About me

MAKE UP UR ENTRY CONTEST

tajaan secantikmanis on Tuesday, February 1, 2011

adik i memeng teror bab amek gambar memalukan i

assalamualaikum korang semua. meh nak habaq mai dekat korang semua. i hendak tunjukkan skill mengarang cerita dari i. eh jangan korang tak tahu, mengarang cerita adalah keistimewaan i atau lebih saintifiknya kemahiran i. ceeewaahhhh, tetapi cerita merapu lah ye. kuang kuang kuang. chop!chop! kenapa tetiba je i hendak mengarang cerita?? bukan apa, i ada masuk 1 contest, so penganjurnya suruh buat 1 entry mengenai contest tersebut. so i pun fikirlah idea ini. okey jom menghayati cerita pendik dari i.


PAHLAWAN DENGAN BARANG PINK AJAIBNYA

di sebuah lorong di kota kayangan, terdapat seorang wanita baring dengan berkainkan selimut pink kotornya. hujan sejak seminggu yang lalu tidak menghentikan titisannya, bahkan makin menghujani tanah kota kayangan dengan selebatnya membuatkan penduduk berasa resah kerana tidak dapat mencari rezeki. 

dihujung lorong, terjaganya Saktina. arghhh, kenapa hujan lagi. aku mahu mencari makanan. makin lama aku disini, makin cepat maut datang kepadaku. wahai Tuhan, tidakkah kau mahu memberhentikan hujan ini? kasihanilah kepadaku, yang dalam kelaparan. dan kasihanilah penduduk di kota kayangan yang tidak dapat mencari rezeki dan ini menambahkan kegusaran mereka kerana si penjahat hitam akan datang meminta bekalan makanan. apa mahu diberikan kepada si penjahat hitam jika tiada sebutirpun makanan di dalam rumah mereka.

lebih baik aku redah sahaja hujan ini dan masuk ke dalam hutan. bukankah aku ada selimut ajaib ini. selimut pink inilah yang menjaga aku sejak aku kehilangan bapaku. selimut pink inilah teman hidupku. selimut pink yang dimiliki Saktina sebenarnya mempunyai kuasa ajaib yang luar biasa. selimut pink itu boleh terbang, selimut pink itu boleh dijadikan pelindung dan selimut pink itu boleh menghalimunankan sesorang jika berselindung disebalik selimut pink itu.

keesokkan harinya, hujan pun berhenti. Saktina yang sudah kekenyangan keluar dari hutan dan pergi ke lorong kota kayangan yang sudah menjadi tempat tinggalnya. tiba-tiba...
" akak Sakti, akak Sakti " terdengar suatu suara lelaki yang halus.
" iya acip. aku ada disini. kenapa engkau memanggilku ? " soal Sakti kepada budak bernama acip.
" akak Sakti. aku dalam kesusahan. semua ahli keluargaku sudah diculik oleh si penjahat hitam " teresak-esak acip menjawap pertanyaan Sakti.

arghh jahanam si penjahat hitam. dimanakah geng-geng si penjahat hitam membawa ahli keluarga asip agaknya. tertanya-tanya Saktina sendirian. " tidak mengapa acip. jangan kau bersedih. aku akan menyelamatkan ahli keluarga mu. esok kita akan bertolak ke tempatnya si penjahat hitam " itulah janji Saktina kepada acip.ayam sudah berkokok menandakan sudah subuh. Saktina menyediakan sedikit bekalan makan dan di ikatnya dalam selimut pinknya, lalu mengejutkan acip. " bangun acip. kita mahu bertolak ke tempat si penjahat hitam. biar kita bertolak awal subuh, agar kabus dapat meyembunyikan jejak-jejak kita. "

didalam perjalanan terdapat, Saktina sedar banyak burung gagak berterbangan di udara. semestinya burung gagak ini adalah burung milik si penjahat hitam itu. nasib baik kabus yang tebal, dapat menyembunyikan diri mereka. dan Saktina juga sedar, hari semakin siang dan kabus semakin hilang. macam mana caranya mereka dapat menyembunyikan diri mereka lagi. oh!! selimut pink ajaib aku boleh membuatkan orang lain tidak akan perasaan kewujudan aku jika aku berselindung didalam selimut ini. bagus!

hari sudah lanjut petang. selama berjam-jam Saktina dan acip berjalan akhirnya mereka sampai juga di tempatnya si penjahat hitam itu. di suatu sudut, acip terlihat ahli keluarganya dikurung di dalam sangkar yang diperbuat daripada kayu. bukan ahli keluarganya sahaja, malah ramai lagi orang yang tidak dikenalinya. tetapi dia pelik, dimanakah bapaku? kenapa bapaku tiada sekali bersama emak dan adik perempuan aku??ahhhh. terkejut acip. rupa-rupanya bapa dia dipaksa melakukan kerja keras di suatu sudut yang lain. kesiannya bapaku..keluh acip.

di pemikiran Saktina pulak, dia memikir bagaimana mahu melepasi sungai yang lebar ini untuk ke tempat si penjahat hitam. iya memang ada sebuah jabatan, tetapi jabatan itu dijaga ketat oleh orang-orang si penjahat hitam. iya! kenapa tidak aku gunakan sahaja selimut pink ku ini. selimut pink akukan boleh terbang. aku akan terbang ke seberang sana dan selamatkan kesemua semua orang tahanan si penjahat hitam. aku akan terbang pada waktu malam.

