About me

BEN ASHAARI : Suai kenal BLOGGER BARU : Edisi Februari

tajaan secantikmanis on Monday, January 31, 2011




tup tap tup tap dah penghujung bulan januari pada tahun 2011 rupanya. sekejap je masa meninggalkan kita. semakin kehadapan, semakin banyak atau perkara baru serta benda baru yang di wujudkan. salah satunya adalah WWW.1TUBE.MY tidak jauh bezanya dengan youtube. yang membezakannya adalah WWW.1TUBE.MY adalah dari Malaysia. pendapat i mengenai WWW.1TUBE.MY, lebih senang untuk kita berinteraksi di antara 1 sama lain kerana orang-orang yang mengunjung laman web tersebut orang Malaysia. bukan i kata laman web WWW.1TUBE.MY hanya orang Malaysia sahaja yang ada, tetapi mungkin orang serata dunia pun pernah melayari atau mengunjungi laman web WWW.1TUBE.MY ini. antaramuka ataupun interface nya sangat friendly.

DUNIA BLOG DI MALAYSIA SEMAKIN MENARIK KERANA dari berblogging dapat menjana pendapatan sampingan. selain itu, ilmu, informasi dan perkara-perkara baru dapat diperolehi dengan cepat dengan adanya blog.

kepada sesiapa yang ingin memasuki suai kenal BLOGGER BARU korang kenalah buat seperti ini : 

KRISIS MESIR, NYAWA PELAJAR MALAYSIA TERANCAM

tajaan secantikmanis



sesungguhnya i berasa sangat bersyukur kerana berada di Malaysia, dan i berasa sangat sedih, takut, bimbang dan sebagainya dengan keselamatan pelajar dari Malaysia yang berada di Mesir.Terdapat lebih 11,000 rakyat Malaysia kat Mesir yang mana kebanyakkannya adalah pelajar. Banyak juga kan. Berikut adalah keadaan realiti sebenar pelajar-pelajar kat Mesir sekarang. Maklumat ini dihantar oleh salah seorang pelajar di sana yang sempat online sebelum internet disekat sepenuhnya.



siapalah i ini untuk berasa takut, merana, kerana i tiada sesiapa yang berada di Mesir, tetapi i tidak akan sesekali lupa pada saudara sesama islam i yang berada di sana. i berharap sangat kerajaan malaysia dapat menghantar kapal terbang ke Mesir dan membawa pulang rakyat Malaysia di sana. dengar kata tiket kapal terbang naik 8 kali ganda.

marilah kita ramai-ramai berdoa agar rakyat Malaysia di Mesir berada dalam keadaan yang selamat.

Untuk informasi-informasi terkini mengenai krisis di Mesir korang boleh tengok di FACEBOOK ataupun melayari di KRISIS MESIR

A Magnolia Sherbet A Day Full Memories Between I And U

tajaan secantikmanis


entah kenapa i sejak dua, tiga hari ini malas sangat-sangat hendak buka blog i. mungkin kerana rasa teruja hendak cuti sem agaknya. serius, seminggu sebelum i hendak cuti sem i jadi sangat pemalas, i cuma ingat rumah i sahaja. oh lagi satu i hendak merungut, susah benar i hendak cari ice cream F&N Magnolia Sherbet dekat Kangar,Perlis. i cari merata, tetapi tak jumpa-jumpa.

oh tertekan betul la. i masuk contest Lift Your Senses with F&N Magnolia Sherbet http://secantikmanis.blogspot.com/2011/01/magnolia-sherbet-day-makes-my-whole-day.html minggu kedua tidak silap i, tetapi i tak menang pun. mungkin tiada rezeki i.


satu petang i calling someone untuk meminta dia belikan i ice cream F&N Magnolia Sherbet.

i : please tolonglah carikan i ice cream F&N Magnolia Sherbet. dekat Jusco Taman U ada.
someone : ahhh i mana ada masa hendak carikan benda remeh temeh semua itu. tak ada masa!
i : (sentap) please......
someone : no!!
i : (sentap dan sentap!! dan i pun buat ayat pasrah) okeylah kalau dah macam itu. apa-apa pun  thanks ye.
someone : okey.
i : klik!! tekan button off dekat hp.

