About me

KAIN BATIK PUNYA HAL

tajaan secantikmanis on Sunday, February 27, 2011

 wee dengan muka yang tidak malu i dengan gagahnya buat tutorial cara memakai kain batik. heheh sibuk sangat tadi dekat Sahabat Blogger, ada seseorang mintak untuk menunjukkan cara-cara pakai kain batik,, heheh Mashitah Rahim ni ada sikit cara-cara pemakaian kain batik ye. harap dapat membantu.

sila abaikan model tersebut okey. hehehehe

STEP 1 :
* Okey uols nampak tidak ada dua corak yang berbeza dekat kain batik tersebut?
* okey kalau sudah nampak perbezaan nya, pastikan pulak bunga pada kain batik tidak ke bawah, mestilah ke atas coraknya.

STEP 2 :
* uols mestilah letakkan corak yang berlainan itu betul-betul macam gambar di atas.

STEP 3 :
* nampak tak tangan yang dalam love tue kan, tarik sikit-sikit agar kain di bawak menjadi sekata.
* tangan yang lagi 1 itu, tarik dengan kuat agar tidak longgar.

STEP 4 :
* last sekali tarik kain seperti dalam gambar di atas dan masukkan dalam kain.
* buat ketat-ketat.

see senang je kan pakai kain batik. heheh harap semua paham la ye.

TAWARAN HEBAT DENGAN MAXIS MAROON 5

tajaan secantikmanis on Saturday, February 26, 2011


berita gembira!! tawaran hebat!! kepada semua peminat Maroon 5 dan kepada sesiapa yang sudah lama ingin memiliki telefon HTC tetapi tidak mempunyai kewangan yang mencukupi? jangan risau! Maxis dengan bangga mempersembahkan Maroon 5 Live di Stadium Putra, Bukit Jalil ini 29 April! Untuk merayakan, pihak Maxis menawarkan telefon HTC dengan harga yang luar biasa dan potongan tiket konsert Maroon 5.

Hanya melawat Pusat Maxis yang berdekatan dengan anda dan membeli salah satu telefon HTC berikut:








Jika anda adalah pelanggan Maxis atau sudah memiliki telefon HTC, anda dapat menikmati diskaun tiket Maroon 5 dengan menunjukkan logo "Maxis Saya 'pada paparan telefon anda atau berkelip peranti HTC di outlet Ticketpro rasmi.


Diskaun 10% antara 18 Februari dan 18 Mac
dan 5% antara 19 Mac dan 18 April.

Nota: Diskaun tidak boleh digabungkan.



jangan melepaskan peluang yang sudah ada di hadapan mata. untuk maklumat lanjut layari http://www.maxis.com.my/personal/maroon5/index.asp

KONFIUS??

tajaan secantikmanis on Friday, February 25, 2011


sebenarnya cerita ini kalau tidak silap i seminggu lepas lagi i hendak post kat blog i ini, tetapi memandangkan kehidupan i sebagai pelajar yang tidak reti membahagikan diantara belajar dengan blog menyebabkan blog i terabai seketika. i rasa pelik, kenapa blogger lain yang masih study tetapi dapat mengawal keadaan dengan jayanya. adakah i berblog hanya semata suka-suka sahaja? i selalu tanya diri i.. tetapi jawapannya tetap sama. 50-50. bagi i, jelesnya i tengok blogger perempuan yang cun melecun dan follower mereka punyalah ramai. macam mana mereka boleh sampai ke tahap sebegitu? adakah sifat i yang hanya hangat-hangat tahi ayam menyebabkan blog i tidak dapat pergi jauh?? mungkin!



gambar ini di ambil ketika i dengan  roomate i dan jiran sebelah bilik i dengan gediknya mencuba masakkan yang dimasak oleh pelajar yang mengambil bidang masakkan. boleh tahan masakkannya. i ni pun pergi sebab ada live band, hehehe. well malam tu, i makan chicken wing rice i rasa namanya. harga pun boleh tahan, masih lagi bernyawa untuk i membayarnya.

GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN RUPANYA JANTAN

tajaan secantikmanis on Tuesday, February 22, 2011


serius aihhhh tajuk entry kali ini kelakar bebenor i rasa. tetapi dah dalam syarat-syaratnya tidak kisah hendak letak tajuk apa-apa pun...so i main letak tajuk ini saje lah. perghhh sebenornya sudah lama i tidak merasa gulai tempoyak ikan patin masakkan cik minah jiran rumah sebelah. ibu i kat rumah tu, tidak perlu hendak memasak, ibu i pon join sekaki pergi makan dekat rumah cik minah.. i cakap dengan uols, sedoppp oowww cik minah masak. bagi la masakkan apa saje, kompem lazat.

hendak di jadikan cerita, ada 1 blog ni sangat-sangat dikenali dengan nama GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN.

di blognya, telah diwar-warkan untuk mempromote blogger yang telah menjoinkan diri masuk ke bloglistnya. so i dengan berbangga hati hendak masuk ke dalam bloglist dia. mana tahu dapatnya tuan blog hendak belanja i makan gulai tempoyak ikan patin, tidak ke dah dipanggil rezeki di situ. heheheh

sebelum hendak masuk ke dalam bloglist gulai tempoyak ikan patin ini, uols kenalah buat seperti:
  • letak link dan gambar korang kat http://meuzangelo.blogspot.com/2011/02/jom-exchange-link-dan-gambar-gambar.html#axzz1Ee4IrSvk
  • buat satu entry pendek, tak kisah tajuk ape pun..
  • kemudian dalam entry tu letakkan gambar yang korang nak guna..
  • last skali, letak link entry tu kat ruangan comment
  • kalau boleh ajak la member-member blogger korang..
  • balasan untuk aku, cuma mintak korang letak link blog aku dalam blog korang..
  • tak kesah la macam mana cara korang nk letak link tu, terpulang.. :)
gambar yang mahu digunakan

SUKA SENTAP PULAK SEKARANG NI

tajaan secantikmanis on Friday, February 18, 2011


Assalamualaikum semua. seminggu i tiada kelas, dan seminggu jugalah i malas hendak update blog i. hari ini tetiba je someone tu buat kelas, alohhh i pergi kelas lambat 5 minit je pun, dah tak boleh masuk. tak pe la, duk luar ramai-ramai. hahahahahaha

BEDAK SEJUK GAMAT

tajaan secantikmanis on Wednesday, February 16, 2011

Assalamualaikum.. hai uols semua.. i harap sihat semuanya ye. uols semua tentu tertanya-tanya apa motif i bergambar sedemikian rupa kan... hehehe saje je sebenarnya. kelas hari ini, 1 hari batal. esok pulak kita seluruh umat islam akan menyambut maulidurrasul, so i cuti lagi la. [okey tiada kena mengena pun sebenarnya].
bedak sejuk jenis berair

i hendak tanya uols semua, pernah dengar produk BEDAK SEJUK GAMAT? tak pun pernah dengar BEDAK SEJUK?? sekarang ini i sedang mencuba pembersih muka Sabun Susu Kambing. baru je petang tadi i cuba basuh guna Sabun Susu Kambing. pendapat pertama i, kulit muka i licin sahaja selepas i cuci dengan Sabun Susu Kambing. i juga tengah menjinakkan muka i dengan bedak sejuk. kalau uols nak tahu. banyak kelebihan bedak sejuk ni tau.

