About me

PULAU LANGKAWI : EPISODE 1

tajaan secantikmanis on Friday, January 7, 2011


assalamualaikum semua sahabat


tepat pukul 5 petang 7 januari 2011 i baru je habis kelas cik liza. bergegas balik ke bilik sebab nak mengejar waktu feri ke Pulau Langkawi pukul 6 petang nanti. tetapi roomate i kata tak pe, feri paling last pukul 7 malam maknanya kitaorang ada masa lagi hendak bersiap, nak sembahyang asar dulu. 

dalam pukul 5.45 petang jiran bilik i sudah panggil siap-siap ke kereta untuk beredar ke Jeti Kuala Perlis. masing-masing excited terlebih, dan sudah pasti yang over excitednya i, sampaikan dompet duit pun i boleh lupa hendak bawak. nasib baik baru lepas simpang Kordiang , kalau dah sampai ke Jeti Kuala Perlis tak adanya i pergi Pulau Langkawi la. huhuhuh

kami pun patah balik ke kolej dan ambil dompet duit i. sampai je dekat Jeti, i tengok ramainya orang hendak ke Pulau Langkawi. uit terfikir sejenak, ada ke tidak tiketnya. bila roomate i tanya dekat kuanter, tiket feri yang terakhir sudah habis, padahal masa itu ramai lagi tau yang hendak beli tiket masuk ke Pulau Langkawi. 

ohh banyak tidak ong la hari ini. akhirnya kami ambik kata sepakat nak pergi makan dululah. aishhh i rasa itulah pertama dan terakhir i masuk kedai makan tu. air manis-manis sangat, tomyam masin, nasi sikit, orang tukang ambil order pekak. oitt sentap hati la i kata kat korang semua.

i tengah tengok roomate i survey tentang harga bilik untuk semalam je. kalau boleh hendak harga RM30 sahaja. tetapi kat Hotel ini harga yang paling murah RM89. so kami survey hotel yang lain la. dapat la 1 hotel ni. dapat harga RM40, ada katil besar 1, dan kipas semata-mata. bila kami pergi tengok... sah bilik tu macam tempat budak-budak melakukan maksiat. tergamak pulak kami semua nak tido dalam bilik macam tu.

akhirnya kami pun cari surau yang berdekatan. sekarang ini sewaktu entri ini ditaip i dalam surau la. berhadapan dengan laut. esok pukul 6 pagi beli tuket feri awal-awal dan bertolak ke Pulau Langkawi. oh yeah!!sebelum nak tido kat surau, kami berjalan-jalan dulu kat tepi laut. perghhh angin meletop i cakap dengan korang semua. sampaikan gerai kat tepi laut roboh sebab ditiup angin yang kuat. 


NOTA KAKI : takut pulak rasanya hendak lelapkan mata
Please Share it! :)