About me

PULAU DAYANG BUNTING : hari kedua di Pulau Langkawi

tajaan secantikmanis on Monday, January 10, 2011



aduhhh penatnya masih terasa, i cakap dengan u all semua la kan, hari ini dalam setiap kelas i rasa gantok sangat-sangat. rasa nak tidur je dalam kelas, tetapi i ni kan student yang terbaekkk, mana boleh tidur dalam kelas.
{padahal dah siap buat peta dah pun}

untuk pengetahuan u all semua, dari hari jumaat i pergi bercuti dengan roomate i dan jiran sebelah bilik i. balik ke kolej malam semalam.. sampai-sampai je kolej, dengan tak mandinya i bantai turun bilik tv tengok AJL. *tak puas hati ana raffali menang*

eh biarlah hal itu berlalu, ni i nak cerita tempat apa yang menarik kalau u all semua nak datang bercuti ke Pulau Langkawi.kalau u all semua nak tahu, salah 1 tempat yang i pergi semasa berada di Pulau Langkawi ialah Pulau Dayang Bunting. Pulau Dayang Bunting adalah pulau kedua terbesar dalam gugusan Pulau Langkawi, dan merupakan destinasi pelancongan yang popular. Pulau itu, yang terletak 20 kilometer dari pekan Kuah mendapat nama dari suatu legenda yang terkenal di sini. Legenda Tasik Dayang Bunting dikatakan sebuah tempat pemandian kegemaran seorang puteri dari kayangan bernama Mambang Sari. Dia diberi julukan sebagai Tasik Dayang Bunting. 
Menurut cerita, seorang putera raja, Mat Teja, jatuh cinta dengannya dan menipu puteri itu untuk mengahwininya. Mereka dikurniakan seorang anak, yang kemudiannya meninggal dunia setelah tujuh hari akibat penyakit misteri.Disebabkan terlalu sedih, Mambang Sari meletakkan mayat anaknya ke dalam tasik itu dan kembali semula ke dunia kayangan.Sehingga ke hari ini, ada yang masih percaya wanita yang sukar mendapat anak, jika mandi dalam tasik itu akan dikurniakan anak. Ada yang turut mengakui kebenaran hal ini.
TIPS
Tasik Dayang Bunting merupakan tasik air tawar terbesar yang terdapat di Langkawi. Pembentukan batu-bata di salah satu sisi tasik itu kelihatan seperti seorang wanita mengandung yang sedang baring.


PENGANGKUTAN
u all semua boleh menyewa bot untuk ke Pulau Dayang Bunting. Ia memakan masa 15 minit. jangan risau, kalau u all semua datang ke Pulau Langkawi, u all tanya sahaja agen yang ada disana macam mana hendak pergi ke Island Hopping.
ini adalah tempat bot yang akan bawa ke ISLAND HOPPING

nampak bot yang kat belakang tu? bot tu la yang bawak ke ISLAND HOPPING

PENGINAPAN
Pulau Langkawi menawarkan pelbagai pilihan penginapan untuk para pengunjung. Untuk menempah pakej percutian, klik sini
Please Share it! :)