Saktina dan acip sudah selamat terbang ke dalam tempat si penjahat hitam. Saktina pun mengulungkan selimut pinknya sehingga menjadi keras dan memukul sangkat tempat tahanan. dengan sekali pukulan, sangkar tersebut runtuh. larilah berlimpangan orang tahanan dan menyebabkan orang-orang si penjahat hitam terjaga. Saktina menyuruh mereka semua naik ke atats selimut pinknya dan dia akan bawak ke seberang sungai sana. setelah Saktina membawa mereka semua ke seberang sungai sana, barulah Saktina perasa yang acip tertinggal di tempat si penjahat hitam. Saktina terbang semula kesana dan meyelamatkan acip. belum sempat Saktina turun dari selimutnya, orang-orang si penjahat hitam memanah ke arahnya. dengan selamba Saktina mengkibarkan selimut pink nya untuk dijadikan pelindung. habis patah anak panah apabila terkena selimut Saktina. mereka kekejutan. 

dengan cepatnya Saktina menyuruh acip naik ke selimutnya dan menghala ke jabatan. Saktina sekali lagi memusnahkan jabatan dengan selimutnya. orang-orang si penjahat hitam sudah tiada jalan keluar dengan tiadanya jabatan tersebut. Saktina pergi ke orang yang sudah dia selamatkan dan membawa mereka pulang.
keberanian Saktina dengan selimut ajaibnya telah menyebabkan dia dikenali oleh penduduk kota kayangan dan kota kayangan menjadi kota yang harmoni dan selamat.

hahah siap sudah cerita merapu i. serius kelakar bila i baca semula. semoga Wansteddy Tales dapat membaca cerita yang telah penat i reka ini. dan dengan ini membolehkan i memenangi hadiah utama iaitu Sessi pengambaran percuma selama 1jam bersama Yantz-Yeem dan Kotak barang kemas kaler PINK.

walaupun sebenarnya i ini bukanlah pencinta warna pink tidak bermakna i tidak mempunyai barang berwarna pink. bagi i selimut pink i itulah i akan bawa kemana-mana. dengan adanya selimut itu, i berada diri i selamat, dapat menghindarkan tubuh i dari kesejukkan. sangat-sangat nyaman.


korang semua doakan i menang ye. ye ye ye ye ye

THE LAST SONG

tajaan secantikmanis



assalamualikum kepada korang semua yang sentiasa datang mengunjungi blog i yang tidak seberapa ini. i sekarang ini tengah menikmati cuti sem dan cuti untuk raya cina, tetapi cutinya terlalu singkat. hanya seminggu sahaja, tetapi i kena balik sebab i kena hantar barang-barang i yang berlambak ke rumah.

tengah i kemas-kemas barang yang dibawak balik, i jumpa novel english ' THE LAST SONG ' yang telah dihadiahkan oleh abah i tahun lepas. huh!! selama ini i duduk bersengkang mata hanya untuk novel berbahasa melayu, tidak pernah la i ada novel yang berbahasa english. novel ' THE LAST SONG ' adalah novel english pertama yang i miliki dalam seumur hidup i dan novel pertama yang abah i belikan.

i ingat lagi masa abah i berikan novel ini kepada i, abah i kata " kakak, ini abah ada belikan novel baru untuk kakak. walaupun berbahasa omputih, kakak bacalah sampai habis. bukan apa dapat meningkatkan skill bi kakak jugak kan "

i macam biasalah, kalau dapat somethings dari abah i, secara automatik i akan peluk dan cium pipinya dan ucap thanks abah. abah adalah yang terbaik. hehehehe


i mengambil masa yang lama untuk menghabiskan novel ' THE LAST SONG ' ini. kalau novel melayu, dalam 3 jam i dah dapat habiskan. hehehe, tetapi lain pulak dalam hal novel english ini. i perlukan masa yang lama untuk menghayati novel tersebut. menghayati setiap patah-patah perkataan dalam novel tersebut. untuk menghayati novel tersebut, i terpaksa cari alternatif supaya i dapat memahami dengan sebaik-baikknya jalan cerita novel tersebut. caranya adalah seperti gambar diatas ini. i akan melepak seperti itu, sambil baca novel. datang abah i, pergi snap gambar i tengah baca. untuk kenangan katanya.

abaikan i yang besar itu.
hehehe, tentu abah i berbangga dengan i kerana i menghargai pemberiannya. i kan anak abah. hehehe. sinopsis ' THE LAST SONG ' akan i buat 1 entry yang lain. sinopsisnya sudah tentulah dari pemikiran i, dari jalan cerita yang telah i bayangkan, i fahami.

to abah : " thanks for giving me a very precious present. I really appreciate it and I know the reason why you bought this novel for me "