About me

THE LAST SONG

tajaan secantikmanis on Tuesday, February 1, 2011



assalamualikum kepada korang semua yang sentiasa datang mengunjungi blog i yang tidak seberapa ini. i sekarang ini tengah menikmati cuti sem dan cuti untuk raya cina, tetapi cutinya terlalu singkat. hanya seminggu sahaja, tetapi i kena balik sebab i kena hantar barang-barang i yang berlambak ke rumah.

tengah i kemas-kemas barang yang dibawak balik, i jumpa novel english ' THE LAST SONG ' yang telah dihadiahkan oleh abah i tahun lepas. huh!! selama ini i duduk bersengkang mata hanya untuk novel berbahasa melayu, tidak pernah la i ada novel yang berbahasa english. novel ' THE LAST SONG ' adalah novel english pertama yang i miliki dalam seumur hidup i dan novel pertama yang abah i belikan.

i ingat lagi masa abah i berikan novel ini kepada i, abah i kata " kakak, ini abah ada belikan novel baru untuk kakak. walaupun berbahasa omputih, kakak bacalah sampai habis. bukan apa dapat meningkatkan skill bi kakak jugak kan "

i macam biasalah, kalau dapat somethings dari abah i, secara automatik i akan peluk dan cium pipinya dan ucap thanks abah. abah adalah yang terbaik. hehehehe


i mengambil masa yang lama untuk menghabiskan novel ' THE LAST SONG ' ini. kalau novel melayu, dalam 3 jam i dah dapat habiskan. hehehe, tetapi lain pulak dalam hal novel english ini. i perlukan masa yang lama untuk menghayati novel tersebut. menghayati setiap patah-patah perkataan dalam novel tersebut. untuk menghayati novel tersebut, i terpaksa cari alternatif supaya i dapat memahami dengan sebaik-baikknya jalan cerita novel tersebut. caranya adalah seperti gambar diatas ini. i akan melepak seperti itu, sambil baca novel. datang abah i, pergi snap gambar i tengah baca. untuk kenangan katanya.

abaikan i yang besar itu.
hehehe, tentu abah i berbangga dengan i kerana i menghargai pemberiannya. i kan anak abah. hehehe. sinopsis ' THE LAST SONG ' akan i buat 1 entry yang lain. sinopsisnya sudah tentulah dari pemikiran i, dari jalan cerita yang telah i bayangkan, i fahami.

to abah : " thanks for giving me a very precious present. I really appreciate it and I know the reason why you bought this novel for me "
Please Share it! :)

{ 8 sweetie... read them below or add one }

rinie din said...

baca novel sambil bersantai dibawah pokok kelapa. idea yang comel.jaga2 dgn buah kelapa gugur ye

secantikmanis said...

pokok kelapa sebelah sana.. tak kena kelapa la kalau jatuh.heheheh

Ujang9897 said...

gua paling malas bace novel..hehe

Syukri Kamaruddin said...

hoho kalau baca novel B.i kena bukak google translator ni.. :)

secantikmanis said...

@Ujang9897 meh sini ujang aku bagi kau jadi rajin sikit baca novel

secantikmanis said...

@Syukri Kamaruddin tahu tak pe. tapi google translate pun macam haremmm

azzey said...

wah outdoor photoshhot.....best nya..:)

secantikmanis said...

@azzey best ye... heheheh memang best. lagi best kalau ada orang yang pandai ambilkan gambar untuk kita kan?