About me

BEDAK SEJUK GAMAT

tajaan secantikmanis on Wednesday, February 16, 2011

Assalamualaikum.. hai uols semua.. i harap sihat semuanya ye. uols semua tentu tertanya-tanya apa motif i bergambar sedemikian rupa kan... hehehe saje je sebenarnya. kelas hari ini, 1 hari batal. esok pulak kita seluruh umat islam akan menyambut maulidurrasul, so i cuti lagi la. [okey tiada kena mengena pun sebenarnya].
bedak sejuk jenis berair

i hendak tanya uols semua, pernah dengar produk BEDAK SEJUK GAMAT? tak pun pernah dengar BEDAK SEJUK?? sekarang ini i sedang mencuba pembersih muka Sabun Susu Kambing. baru je petang tadi i cuba basuh guna Sabun Susu Kambing. pendapat pertama i, kulit muka i licin sahaja selepas i cuci dengan Sabun Susu Kambing. i juga tengah menjinakkan muka i dengan bedak sejuk. kalau uols nak tahu. banyak kelebihan bedak sejuk ni tau.

kelebihan bedak sejuk
1. melicinkan kulit muka
2. memberi kesegaran pada kulit
3. mengurangkan kadar pengeluaran sebum/minyak pada kulit
4. menanggalkan sel kulit mati
5. bantu sejukkan kulit
6. membersih & menegangkan wajah
7. memputihkan kulit muka

selain itu, untuk sesiapa yang ada penyakit asma ambil bedak sejuk dan perahkan air limau nipis.kemudian lumurkan dekat leher dan dada.Insya-Allah asma akan berkurangan. kalau sesiapa yang kena chicken pop, campurkan bedak sejuk dengan daun jambu, terbukti tiada satu parut pun yang akan terlekat pada muka uols.

bedak sejuk jenis berbiji
ada satu petua daripada atok i sendiri, dia selalu guna bedak sejuk yang berbiji dan campurkan dengan air gamat. kulit muka uols akan lembut dan gebu je tau. walaupun berkedut, tetapi licin je. hehehehehe

disini ada 1 link yang i hendak berkongsi dengan ulos semua.

p/s : eh ada sesiapa ke yang berminat hendak beli bedak sejuk jenis berair tu??