About me

TSUNAMI MELANDA SABAH DAN 100 RAKYAT MALAYSIA DI JEPUN SELAMAT

tajaan secantikmanis on Saturday, March 12, 2011

Seramai 100 orang rakyat Malaysia yang berada di kawasan gempa dilaporkan selamat, menurut Kedutaan Malaysia di Tokyo. Kepada rakyat Malaysia yang mempunyai ahli keluarga di Negara matahari terbit tu, bolehlah hubungi talian Panas (hotline) Kedutaan Malaysia di Tokyo melalui nombor +81334763840.

Tsunami tidak berlaku di bahagian pantai Sabah, kemungkinan untuk berlaku kenaikan aras laut dan angin kuat tetap ada dengan peratusan berlaku tsunami dianggarkan 30 peratus sahaja. Jadi, kepada penduduk Sabah terutama di kawasan pantai, sila berhati-hati. Elak dan cegah itu lebih baik dari ubatinya.

Kemaskini:
Berita Utama jam 8 malam tadi menyatakan, Bahagian GeoFizik dan Tsunami Malaysia mengesahkan bahawa tidak akan berlaku tsunami di Sandakan dan sepanjang pantai di Timur Sabah.

Menurut Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Jepun, Ahmad Rozian Ab Ghani, pihaknya berjaya menghubungi beberapa pelajar melalui Facebook mereka sejurus selepas gempa kuat itu dan keadaan mereka selamat tanpa sebarang kecederaan.

“Alhamdulillah, setakat ini tiada lagi laporan mengenai kehilangan atau pun kematian membabitkan rakyat kita di sini, namun kita akan memantau keadaan semasa,” katanya ketika dihubungi di Nanpeidai-Cho Shibuya-Ku, Tokyo, malam ini.
Please Share it! :)

{ 5 sweetie... read them below or add one }

THE LEKAT LEKIT STORY said...

Alhamdulillah.. sama2 la kita doa yg lain juga selamat tp berita terkini kat metro mengatakan polis jepun berjaya menemui 200 - 300 mayat mangsa tsunami

PELAKON BUAT LAWAK PASAL TSUNAMI.. MEMANG TAK KENA TEMPAT

Adam Haiqal said...

adam haiqal likes this :)
thnx for the info..td terlepas tgk berita utama.........

secantikmanis said...

@THE LEKAT LEKIT STORY alhamdulillah...syukor

secantikmanis said...

@Adam Haiqal thanks adam haiqal

Asyraf Afiq said...

alhamdulillah..

http://asyrafpunyeblog.blogspot.com