About me

Keputusan Piala Malaysia 2011. Terengganu VS Negeri Sembilan. Siapa Menjadi Juara

tajaan secantikmanis on Saturday, October 29, 2011

Keputusan Piala Malaysia 2011. Terengganu VS Negeri Sembilan. Siapa Menjadi Juara?? Tentu banyak persoalan yang bermain di minda.. hahah dah macam lirik lagu Najwa Latif la pulak. Final Piala Malaysia 2011 ini akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor pada 29 Oktober 2011. Kenapa ye tidak di Stadium Bukit Jalil??

Isu sebelum berlangsungnya Final Piala Malaysia ini boleh dikatakan sangat kontroversi. Tiket dijual dengan harga RM50 untuk semua tempat duduk terbuka. Jika pada tahun 2010, harga tiket dijual RM30 untuk tempat terbuka.

Bagi kami peminat bola sepak Malaysia rasa tertipu dengan Pihak FAM yang menaikkan harga tiket setelah Stadium mula penuh. dengan harga tiket RM50, perlawanan Akhir Piala Malaysia diadakan di Stadium Shah Alam.. kenapa??

Berikutan tidak puas hati peminat bola sepak Malaysia.. Laman web rasmi FAM telah digodam. Lucu rasanya tengok laman web FAM semalam.

Apa-apa pun kepada semua yang telah membeli tiket untuk malam ini,, jum kita jumpa di sana dan pergi hati-hati, balik pun hati-hati. Bukakan hati jangan ada pergaduhan pada malam ini dan acara pembakaran stadium ye.. saya tak kahwin lagi. heheh.

p/s : go go go Negeri Sembilan
Please Share it! :)