkan penampilan diri anda, sapukan Petroleum Jelly pada hujung-hujung rambut yang bercabang agar tidak kekeringan. Anda juga boleh melakukannya sebagai pencegahan sebelum melakukan styling dengan suhu tinggi.

PANJANGKAN BULU MATA
Sebelum tidur malam, ambil sedikit Petroleum Jelly dan sapukan pada bulu mata anda. Saya lihat 1 video yang ada dalam youtube cara-cara mengunakannya.



Kebanyakkan info yang saya kongsikan datang dari article dan google, tetapi ada jugak dari saya sendiri. Kiranya saya pun tengah mengaplikasikan pada diri saya. Percayalah, Vaseline Petroleum Jelly adalah agen pelembab yang paling bagus sekali.

Harga sebotol Vaseline Petroleum Jelly hanya RM4.50 dah bertahan lama, kalau anda jarang guna la. Ada info yang saya hendak praktikkan seperti hendak panjangkan bulu mata saya la.



Nampak tak ada bulatan dalam gambar diatas.. saya hendak hilangkan warna hitam di buku lali saya.. harap-harap Vaseline Petroleum Jelly dapat la menghilankan kesan hitam tersebut.

iHoliday Best Deals

tajaan secantikmanis on Monday, July 9, 2012

iHoliday Best Deals menawarkan kadar terbaik hanya untuk anda semua. Kini, semua orang mampu memiliki percutian yang menyenangkan di puncak untuk menikmati resort hiburan terulung di Malaysia iaitu Genting.

Percutian selama 2 Hari/ 1 Malam dekat Resort World Genting dengan harga permulaan hanya RM68.00 untuk 2 orang. Sah sehingga 30 December 2012

iHoliday Best Deals, genting highland, genting highland theme park, percutian murah di malaysia, First World Hotel, Theme Park Hotel

Untuk keterangan dan maklumat yang lebih lanjut, layari http://www.rwgenting.com/en/promotions/2012/iholiday/index.htm