About me

Saya Mahu Sponsored Post dari Eyriqazz.Com

tajaan secantikmanis on Tuesday, February 8, 2011




buka-buka je blog i ternampak 1 entry yang menceritakan tentang contest yang diadakan oleh blog yang terkenal dan pendapatan blognya melalui NUFFNANG untuk tahun 2011 ini sudah mencecah 4 angka. kalau di fikirkan semula, tahun 2011 baru sahaja masuk bulan ke dua. fuh! sentap je hati ini. iri hati pun iya jugak, tetapi ini semua rezeki masing-masing. dengan usaha yang lebih dapatlah kita rezeki yang lebih. jangan hanya " menunggu bulan jatuh ke riba " [ menunggu benda yang tidak pasti ], usahanya ala kadar, tetapi hasilnya hendak yang bagus.

okey jom i hendak bercerita serba sedikit mengenai contest yang di anjurkan oleh bro eyriqazz ini. contest yang di berikan nama " Saya Mahu Sponsored Post dari Eyriqazz.Com ". Mencari 10 entry yang dia gemari dan that means ada 10 blogger la macam itu. sesiapa yang telah dipilih, bro eyriqazz akan berikan 1 tajuk untuk di buat. contohnya seperti, review blog seseorang, pandangan anda tentang sesuatu isu, review produk atau apa-apa yang terlintas di pemikiran bro eyriqazz. setiap entry yang perlu di buat dia akan beri RM30.

kenapa i mahu Sponsored Post dan kenapa perlunya bro eyriqazz memilih entry i. kerana i ada Tips dan Cara dalam penulisan bagi membuat entry yang bagus.

Apa yang diperlukan
i yakin jika anda boleh menulis sebuah kalimat yang sederhana, dan mengamati dunia di sekitar anda, maka anda pasti boleh menulis. i tidak percaya orang boleh menjadi penulis dengan mengikuti workshop, dan membaca buku. Tulisan muncul dari sesuatu yang ada dalam diri seorang .i tahu bagaimana rasanya meluangkan waktu satu atau jam sehari (atau semalam) untuk menulis. Sungguh tidak mudah untuk menulis sesebuah entry, apalagi jika anda memiliki pekerjaan tetap, keluarga, tanggungjawab dan anda adalah seorang pelajar, namun hal itu boleh dilakukan.

1. Luangkan waktu khusus untuk menulis. Hal ini penting kerana selama menulis anda akan kehilangan semangat, bosan, marah, atau ketiadaan idea.

Apa yang i maksud dengan waktu khusus?
Dua jam setiap pagi dan setiap malam. Putuskan berapa banyak waktu yang akan anda luangkan untuk menulis setiap minggu, lalu lakukan hal itu.

2. cerita mengenai keadaan sekeliling anda. sambil menulis anda bayangkan anda di tempat kejadian. Tulislah sesuatu yang anda tahu, dan tulis sesuatu yang anda suka. contohnya : Arthur Golden, penulis Memoirs of a Geisha, pernah tinggal di Jepun dan bekerja di majalah berbahasa english di Tokyo pada tahun 1982 dia mendapat idea menulis novel Memoirs. Pada tahun 1986, setelah meraih gelaran dalam bidang penulisan kreatif dari Universitas Boston, dia mula melakukan penelitian tentang Geisha dan menemukan “sebuah sub-budaya yang mempunyai aturan sendiri yang unik.”

3. Analisa dan pelajari.
jangan copy dan paste cerita dari blogger lain. seeloknya kembangkan ayat dengan sendirinya. percaya dengan pendapat dan luahan rasa hati sendiri. Pergi ke dalam jiwa kreatif anda dan cari satu cerita kecil namun memiliki erti yang sangat bermakna bagi anda. contohnya : http://secantikmanis.blogspot.com/2010/08/saya-sayang-adik-anjuran-mama-ilah.html

4. anda mestilah berdisiplin.

tips pun sudah pun habis. sekarang kenapalah i beriya-iya hendak join contest ini. kerana dengan joinnya contest ini, i dapat memantapkan penulisan i. selain itu, jika suatu hari nanti i dapat ADVERTORIAL JOBS dari pihak NUFFNANG tidaklah i kekok kan? [ mintak-mintak pihak NUFFNANG baca dan berbesar hati bagi advertorial jobs ]. sebelum hendak dapat ADVERTORIAL JOBS dari pihak NUFFNANG apa kata bro Eyriqazz bagi i ADVERTORIAL JOBS dari dia dulu. kiranya macam timba pengalaman dahulu. heheheheh

So, inilah syarat-syaratnya :

1) Buat Satu Entry Bertajuk " Saya Mahu Sponsored Post dari Eyriqazz.Com" dan berikan sebab kenapa anda mahu Sponsored Post ini.make it as interesting as possible.
2) Letakkan gambar GTO di atas di entry anda dan juga permalink entry ini. 
3) 10 Entry yang paling eyriqazz gemari,  i will give you one job to write, macam Pay Per Post/Sponsored Post and i will pay you RM30 Cash/Top up for it.
4) Tinggalkan permalink entry ada di komen entry ini.
5) tarikh tutup pada 28 Februari 2011



Please Share it! :)

{ 3 sweetie... read them below or add one }

Eyriqazz said...

Salam,

thanks join in..keputusan akan diumumkan bulan March nanti..

secantikmanis said...

@Eyriqazz la lama lagi ye keputusannya

Sharinginfoz said...

all the best ya