About me

Semakan Keputusan KPLI Ambilan 2011 (moe.gov.my)

tajaan secantikmanis on Friday, January 14, 2011


Keputusan semakan KPLI ambilan Januari 2011 (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) akan diumumkan pada 17 Januari 2011 bersamaan hari Isnin ini. Dah tak lama dah. Siapa yang ambil KPLI tahulah bagaimana perasaan calon-calon KPLI ambil Januari 2011 sekarang ni. Ada yang tenang sahaja. Ada yang sedang berdebar-berdebar menantikan keputusannya. 3 hari lagi, 2 hari lagi, 1 hari dan………. Menghitung hari masing-masing.

Kebiasaannya dalam pukul 12 tengahari, keputusan KPLI ambil Januari 2011 akan keluar. Dan sesiapa yang berjaya akan dapat sms daripada KPM. Tetapi biasalah kalau sms, memang dapat lambat sedikit.

 Tarikh semakan keputusan KPLI ambilan bulan Januari : 17 Januari 2011
 Lapor diri dan sesi pendaftaran : 24 Januari 2011

Hanya yang ada ijazah sahaja boleh memohon menjadi guru melalui KPLI SR atau KPLI j-QAF ini :

  • Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah ( KPLI SR) merupakan program secara sepenuh masa yang mengambil tempoh selama satu tahun di Institut Pendidikan Guru.
  • Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI j-QAF) pula merupakan program secara Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) yang mengambil tempoh masa selama satu tahun enam bulan.
Yang mana mahu buat semakan KPLI ambilan Januari 2011 ini boleh pergi ke link ini : http://apps.moe.gov.my/kpli/tdjan2011/index.cfm 

Kepada yang tidak berjaya, boleh hantar surat rayuan dengan secepat mungkin. Kalau bertuah akan dipanggil. Dijangkakan, semua calon lelaki yang pergi temuduga KPLI Jqaf tempoh hari akan  diterima, disebabkan calon lelaki yang memohon pun tak ramai.
Source: www.beritasemasa.com

Please Share it! :)