About me

MALAYSIA LWN PAKISTAN PUSINGAN KEDUA DI LAHORE, PAKISTAN

tajaan secantikmanis on Wednesday, March 9, 2011


Skuad bawah 23 tahun kebangsaan, bimbingan Ong Kim Swee melepasi ujian pertama kelayakan ke Sukan Olimpik apabila membenam cabaran Pakistan 2-0 pada perlawanan pertama di Stadium Shah Alam. pada malam ini berlangsungnya aksi kedua pusingan pertama Kelayakan Olimpik 2012 bertemu Pakistan di Stadium Punjab, Lahore.

Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi di Stadium Punjab jam 11 malam waktu Malaysia berbekalkan kelebihan dua gol hasil kemenangan perlawanan pertama di Stadium Shah Alam, 23 Februari lalu menerusi jaringan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Irfan Fazail.
 
Keyakinan yang disuarakan jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee “KAMI sedia gempur.” dan Ahmad Fakri Saarani mahu membalas kepercayaan yang diberikan kepada “Saya berterima kasih kepada jurulatih (Ong Kim Swee) kerana masih memberi tempat kepada saya dalam skuad ini, berharap skuad bawah 23 tahun kita dapat menambah jaringan dan menbuat skuad Pakistan tertekan.
 
KESEBELASAN KEMUNGKINAN MALAYSIA:
Khairul Fahmi Che Mat (kapten), Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Affize Faisal Mamat, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, K. Gurusamy, Gary Steven Robbat, Fandi Othman, Irfan Fazail, Ahmad Fakri Saarani.
Please Share it! :)