kelebihan bedak sejuk
1. melicinkan kulit muka
2. memberi kesegaran pada kulit
3. mengurangkan kadar pengeluaran sebum/minyak pada kulit
4. menanggalkan sel kulit mati
5. bantu sejukkan kulit
6. membersih & menegangkan wajah
7. memputihkan kulit muka

selain itu, untuk sesiapa yang ada penyakit asma ambil bedak sejuk dan perahkan air limau nipis.kemudian lumurkan dekat leher dan dada.Insya-Allah asma akan berkurangan. kalau sesiapa yang kena chicken pop, campurkan bedak sejuk dengan daun jambu, terbukti tiada satu parut pun yang akan terlekat pada muka uols.

bedak sejuk jenis berbiji
ada satu petua daripada atok i sendiri, dia selalu guna bedak sejuk yang berbiji dan campurkan dengan air gamat. kulit muka uols akan lembut dan gebu je tau. walaupun berkedut, tetapi licin je. hehehehehe

disini ada 1 link yang i hendak berkongsi dengan ulos semua.

p/s : eh ada sesiapa ke yang berminat hendak beli bedak sejuk jenis berair tu??

MAULIDURRASUL MERAIKAN KELAHIRAN RASULULLAH

tajaan secantikmanis on Monday, February 14, 2011


Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ‘ St.. Valentino‘ daripada mengingati Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Jom uols semua, kita sama-sama mengetahui biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

BIODATA RASULULLAH SAW
  • Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  • Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
  • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
  • Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  • Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
  • Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
  • Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
  • Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN
*Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua
malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN

* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’
(sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
                                 * Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ ,
jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN

* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.

* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu
Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
  • Khadijah Binti Khuwailid
  • Saudah Binti Zam’ah
  • ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
  • Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
  • Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
  • Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
  • Zainab Binti Jahsy
  • Maimunah Binti Harith
  • Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
  • Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-’Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)
8. Abdul Ka’bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.. ‘Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-’Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

BLOG MEJAR DR. FAIZ KHALEED

tajaan secantikmanis on Friday, February 11, 2011

mata sudah mengantok, tetapi ada berita yang perlu diberitahu terlebih dahulu kepada semua. MEJAR DR. FAIZ KHALEED sudah ada laman web rasmi dia sendiri. jom terjah.

BIODATA MEJAR DR. FAIZ KHALEED

Nama : Faiz bin Khaleed
Tempat Lahir : Kuala Lumpur, Malaysia
Tarikh Lahir : 15 September 1980

Pendidikan : Sekolah Rendah di ST. JOHN (2) Primary School, KUALA LUMPUR, MALAYSIA (1987-1992)
Sekolah Menengah di ST. JOHN INSTITUTION, KUALA LUMPUR, MALAYSIA
Pra-Universiti : UNIVERSITY MALAYA, KUALA LUMPUR, MALAYSIA (1997-1998)
Program Sarjana : UNIVERSITY MALAYA, KUALA LUMPUR,  MALAYSIA (1999-2004)
Selesai dan mendapatkan gelaran Sarjana Bedah Gigi (Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian) dari University Malaya yang memenuhi syarat Faiz Khaleed sebagai doktor gigi.

 Selain itu, Faiz Khaleed melanjutkan pelajaran di Peringkat Sarjana dalam bidang aeroangkasa di Rusia melalui Biasiswa Sains Negara serta terus menjalani latihan tertentu bagi misi kedua itu.

Pemilihan Angkasawan :
Pada September 2006, beliau dipilih sebagai salah seorang daripada dua calon untuk menjalani latihan di Star City, Russia sebagai sebahagian daripada Program Angkasawan Malaysia. Calon lain adalah Sheikh Muszaphar Shukor.

Pada 2007, Sheikh Muszhaphar Shukor dipilih mengikuti penerbangan ke Stesen Angkasa Antarabangsa melalui Ekspedisi 16 dengan menaiki Soyuz TMA-11 pada Oktober 2007.

Faiz Khaleed bersedia untuk ke angkasa lepas pada 2008 atau 2009 jika Malaysia membuat keputusan untuk meneruskan penerokaan angkasa lepas yang kedua.


Kerjaya :
 Doktor gigi tentera bersama Pasukan Tentera Bersenjata Diraja Malaysia.
Pada 22 Oktober 2007 , Faiz bin Khaleed dilantik sebagai Mejar.Malaysia membuat keputusan untuk meneruskan penerokaan angkasa lepas kedua yang mana akan dilakukan pada 2010.

Peribadi :
Dengan misi kedua Malaysia untuk menghantar pada tahun 2011, Faiz Khaleed telah bersetuju untuk hidup membujang sehingga selesai misi penghantaran Angkasawan Malaysia kedua. Saranan untuk tidak mendirikan rumahtangga ini telah dicadangkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis.

Saya Mahu Sponsored Post dari Eyriqazz.Com

tajaan secantikmanis on Tuesday, February 8, 2011




buka-buka je blog i ternampak 1 entry yang menceritakan tentang contest yang diadakan oleh blog yang terkenal dan pendapatan blognya melalui NUFFNANG untuk tahun 2011 ini sudah mencecah 4 angka. kalau di fikirkan semula, tahun 2011 baru sahaja masuk bulan ke dua. fuh! sentap je hati ini. iri hati pun iya jugak, tetapi ini semua rezeki masing-masing. dengan usaha yang lebih dapatlah kita rezeki yang lebih. jangan hanya " menunggu bulan jatuh ke riba " [ menunggu benda yang tidak pasti ], usahanya ala kadar, tetapi hasilnya hendak yang bagus.

okey jom i hendak bercerita serba sedikit mengenai contest yang di anjurkan oleh bro eyriqazz ini. contest yang di berikan nama " Saya Mahu Sponsored Post dari Eyriqazz.Com ". Mencari 10 entry yang dia gemari dan that means ada 10 blogger la macam itu. sesiapa yang telah dipilih, bro eyriqazz akan berikan 1 tajuk untuk di buat. contohnya seperti, review blog seseorang, pandangan anda tentang sesuatu isu, review produk atau apa-apa yang terlintas di pemikiran bro eyriqazz. setiap entry yang perlu di buat dia akan beri RM30.

kenapa i mahu Sponsored Post dan kenapa perlunya bro eyriqazz memilih entry i. kerana i ada Tips dan Cara dalam penulisan bagi membuat entry yang bagus.

Apa yang diperlukan
i yakin jika anda boleh menulis sebuah kalimat yang sederhana, dan mengamati dunia di sekitar anda, maka anda pasti boleh menulis. i tidak percaya orang boleh menjadi penulis dengan mengikuti workshop, dan membaca buku. Tulisan muncul dari sesuatu yang ada dalam diri seorang .i tahu bagaimana rasanya meluangkan waktu satu atau jam sehari (atau semalam) untuk menulis. Sungguh tidak mudah untuk menulis sesebuah entry, apalagi jika anda memiliki pekerjaan tetap, keluarga, tanggungjawab dan anda adalah seorang pelajar, namun hal itu boleh dilakukan.

1. Luangkan waktu khusus untuk menulis. Hal ini penting kerana selama menulis anda akan kehilangan semangat, bosan, marah, atau ketiadaan idea.

Apa yang i maksud dengan waktu khusus?
Dua jam setiap pagi dan setiap malam. Putuskan berapa banyak waktu yang akan anda luangkan untuk menulis setiap minggu, lalu lakukan hal itu.

2. cerita mengenai keadaan sekeliling anda. sambil menulis anda bayangkan anda di tempat kejadian. Tulislah sesuatu yang anda tahu, dan tulis sesuatu yang anda suka. contohnya : Arthur Golden, penulis Memoirs of a Geisha, pernah tinggal di Jepun dan bekerja di majalah berbahasa english di Tokyo pada tahun 1982 dia mendapat idea menulis novel Memoirs. Pada tahun 1986, setelah meraih gelaran dalam bidang penulisan kreatif dari Universitas Boston, dia mula melakukan penelitian tentang Geisha dan menemukan “sebuah sub-budaya yang mempunyai aturan sendiri yang unik.”

