About me

KRISIS MESIR, NYAWA PELAJAR MALAYSIA TERANCAM

tajaan secantikmanis on Monday, January 31, 2011



sesungguhnya i berasa sangat bersyukur kerana berada di Malaysia, dan i berasa sangat sedih, takut, bimbang dan sebagainya dengan keselamatan pelajar dari Malaysia yang berada di Mesir.Terdapat lebih 11,000 rakyat Malaysia kat Mesir yang mana kebanyakkannya adalah pelajar. Banyak juga kan. Berikut adalah keadaan realiti sebenar pelajar-pelajar kat Mesir sekarang. Maklumat ini dihantar oleh salah seorang pelajar di sana yang sempat online sebelum internet disekat sepenuhnya.



siapalah i ini untuk berasa takut, merana, kerana i tiada sesiapa yang berada di Mesir, tetapi i tidak akan sesekali lupa pada saudara sesama islam i yang berada di sana. i berharap sangat kerajaan malaysia dapat menghantar kapal terbang ke Mesir dan membawa pulang rakyat Malaysia di sana. dengar kata tiket kapal terbang naik 8 kali ganda.

marilah kita ramai-ramai berdoa agar rakyat Malaysia di Mesir berada dalam keadaan yang selamat.

Untuk informasi-informasi terkini mengenai krisis di Mesir korang boleh tengok di FACEBOOK ataupun melayari di KRISIS MESIR
Please Share it! :)