About me

Sinopsis Asmara 2

tajaan secantikmanis on Wednesday, March 9, 2011

asmara, asmara 2, sinopsis asmara 2, lestary, Maria Farida, Shahz Jazle, maria farida bercinta dengan shahz jazle, Blogwalking, Blogwalking Palsu, Jom Blogwalking, Jom Beli Software Auto Blogwalking, Jom Beli Software Blogwalking, Jom Download Software Blogwalking, Sebab Kenapa Anda Perlu Blogwalking, Kenapa Blogwalking, Saya Suka Blogwalking, Tips Meningkatkan Trafik Blog, Cara Meningkatkan Trafik Blog Dengan Mudah, Auto Blogwalking, Keyword Tool, Cara Mencari Keyword, Keyword Paling Dicari, Cara Cari Keyword, Cara Mencari Keywords, Cari Keyword, Mencari Keyword, Paling Dicari, Cara Keyword, Cari Keywords, Keyword Dicari, Keyword Yang Paling Dicari, Cara Mencari Keyword Yang Banyak Dicari, Cara Mencari Keyword Yang Paling Dicari, Cara Menemukan Keywords, Tool Pencari Keyword, Cara Mencari Keyword Untuk Seo, Jom Timbang Blog, Blog Berat, Jenis Blog Yang Aku Tak Suka, Ciri-ciri blogger sampah, Cara Menemukan Keyword, Cari Keyword Paling Dicari, Mencari Keyword Yang Efektif, 100 Keyword Paling Dicari

Lanjutan daripada musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya). Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.
Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.

Asmara sibuk menguruskan syarikat ayahnya namun tidak disenangi oleh adik-adik tirinya, Fikri dan Zira. Mereka menganggap Asmara sebagai musuh yang mahu membolot harta. Melati pula menyambung pelajaran di peringkat Sarjana. Melati bertembung dengan Zaliya tetapi Zaliya memperkenalkan diri sebagai Suhana. Zaliya tidak dapat mengawal perasaan diri daripada mengintip kehidupan Asmara dan Melati.

Tria berkenalan dengan Ferhad (Fezrul Khan), seorang pemuda yang baru balik ke Malaysia selepas tinggal di luar negara selama 20 tahun. Ferhad mendampingi keluarga Tria termasuk Zaliya untuk mendapatkan maklumat Adam. Rupa-rupanya Ferhad ialah abang kepada Raziq dan merancang untuk membunuh Adam selepas ayahnya mewariskan harta kepada Adam.

Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya. Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawal si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?

Asmara 2 di Slot Lestari pada setiap Selasa jam 9 malam hanya di TV3

kelayakan Olimpik 2012 antara Malaysia vs Pakistan di Lahore dibatalkan

tajaan secantikmanis

ASTRO Arena memaklumkan siaran langsung perlawanan bola sepak Kelayakan Olimpik 2012 antara Malaysia vs Pakistan di Lahore yang dijadualkan jam 10.30 malam ini terpaksa dibatalkan atas masalah teknikal.

"Dukacita dimaklumkan siaran langsung perlawanan Pra Kelayakan Olimpik (pusingan kedua) di antara Skuad Olimpik Pakistan menentang Skuad Olimpik Malaysia pada 9 Mac 2011 ( Rabu) di Stadium Punjab, Lahore, Pakistan pada jam 10:30 malam ini terpaksa dibatalkan atas sebab masalah teknikal yang dihadapi oleh penyiar televisyen tempatan Pakistan yang sepatutnya membekalkan kami siaran perlawanan tersebut", menurut makluman pihak Astro Arena.

Difahamkan pihak TV Pakistan mempunyai masalah menghantar isyarat siaran langsung kerana tidak mempunyai segmen satelit bagi membolehkan insyarat transmisi ke Malaysia.

Sumber : Sokernet.Com

FACEBOOK FANPAGE MENGHINA NABI MUHAMMAD SWT

tajaan secantikmanis

astaghfirullahalazim itulah ucapan yang terkeluar dari bibir i bila terbaca 1 entry di http://kitaransemula.blogspot.com/2011/03/panas-facebook-fanpage-hina-nabi.html mengenai fanpage yang telah menghina NABI MUHAMMAD SWT. kurang ajar punya manusia. i meminta pertolongan dari uols semua agar kita sama-sama klik report this page.

