About me

Perlancongan ke Pulau Langkawi mengeratkan tali persahabatan.

tajaan secantikmanis on Thursday, March 10, 2011


Suka duka dikongsi bersama,
Hadapi cabaran dengan tenang,
Sahabat sejati berhati mulia,
Sanggup bersama susah dan senang.

Berjalan-jalan ke Pulau Langkawi suatu perkara yang pada permulaannya dirancang dengan telitinya pada 21 feb 2011, tetapi kami pergi seminggu lebih awal dari tarikh yang di tetapkan. Sungguh banyak memori yang kelakar, gembira, dan teruja ketika berada di Pulau Langkawi bersama-sama rakan. Serius, tidak akan sesekali terpadam atau i terlupa memori yang sangat berharga ini.

tiada kerja ketika berada di Kuala Perlis



Hendak di jadikan cerita, tiket feri pada hari jumaat ke Pulau Langkawi dari Kuala Perlis habis di jual. Kalau hendak di ikutkan, tidak pernah-pernah tiket habis dijual, boleh pulak sewaktu kami hendak pergi ke Pulau Langkawi, waktu itulah tiket habis. Kesudahannya kami cari Petronas yang berdekatan dengan Jeti Kuala Perlis untuk dijadikan tempat tidur sementara menunggu pagi.
 
Keesokkan harinya, pukul 7.00 pagi lagi masing-masing sudah excited bersiap ke Jeti Kuala Perlis untuk beli tiket yang paling awal sekali. Alhamdulillah, sampai sahaja di Pulau Langkawi umi Aima sudah menunggu kami.
  
Tempat apa yang menarik untuk di lawati di Pulau Langkawi? Mari cheq nak habaq mai meh[ cakap loghat utara sat na]. Pulau Langkawi sangat terkenal dengan Pantai Cenang. Di Pantai Cenang terdapat ramai pelancong daripada pelbagai negara yang datang melancong ke Malaysia. Hotel Meritus Pelangi adalah hotel yang terbaik i boleh cadangkan kalau uols semua mencari tempat menginapan.
 
Meritus Pelangi Beach Resort & Spa 
07000 Pantai Cenang,
07000 Langkawi, Kedah 
04-952 8888
 

Selain Pantai Cenang, di Pulau Langkawi juga terdapat 1 lagi tempat yang menarik boleh dilawati iaitu Langkawi Cable Car atau juga dikenal Oriental Village. Di dalam Langkawi Cable Car terdapat perlbagai kedai-kedai cenderahati yang menarik.

Oriental Village Langkawi terletak di sekitar tasik yang indah, binaan yang  sempurna dengan latar belakang gunung yang hebat. Gunung ini dikenali sebagai gunung Mat Cincang yang merupakan Asia Tenggara Geopark pertama. Stesen pangkalan untuk naik kereta Kabel Langkawi terletak di tengah desa. Terdapat juga rumah makan seperti Mizumi Restoran Jepun dan Krathong Thai Restaurant di dalam Oriental Village.

teruja tengok rusa
bergambar bersama rimau
Kita beralih pula ke tempat yang lebih menarik untuk uols semua boleh lawati bila berada di Pulau Langkawi. Langkawi Island Hopping Tour adalah MOST POPULAR TOUR yang perlu uols pergi. Langkawi Island Hopping Tour akan membawa uols pada sebuah perjalananmenjelajah Pulau Langkawi. Pertama uols akan dibawa untuk melawat 'Pulau Singa Besar'. Ketika di Pulau Singa Besar, boat akan dibentikan di tengah-tengah lautan dan uols semua dapat melihat sekumpulan burung helang berterbangan di atas langit.


akak tasya owner boat yang baik hati
bergambar di hadapan salah satu boat yang akan membawa uols menjelajahi pulau-pulau
dalam boat pun boleh bergambar



Seterusnya uols akan dibawa pula ke Pulau Dayang Bunting. Pulau Dayang Bunting adalah pulau kedua terbesar di nusantara. Namanya 'Pulau Dayang Bunting " terinspirasi oleh legenda yang mengelilingi tasik atau  bukit dengan penampilan fizikal pulau itu sendiri yang menyerupai perut wanita hamil.
 

tengok huruf "g" nya... seni tu
bukit yang menyerupai wanita mengandung
salah satu aktiviti ketika berada di Pulau Dayang Bunting.
aksi terlampau i


Menurut sejarah, kepada wanita yang sudah berkahwin yang teringin mengandung minum air dari Tasik Dayang Bunting ini akan menyebabkan wanita itu mengandung, insyaallah dengan kuasa ALLAH. uols mesti tidak percaya, air di sini tidak merasa masin walaupun berhampiran dengan laut.
 
Lawatan di akhiri dengan pergi ke Pulau 'Beras Basah Island'. Menarik, indah dan damai adalah perkataan yang boleh menggambarkan Pulau Beras Basah. Menjadi salah satu pulau yang paling terkenal terletak di hujung barat Langkawi, pulau ini akan memberi uols percutian yang sempurna dengan pantai berpasir putih yang sebahagian daripada air laut yang biru jernih. Hutan hijau subur yang mengelilingi pulau itu menambah rasa ketenangan, membolehkan anda untuk merehatkan diri. Terdapat juga aktiviti seperti jet ski dan banana boat untuk menambah keriangan uols bersama orang yang tersayang.
 

role model untuk Pulau Beras Basah
berkenalan dengan fauziah dan husbandnya yang datang melancong ke Pulau Langkawi
very friendly
kami tidak ketinggalan mencuba banana boat
Selain itu terdapat juga Makan Mahsuri, Underwater World Langkawi, dan pelbagai lagi tempat menarik yang boleh uols lawati.


berada di atas feri untuk kembali ke kolej

NOTE : MINTAK TOLONG RAKAN-RAKAN SILA LIKE DAN KOMEN YE. SILA KLIK LINK DIBAWAH INI.
http://mastraveller.com/Blogs/Malaysia/2011/03/10/Pulau-Langkawi-mengeratkan-tali-persahabatan/1209/
Please Share it! :)

{ 8 sweetie... read them below or add one }

Sharinginfoz said...

all the best ya, nak pi langkawi tak kesampaian lagi

secantikmanis said...

@Sharinginfoz cepat cepat kumpul duit dan pergi melancong ke langkawi tau. banyak tempat menarik yang boleh di lawati

husna mukhtar said...

best of luck.

btw, langkawi mmg best sbb duty free

Tuan Muda Naim said...

berseninya huruf G tuh

nadira shahid said...

wah, best..sebelum ni asyik pergi Langkawi dengan family..nk jugak pergi dengan member, jelesss ;)

secantikmanis said...

@husna mukhtar dapat borong coklat memang best wooo..tengok2 beratus kena bayar

secantikmanis said...

@Tuan Muda Naim itulah, berseni sangat kan

secantikmanis said...

@nadira shahid oh selalu pergi dengan keluarga ye, try la sesekali pergi dengan member2 plak