PENGAMBILAN PELAJAR BARU PROGRAM UITM |PERMOHONAN SESI JUN 2011 (PRA DIPLOMA,DIPLOMA DAN PROFESIONAL)/SEPTEMBER 2011 (IJAZAH SARJANA MUDA)

tajaan secantikmanis on Friday, March 4, 2011

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA
MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengikuti Program-Program di Universiti Teknologi
MARA (UiTM) secara Sepenuh Masa dan secara Pengajian Luar Kampus (khusus untuk
program Profesional).

TARIKH PERMOHONAN DIBUKA
Tarikh permohonan dibuka adalah bermula 1 Mac 2011 (Selasa)
Tarikh pembelian no. Slip BSN adalah bermula 1 Mac 2011 (Selasa)
APLIKASI PERMOHONAN

1. Maklumat pemprosesan adalah seperti berikut :-
Pembelian no. Slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN)

Nota : Pemohon diingatkan agar menyimpan slip pembayaran untuk tujuan rujukan dan sebagai
bukti sah pembayaran.

2. Capaian maklumat dan permohonan atas talian adalah melalui laman web

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

SYARAT AM:
Bumiputera Warganegara Malaysia
Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurangkurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu.

SYARAT KHAS:
Pemohon Perlu Menyemak Syarat Khas Program Melalui Laman Web
Untuk Semakan Syarat Kelayakan Sila Layari Laman Web www.selangkah.uitm.edu.my

BAGI PROGRAM PROFESIONAL SAHAJA - PENGHANTARAN SALINAN DOKUMEN & SIJIL

Semua pemohon yang ingin mengikuti program Profesional , mestilah menghantar salinan
dokumen dan sijil seperti yang dinyatakan kepada Dekan Fakulti mengikut program
pilihan pertama pemohon.

i. Salinan Borang Permohonan yang lengkap .
ii. Salinan Kad Pengenalan - pemohon, ibu dan bapa.
iii Salinan Sijil Kelahiran - pemohon , ibu dan bapa.
iv. Salinan Keputusan SPM / setaraf (bagi program Diploma dan Ijazah
Sarjana Muda PLK)
v. Salinan Keputusan STPM / setaraf jika berkenaan.
vi. Salinan Transkrip Diploma / Ijazah .
vii. Salinan Sijil-sijil yang berkaitan .
viii. Surat Sokongan Majikan sekiranya bekerja.

KEPUTUSAN PERMOHONAN

1. Keputusan permohonan boleh disemak melalui laman web UiTM di
atau

2. Pemohon – pemohon yang tidak berjaya dan ingin membuat rayuan perlu melalui
laman web UiTM di http://istudent.uitm.edu.my/intake dalam tempoh 10 (sepuluh) hari
selepas keputusan permohonan diumumkan.

3. Pemohon – pemohon yang tidak menerima apa-apa maklumat dari UiTM, sama ada berjaya
atau tidak, selepas keputusan rayuan adalah dianggap tidak berjaya. Tiada surat
menyurat akan dibuat mengenainya.

MAKLUMAT PENTING

1. Segala maklumat yang diberikan semasa permohonan mestilah benar. Bahagian
Pengambilan Pelajar berhak menarik balik tawaran mana-mana calon yang didapati
memberikan maklumat palsu.

2. Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT tidak dibenarkan memohon.

3. Bagi pelajar-pelajar penerapan UiTM
yang menduduki peperiksaan semester akhir pada Mac/April 2011 adalah layak
untuk memohon.
yang menduduki peperiksaan semester 3 pada Mac/April 2011 dengan mendapat
minimum CGPA 3.00 adalah layak untuk memohon.

4. Bekas pelajar mana-mana IPT termasuk UiTM yang berhenti dan diberhentikan, hanya
layak memohon selepas enam (6) bulan dari tarikh berhenti.

5. Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan dipertimbangkan.

6. Iklan ini hendaklah dibaca bersama Panduan Syarat Kelayakan Program Akademik UiTM di
dalam laman web www.online.uitm.edu.my

CARA MEMOHON MELALUI APLIKASI DALAM TALIAN (ONLINE APPLICATION)

1. Permohonan untuk program yang ditawarkan adalah melalui aplikasi dalam talian (Online).

2. Permohonan dalam talian melalui laman web www.online.uitm.edu.my akan dibuka pada
1 Mac 2011 (Selasa).

3. Pemohon dikehendaki membuat pembayaran yuran pemprosesan dengan menggunakan
nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil), di mana-mana cawangan Bank Simpanan
Nasional (BSN).

Nota : Pemohon diingatkan agar menyimpan slip pembayaran untuk tujuan rujukan dan sebagai bukti SAH PEMBAYARAN

4. Setelah membuat pembayaran, pemohon boleh melakukan permohonan melalui laman Web
Aplikasi Elektronik UiTM yang beralamat www.online.uitm.edu.my dengan memasukkan
nombor slip yang didapati dari kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

5 Pemohon dinasihatkan mencetak maklumat permohonan yang telah muktamad tersebut
sebagai bukti permohonan telah dibuat.

6. Tiada Pemulangan wang akan dilakukan selepas pembelian no. slip permohonan
kemasukan ke UiTM dibuat.

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian berikut :-

Please Share it! :)