About me

BLOG MEJAR DR. FAIZ KHALEED

tajaan secantikmanis on Friday, February 11, 2011

mata sudah mengantok, tetapi ada berita yang perlu diberitahu terlebih dahulu kepada semua. MEJAR DR. FAIZ KHALEED sudah ada laman web rasmi dia sendiri. jom terjah.

BIODATA MEJAR DR. FAIZ KHALEED

Nama : Faiz bin Khaleed
Tempat Lahir : Kuala Lumpur, Malaysia
Tarikh Lahir : 15 September 1980

Pendidikan : Sekolah Rendah di ST. JOHN (2) Primary School, KUALA LUMPUR, MALAYSIA (1987-1992)
Sekolah Menengah di ST. JOHN INSTITUTION, KUALA LUMPUR, MALAYSIA
Pra-Universiti : UNIVERSITY MALAYA, KUALA LUMPUR, MALAYSIA (1997-1998)
Program Sarjana : UNIVERSITY MALAYA, KUALA LUMPUR,  MALAYSIA (1999-2004)
Selesai dan mendapatkan gelaran Sarjana Bedah Gigi (Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian) dari University Malaya yang memenuhi syarat Faiz Khaleed sebagai doktor gigi.

 Selain itu, Faiz Khaleed melanjutkan pelajaran di Peringkat Sarjana dalam bidang aeroangkasa di Rusia melalui Biasiswa Sains Negara serta terus menjalani latihan tertentu bagi misi kedua itu.

Pemilihan Angkasawan :
Pada September 2006, beliau dipilih sebagai salah seorang daripada dua calon untuk menjalani latihan di Star City, Russia sebagai sebahagian daripada Program Angkasawan Malaysia. Calon lain adalah Sheikh Muszaphar Shukor.

Pada 2007, Sheikh Muszhaphar Shukor dipilih mengikuti penerbangan ke Stesen Angkasa Antarabangsa melalui Ekspedisi 16 dengan menaiki Soyuz TMA-11 pada Oktober 2007.

Faiz Khaleed bersedia untuk ke angkasa lepas pada 2008 atau 2009 jika Malaysia membuat keputusan untuk meneruskan penerokaan angkasa lepas yang kedua.


Kerjaya :
 Doktor gigi tentera bersama Pasukan Tentera Bersenjata Diraja Malaysia.
Pada 22 Oktober 2007 , Faiz bin Khaleed dilantik sebagai Mejar.Malaysia membuat keputusan untuk meneruskan penerokaan angkasa lepas kedua yang mana akan dilakukan pada 2010.

Peribadi :
Dengan misi kedua Malaysia untuk menghantar pada tahun 2011, Faiz Khaleed telah bersetuju untuk hidup membujang sehingga selesai misi penghantaran Angkasawan Malaysia kedua. Saranan untuk tidak mendirikan rumahtangga ini telah dicadangkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis.