About me

TIPS PERJALANAN 2 HARI 1 MALAM MENJIMATKAN DUIT

tajaan secantikmanis on Sunday, January 16, 2011


assalamualikum dan selamat petang kepada semua rakan-rakan blogger. i terlebih rajin petang ini nak buat entry mengenai TIPS PERJALANAN 2 HARI 1 MALAM MENJIMATKAN DUIT. kenapa i boleh buat tips macam ini?  boleh percaya ke dengan tips i ini yang dikatakan boleh menjimatkan duit ?

i berani potong kepala bear i la kalau tips yang i kongsikan ini tidak dapat menjimatkan duit u all semua. kepala bear i ye, bukan i.


i sudah ada 2 pengalaman dengan perjalanan 2 hari 1 malam ini. Pengalaman yang pertama ketika menyambut Tahun Baru di Pulau Pinang dan pengalaman kedua adalah Berholiday di Pulau Langkawi [PART 1] dan [PART 2]. Jadi dengan bangganya i dah boleh buatkan tips la kan. hahahahaha

BARANG YANG PERLU DIBAWA :
  • 2 helai tudung berwarna hitam [ kan sekarang ni dah ada tudung jenis syiria ataupun tudung jenis ekin tu. kalau ada macam tu lagi terbaek ]
  • sehelai seluar jeans [ sehelai je ye ]
  • 2 helai t-shirt, 1 helai cardigan dan 1 helai baju untuk melaram. [ untuk 2 helai baju t-shirt termasuk baju yang u all hendak mulakan perjalanan la ye, dan kalau baju melaram tue baju yang cantiklah maksudnya]
  • jangan lupa 3 helai seluar kecik dan 2 helai baju kecik.
PERKARA YANG I CADANGKAN :
  • sewa kereta yang paling murah untuk sehari semalam. [ selalunya i akan tempah kereta kancil. sewa untuk sehari semalam kalau sekitar Kangar dalam RM60 ]
  • waktu ideal untuk u all sewa kereta adalah pada pukul 8.00 malam. [ contoh : hari ini hari jumaat, i sewa kereta pukul 8.00 malam dan akan pulang pada hari sabtu pukul 8.00 malam ]
  • jangan tempah hotel, silalah tempah surau di stesen Petronas. [ surau di stesen Petronas sangat cantik dan tidak membahayakan. siap ada orang tolong jagakan lagi. ye la yang kerja shif pagi tue, i tengok sampai tertidur kat kaunter. ingat sebelum nak tumpang tidur, sila beritahu terlebih dahulu pekerja di kaunter ]
BENDA-BENDA KECIL YANG TIDAK PATUT DILUPAKAN : 
  • bawak sehabis besar mungkin beg galas belakang. [senang galas je beg ]
  • jangan lupa bawak berus gigi, ubat gigi dan sabun mandi [ kongsi-kongsi la dengan kawan-kawan yang ikut sekaki tu, tetapi berus gigi takkan nak kongsi jugakkan ]
  • bawak bedak compaq MIYAMI. [ Bedak muka miyami two way foundation ]
  • minyak wangi botol kecik. [ jenis one drop ]
  • lip gloss [ lisa surihani akak i ]
dah baca habis kesemuanya. okeykan tips yang i kongsikan bersama u all semua. salam sayang dari i, kita bertemu lagi di tips yang akan datang. kalau ada tips lagi la.


Please Share it! :)

{ 6 sweetie... read them below or add one }

zulhelmi said...

kali ni baru aku rasa blog kau berguna. thx fot the tips yoh! :)

secantikmanis said...

siapakah gerangan zulhelmi ini ye

Robot | Sakti said...

oohh..
tips yang bagus.

thanks :)

areripe said...

kalau takda oetronas macam mana?
haha, ur post very interesting!

secantikmanis said...

robot : sebenarnya kan tips ini untuk orang perempuan, tetapi apa salahnya orang lelaki pun boleh ikut sekali

welcome

secantikmanis said...

areripe : tipulah kalau xde petronas. tetapi kalau memang dah xde, tak tahulah kan. i tak galakkan cari masjid, sebab masjid atau surau terlalu terbuka. lagi-lagi yang bersebelahan dengan kubur. menggigil lutut kaki. paling tidak la, tido je dalm keta, xpun cari tempat lepak dan jangan tido sampai siang