3. Analisa dan pelajari.
jangan copy dan paste cerita dari blogger lain. seeloknya kembangkan ayat dengan sendirinya. percaya dengan pendapat dan luahan rasa hati sendiri. Pergi ke dalam jiwa kreatif anda dan cari satu cerita kecil namun memiliki erti yang sangat bermakna bagi anda. contohnya : http://secantikmanis.blogspot.com/2010/08/saya-sayang-adik-anjuran-mama-ilah.html

4. anda mestilah berdisiplin.

tips pun sudah pun habis. sekarang kenapalah i beriya-iya hendak join contest ini. kerana dengan joinnya contest ini, i dapat memantapkan penulisan i. selain itu, jika suatu hari nanti i dapat ADVERTORIAL JOBS dari pihak NUFFNANG tidaklah i kekok kan? [ mintak-mintak pihak NUFFNANG baca dan berbesar hati bagi advertorial jobs ]. sebelum hendak dapat ADVERTORIAL JOBS dari pihak NUFFNANG apa kata bro Eyriqazz bagi i ADVERTORIAL JOBS dari dia dulu. kiranya macam timba pengalaman dahulu. heheheheh

So, inilah syarat-syaratnya :

1) Buat Satu Entry Bertajuk " Saya Mahu Sponsored Post dari Eyriqazz.Com" dan berikan sebab kenapa anda mahu Sponsored Post ini.make it as interesting as possible.
2) Letakkan gambar GTO di atas di entry anda dan juga permalink entry ini. 
3) 10 Entry yang paling eyriqazz gemari,  i will give you one job to write, macam Pay Per Post/Sponsored Post and i will pay you RM30 Cash/Top up for it.
4) Tinggalkan permalink entry ada di komen entry ini.
5) tarikh tutup pada 28 Februari 2011



RAYA CINA HABIS SUDAH

tajaan secantikmanis on Sunday, February 6, 2011


korang nampak tidak 2 kotak buah limau dalam beg i itu?? nampak tak?? abah i suruh bawak balik ke kolej i. katanya menjamu kawan-kawan i.. hahaha tetapi i ada idea baikkk punya. i ingat hendak jual je buah limau tu. 5 bijik RM1.00. ada sesiapa tak nak beli?? hehehhe

BILA DAPAT ADIK TERLEBIH PANDAI

tajaan secantikmanis on Friday, February 4, 2011

meh baca cerita kelakar yang berlaku pagi tadi. adik i, muhammad hafiz aidid dengan selambanya memcetuskan kejadian yang luar biasa pagi tadi. ibu i hendak pergi menziarah cik awe [kawan keluarga] yang katanya jatuh ke dalam laut. huahuahua. adik i dengar je nama cik awe dia pun apalagi nak ikut la, sebab nak jumpa syuhadah [cucu cik awe]. tetapi ibu i ni malas nak bawak adik i, dia buatlah macam-macam alasan. kata tak jadi pergilah, nak gosok baju kerja abahlah.

i tak nampak apa yang susahnya kalau ibu i bawak adik i sekali pergi ziarah cik awe tue. ibu i pun pergilah gosok baju abah i. yang i pulak duduk mengadap laptop, bikin hati ibu i membakar. hahahahha.

sudahnya ibu i gosok baju abah i, ibu i pun slowtalk la dengan adik i. ibu i cakap duduklah dengan kakak,kakak bukakan cerita tom & jerry. sekali i dengar adik i cakap, hah pergilah.. kunci motor ada kat adik. hahahaha. aku tanya adik letak mana kunci motor? sekali dia angkat baju dia daaaa. lagi lah i ketawa siap tergolek-golek. jadah punya adik. lastnya ibu i kenalah juga bawak adik i sekali.

