About me

A Magnolia Sherbet A Day Full Memories Between I And U

tajaan secantikmanis on Monday, January 31, 2011


entah kenapa i sejak dua, tiga hari ini malas sangat-sangat hendak buka blog i. mungkin kerana rasa teruja hendak cuti sem agaknya. serius, seminggu sebelum i hendak cuti sem i jadi sangat pemalas, i cuma ingat rumah i sahaja. oh lagi satu i hendak merungut, susah benar i hendak cari ice cream F&N Magnolia Sherbet dekat Kangar,Perlis. i cari merata, tetapi tak jumpa-jumpa.

oh tertekan betul la. i masuk contest Lift Your Senses with F&N Magnolia Sherbet http://secantikmanis.blogspot.com/2011/01/magnolia-sherbet-day-makes-my-whole-day.html minggu kedua tidak silap i, tetapi i tak menang pun. mungkin tiada rezeki i.


satu petang i calling someone untuk meminta dia belikan i ice cream F&N Magnolia Sherbet.

i : please tolonglah carikan i ice cream F&N Magnolia Sherbet. dekat Jusco Taman U ada.
someone : ahhh i mana ada masa hendak carikan benda remeh temeh semua itu. tak ada masa!
i : (sentap) please......
someone : no!!
i : (sentap dan sentap!! dan i pun buat ayat pasrah) okeylah kalau dah macam itu. apa-apa pun  thanks ye.
someone : okey.
i : klik!! tekan button off dekat hp.

i pun dengan perasaan hibanya i balik ke johor bahru. huh menyampahnya. i balik ini pun someone itu yang amek. i buat muka blur. memaniskan muka i. padahal dalam hati i, rasa menyirap jek.

someone : ini kenapa ni, senyum macam tak nak senyum je
i : eh imagine u je tu. i senyum okey pe
someone : macamlah i tak tahu peragai u tu, ini mesti sebab i tidak belikan ice cream yang u mintak itu kan.
i : eh mana adalah. kalau u tak belikan pun, i boleh pergi beli sendirilah.
someone : hahahahaha. u nak tahu something?
i : erhmmm what?
someone : tengoklah muka i. takkan u tak rindu kat i? merajuk sampai macam itu sekali.
i : (gediklah jantan seorang ini) yeee apaaaaa......
someone : taadaaaaa
i : ohhh big thanks for u. thanks.
hehe ada masa someone boleh jadi sungguh menjengkelkan, dan ada masa boleh menjadi sangat-sangat ROMANTIC AND SO SWEET. bukan setakat 1 perisa, tetapi 4 perisa ice cream F&N Magnolia Sherbet someone belikan untuk i. thanks


time itu juga i makan ice cream F&N Magnolia Sherbet. lepas dah habis semua i rasa, i suka sangat-sangat perisa Lychee dan Melon.



pilihan pertama i adalah Lychee

bila i buka penutupnya, i nampak warna putih yang sangat cantik. suapan pertama sudah membuatkan i jatuh hati, dan rasanya sebijik seperti buah lychee yang asli. i rasa seakan-akan buah lychee ada di dalam ice cream ini. setiap suapan membuatkan i sungguh rilek.



pilihan kedua i adalah Melon [tembikai susu]

warna hijau sungguh cantik. dah hijau menjadikan i segar. suapan pertama i, erhmm ada hirisan-hirisan Melon di dalam ice cream ini. hirisan yang dipotong halus menambahkan kelazatan ice cream ini lagi. yummy.




pilihan ketiga adalah pilihan someone, Mangosteen

someone kata : oleh kerana buah manggis adalah buah kegemarannya, dia memilih manggis sebagai pilihan. dan dia kata, buah manggis ini banyak khasiatnya. salah satu untuk tenaga batin.

i : cetttt. mencarut!!!


akhir sekali adalah Oranges.

tidak semestinya menjadi pilihan yang terakhir membuatkan perisa oranges ini tidak sedap. oranges banyak kelebihannya, salah satunya adalah vitamin c. boleh mencantikkan kulit.





 A Magnolia Sherbet A Day Full Memories Between I And U
Please Share it! :)