HOW TO REPORT:
bukak link...scroll mouse kebawah, tgk belah kiri, ade tulis report page...select contain hate speech or attack an individual, pastu select targets religious group...  
 

ALLAHUAKBAR!!

TAWARAN MENGIKUTI KURSUS SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (TABIKA/TASKA) KEMAS TAHUN 2011/2012

tajaan secantikmanis

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon tawaran mengikuti Kursus Sijil
Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA/TASKA) KEMAS Tahun 2011/2012.

1. SYARAT DAN KELAYAKAN:
    1.1 Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
    1.2 Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti berikut :-
(a) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau yang
diiktiraf setaraf dengannya (keutamaan kepada calon yang memiliki Diploma dalam bidang
Pendidikan Awal Kanak-kanak); dan
(b) Kepujian Bahasa Melayu dan lulus Ujian Lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

2. MAKLUMAT ASAS KURSUS
    2.1 Tarikh mula kursus : Julai 2011 atau tertakluk kepada perubahan
    2.2 Tempat : Institut / Pusat Latihan KEMAS
    2.3 Tempoh : Satu (1) hingga dua (2) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan
           oleh Jabatan

3. TARIKH PELANTIKAN
     3.1 Calon yang lulus kursus ini sahaja layak dipertimbangkan untuk dilantik sebagai Penolong Pegawai
           Pembangunan Masyarakat (Pemaju Masyarakat TABIKA/TASKA) Gred S27 kontrak.
     3.2 Tarikh pelantikan ke jawatan ini dijangka berkuat kuasa mulai tahun 2011.

4. PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN
    4.1 Pemohon dikehendaki menggunakan Borang KEMAS 1 Pin. 2005.
    4.2 Isikan semua maklumat dengan jelas, tepat dan lengkap mengikut butiran yang dikehendaki seperti
          dalam borang berkenaan
    4.3 Borang ini juga boleh didapati di: http://www.kemas.gov.my/html/themes/kemas/upload/Borang_Jawatan_Kosong.pdf
(a) Laman web www.kemas.gov.my; atau
(b) Ibu Pejabat KEMAS, Pejabat KEMAS Negeri atau Daerah/Parlimen. Alamat Ibu Pejabat KEMAS dan
Pejabat KEMAS Negeri adalah seperti di alamat berikut:

ALAMAT PEJABAT KEMAS NEGERI

KETUA PENGARAH
Jabatan Kemajuan Masyarakat
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Aras 2-3, Blok 1, Menara PjH, Presint 2
62100 Putrajaya
Tel : 03-88897400

PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT
NEGERI PERLIS
TINGKAT BAWAH
BANGUNAN PERSEKUTUAN LAMA
01000 KANGAR, PERLIS
TEL : 04-9761023

PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT
NEGERI KEDAH
ARAS 2, BLOK A, WISMA PERSEKUTUAN
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
06550 BANDAR MUADZAM SHAH, KEDAH
TEL : 04-7322966

PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT
NEGERI PULAU PINANG
ARAS 2, ANJUNG A
WISMA PERSEKUTUAN SEBERANG PERAI UTARA
JALAN BERTAM
13200 KEPALA BATAS, PULAU PINANG
TEL : 04-5755781/ 04-5755762

PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT
NEGERI PERAK
BLOK C, TINGKAT 2-3
BANGUNAN PERSEKUTUAN GUNA SAMA
JALAN DATO’ SERI AHMAD SAID
30450 IPOH, PERAK
TEL : 05-2535322

PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT
NEGERI SELANGOR
LOT 03-40, TINGKAT 3, KOMPLEKS PKNS
PERSIARAN TASIK
40505 SHAH ALAM, SELANGOR
TEL : 03-55193044

PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT
WILAYAH PERSEKUTUAN
TINGKAT 28, MENARA TH PERDANA
JALAN SULTAN ISMAIL
55250 KUALA LUMPUR
TEL : 03-26988080

PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT
NEGERI MELAKA
TINGKAT 2, MENARA PERSEKUTUAN
JALAN PERSEKUTUAN, HANG TUAH JAYA
75450 AYER KEROH, MELAKA
TEL : 06-2345000

PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT
NEGERI SEMBILAN
TINGKAT 6, WISMA PERSEKUTUAN
JALAN DATO’ ABDUL KADIR
70000 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
TEL : 06-7638114

PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT
NEGERI JOHOR
TINGKAT 5, BLOK A, WISMA PERSEKUTUAN
JALAN AIR MOLEK
80000 JOHOR BAHRU, JOHOR
TEL : 07-2278941

PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT
NEGERI PAHANG
TINGKAT 5, WISMA PERSEKUTUAN
JALAN GAMBUT
25000 KUANTAN, PAHANG
TEL : 09-5161636

PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT
NEGERI KELANTAN
TINGKAT 9, WISMA PERSEKUTUAN
JALAN BAYAM
15517 KOTA BHARU, KELANTAN
TEL : 09-7441051

PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT
NEGERI TERENGGANU
TINGKAT 10, WISMA PERSEKUTUAN
JALAN SULTAN ISMAIL
20200 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
TEL : 09-6221321

PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT
NEGERI SABAH
ARAS 5, BLOK A
KOMPLEKS KERAJAAN PERSEKUTUAN SABAH
JALAN UMS-SULAMAN LIKAS
PETI SURAT 11281
88800 KOTA KINABALU, SABAH
TEL : 088-488406/ 088-488407

PENGARAH KEMAJUAN MASYARAKAT
NEGERI SARAWAK
TINGKAT 6, BANGUNAN SULTAN ISKANDAR
JALAN SIMPANG TIGA
93300 KUCHING, SARAWAK
TEL : 082-251420/ 082-256227

5. PANDUAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN:
    5.1 Borang permohonan KEMAS 1 Pin. 2005 yang lengkap diisi berserta dengan salinan Kad
          Pengenalan, sekeping gambar berukuran pasport, salinan Diploma atau lain-lain bidang yang diiktiraf
          setaraf dengannya oleh Kerajaan, salinan sijil-sijil persekolahan, salinan Sijil Lahir, salinan Sijil Berhenti
          Sekolah dan salinan Sijil Kegiatan Luar yang telah disahkan hendaklah dihantar ke Jabatan
         Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri yang dipohon seperti alamat di para 4.3 (b) sebelum
          tarikh tutup permohonan.
    5.2 Sila catatkan nama kursus yang dipohon di sebelah kiri sampul surat permohonan sama ada
          Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA) atau Kursus Sijil Pendidikan Awal
          Kanak-kanak (TASKA).
     5.3 Sebarang kelewatan permohonan tidak akan dipertimbangkan.
     5.4 Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan.

6. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 21 Mac 2011

7. TEMUDUGA DAN KEPUTUSAN:
     7.1 Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.
     7.2 Hanya calon-calon yang berjaya dalam Kursus Asas Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak akan
           dipertimbangkan untuk berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
           (Pemaju Masyarakat TABIKA/TASKA) Gred S27 secara kontrak di KEMAS.
     7.3 Calon-calon yang tidak dihubungi selepas satu (1) tahun daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak
           berjaya.

MALAYSIA LWN PAKISTAN PUSINGAN KEDUA DI LAHORE, PAKISTAN

tajaan secantikmanis


Skuad bawah 23 tahun kebangsaan, bimbingan Ong Kim Swee melepasi ujian pertama kelayakan ke Sukan Olimpik apabila membenam cabaran Pakistan 2-0 pada perlawanan pertama di Stadium Shah Alam. pada malam ini berlangsungnya aksi kedua pusingan pertama Kelayakan Olimpik 2012 bertemu Pakistan di Stadium Punjab, Lahore.

Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi di Stadium Punjab jam 11 malam waktu Malaysia berbekalkan kelebihan dua gol hasil kemenangan perlawanan pertama di Stadium Shah Alam, 23 Februari lalu menerusi jaringan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Irfan Fazail.
 
Keyakinan yang disuarakan jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee “KAMI sedia gempur.” dan Ahmad Fakri Saarani mahu membalas kepercayaan yang diberikan kepada “Saya berterima kasih kepada jurulatih (Ong Kim Swee) kerana masih memberi tempat kepada saya dalam skuad ini, berharap skuad bawah 23 tahun kita dapat menambah jaringan dan menbuat skuad Pakistan tertekan.
 
KESEBELASAN KEMUNGKINAN MALAYSIA:
Khairul Fahmi Che Mat (kapten), Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Affize Faisal Mamat, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, K. Gurusamy, Gary Steven Robbat, Fandi Othman, Irfan Fazail, Ahmad Fakri Saarani.