hahahahahahahaha

“Aku Ada Impian” peraduan yang lumayan.

tajaan secantikmanis on Thursday, February 3, 2011



IMPIAN

ya semua manusia di bumi ALLAH SWT ini mempunyai impian dalam kehidupan masing-masing. apakah maksud disebalik perkataan IMPIAN tersebut?? dari sudut pandangan i, impian adalah cita-cita, harapan, vision,keinginan hati yang terdalam untuk mencapai sesuaitu. bila sebut keinginan hati yang terdalam untuk mencapai sesuatu, i ada satu impian. impian i adalah untuk menjadi pengacara tv. disini i hendak terangkan, bukan pengacara tv untuk program-program hiburan, tetapi pengacara tv dalam program yang memerlukan i pergi merantau jauh dari Malaysia. conohnya, ketika kita sibuk dengan KRISIS MESIR ini, i ingin jadi pengulas cerita yang berada di MESIR sana. contoh lain seperti program Majalah 3. pengacaranya kadang-kadang akan membuat shooting di kawasan-kawasan yang berlainan untuk menceritakan sesebuah cerita. dan ini memerlukan kita berjalan jauh bukan. ya i suka kalau cara bekerja i sebegitu.

adakah suatu hari nanti i akan jadi pengacara/pengulas program. insyaallah, ada rezeki adalah diri i di situ. dan untuk mencapai impian i itu, sudah tentu keazaman yang ada dalam diri i ini, dan tidak lupa sokongan dari ahli keluarga i.

fenomena Master Arsyad
 di blog Master Arsyad sedang berlakunya 1 fenomena yang anda semua tidak dapat bayangkan. Peraduan “Aku Ada Impian” anjuran Blog Master Arsyad terbuka kepada semua blogger di dunia dengan syarat menggunakan Bahasa Malaysia. Anda boleh promote di forum, kumuniti dan website. Anda bebas menulis berkaitan motivasi, kejayaan, kewangan, pengetahuan am, cerita lawak @ apa saja asalkan kena pada tajuknya “Aku Ada Impian”.

Pemenang Utama :-
1. MacBook (TOP REFERRER)
2. RM 500
3. Nokia N8 (PENGOMEN TERBANYAK)
4. Percuma 2 Tiket Seminar Master Arsyad
5. JV (Joint Venture) bersama Master Arsyad
6. Percuma 2 Domain setahun
7. Percuma Majalah Jutawan (langganan setahun)
8. Percuma 1 Tiket Dr Azizan Osman ditaja oleh Master Arsyad
9. Percuma 1 Tiket Abang Abu (Jutawan Singapura) ditaja oleh Master Arsyad
10. Percuma Template Web & produk Master Arsyad bersama pendrive beharga RM400
11. Percuma 1 Tiket Dato Dr Ibrahim ditaja oleh Master Arsyad
12. Banner anda dan nama anda di Blog Master Arsyad untuk 4 bulan

Hadiah Kedua
1. RM 200
2. Percuma 3 Botol Minyak Wangi terapi
3. Percuma 1 Tiket Mind Power Of Millionaire ditaja oleh Master Arsyad
4. Percuma Topup prepaid RM70
5. Percuma langganan Majalah Jutawan 6 bulan
6. Banner anda dan nama anda di Blog Master Arsyad untuk 3 bulan

Hadiah ketiga
1. RM 100
2. percuma 1 Botol minyak wangi terapi
3. percuma topup prepaid rm 30
4. percuma Majalah Jutawan 3 bulan
5. Banner anda dan nama anda di Blog Master Arsyad untuk 2 bulan

Hadiah Saguhati
1. Percuma 3 buah ebook paling top bernilai RM180

Tarikh Tutup :-
- 31 Disember 2011
- Tepat Jam Pukul 12

jom jom memeriahkan lagi peraduan ini. untuk syarat penyertaannya anda semua boleh klik link ini.