About me

Sinopsis Asmara 2

tajaan secantikmanis on Wednesday, March 9, 2011

asmara, asmara 2, sinopsis asmara 2, lestary, Maria Farida, Shahz Jazle, maria farida bercinta dengan shahz jazle, Blogwalking, Blogwalking Palsu, Jom Blogwalking, Jom Beli Software Auto Blogwalking, Jom Beli Software Blogwalking, Jom Download Software Blogwalking, Sebab Kenapa Anda Perlu Blogwalking, Kenapa Blogwalking, Saya Suka Blogwalking, Tips Meningkatkan Trafik Blog, Cara Meningkatkan Trafik Blog Dengan Mudah, Auto Blogwalking, Keyword Tool, Cara Mencari Keyword, Keyword Paling Dicari, Cara Cari Keyword, Cara Mencari Keywords, Cari Keyword, Mencari Keyword, Paling Dicari, Cara Keyword, Cari Keywords, Keyword Dicari, Keyword Yang Paling Dicari, Cara Mencari Keyword Yang Banyak Dicari, Cara Mencari Keyword Yang Paling Dicari, Cara Menemukan Keywords, Tool Pencari Keyword, Cara Mencari Keyword Untuk Seo, Jom Timbang Blog, Blog Berat, Jenis Blog Yang Aku Tak Suka, Ciri-ciri blogger sampah, Cara Menemukan Keyword, Cari Keyword Paling Dicari, Mencari Keyword Yang Efektif, 100 Keyword Paling Dicari

Lanjutan daripada musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya). Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.
Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.

Asmara sibuk menguruskan syarikat ayahnya namun tidak disenangi oleh adik-adik tirinya, Fikri dan Zira. Mereka menganggap Asmara sebagai musuh yang mahu membolot harta. Melati pula menyambung pelajaran di peringkat Sarjana. Melati bertembung dengan Zaliya tetapi Zaliya memperkenalkan diri sebagai Suhana. Zaliya tidak dapat mengawal perasaan diri daripada mengintip kehidupan Asmara dan Melati.

Tria berkenalan dengan Ferhad (Fezrul Khan), seorang pemuda yang baru balik ke Malaysia selepas tinggal di luar negara selama 20 tahun. Ferhad mendampingi keluarga Tria termasuk Zaliya untuk mendapatkan maklumat Adam. Rupa-rupanya Ferhad ialah abang kepada Raziq dan merancang untuk membunuh Adam selepas ayahnya mewariskan harta kepada Adam.

Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya. Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawal si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?

Asmara 2 di Slot Lestari pada setiap Selasa jam 9 malam hanya di TV3
Please Share it! :)