i pun dengan perasaan hibanya i balik ke johor bahru. huh menyampahnya. i balik ini pun someone itu yang amek. i buat muka blur. memaniskan muka i. padahal dalam hati i, rasa menyirap jek.

someone : ini kenapa ni, senyum macam tak nak senyum je
i : eh imagine u je tu. i senyum okey pe
someone : macamlah i tak tahu peragai u tu, ini mesti sebab i tidak belikan ice cream yang u mintak itu kan.
i : eh mana adalah. kalau u tak belikan pun, i boleh pergi beli sendirilah.
someone : hahahahaha. u nak tahu something?
i : erhmmm what?
someone : tengoklah muka i. takkan u tak rindu kat i? merajuk sampai macam itu sekali.
i : (gediklah jantan seorang ini) yeee apaaaaa......
someone : taadaaaaa
i : ohhh big thanks for u. thanks.
hehe ada masa someone boleh jadi sungguh menjengkelkan, dan ada masa boleh menjadi sangat-sangat ROMANTIC AND SO SWEET. bukan setakat 1 perisa, tetapi 4 perisa ice cream F&N Magnolia Sherbet someone belikan untuk i. thanks


time itu juga i makan ice cream F&N Magnolia Sherbet. lepas dah habis semua i rasa, i suka sangat-sangat perisa Lychee dan Melon.



pilihan pertama i adalah Lychee

bila i buka penutupnya, i nampak warna putih yang sangat cantik. suapan pertama sudah membuatkan i jatuh hati, dan rasanya sebijik seperti buah lychee yang asli. i rasa seakan-akan buah lychee ada di dalam ice cream ini. setiap suapan membuatkan i sungguh rilek.



pilihan kedua i adalah Melon [tembikai susu]

warna hijau sungguh cantik. dah hijau menjadikan i segar. suapan pertama i, erhmm ada hirisan-hirisan Melon di dalam ice cream ini. hirisan yang dipotong halus menambahkan kelazatan ice cream ini lagi. yummy.




pilihan ketiga adalah pilihan someone, Mangosteen

someone kata : oleh kerana buah manggis adalah buah kegemarannya, dia memilih manggis sebagai pilihan. dan dia kata, buah manggis ini banyak khasiatnya. salah satu untuk tenaga batin.

i : cetttt. mencarut!!!


akhir sekali adalah Oranges.

tidak semestinya menjadi pilihan yang terakhir membuatkan perisa oranges ini tidak sedap. oranges banyak kelebihannya, salah satunya adalah vitamin c. boleh mencantikkan kulit.





 A Magnolia Sherbet A Day Full Memories Between I And U

FASHA SANDHA SIMILIAR DENGAN BUKTI

tajaan secantikmanis on Thursday, January 27, 2011


aishh i semakin pelik dan semakin ghairah pulak mengikuti perkembangan kisah percintaan yang sangat-sangat mengerikan diantara jejai, fasha sandha dan nora danish. sebut tentang nora danish nie, makin hot janda yang sorang ni. agak-agaknya jejai dah terkenan semula kat jandanya tu yang putus dengan fasha sandha tu kot.

disebabkan itu, banyak spekulasi mengatakan yang sebenarnya sebelum jejai ke jepun untuk bercuti disana, jejai dan fasha sandha sudah pun putus, tetapi fasha sandha tetap mempertahankan dirinya dengan memperkatakan yang dia dengan jejai putus pada 18 januari 2011. kiranya baru je putus la. 


penghargaan:
http://www.rotikaya.com/gambar-fasha-sandha-kemukan-bukti-masih-berhubung-dengan-jejai/

SCHEDULED TWEET : MINTAK TOLONG?

tajaan secantikmanis on Wednesday, January 26, 2011


Assalamualikum semua. rasanya macam dah lama i tak update sebarang entry di blog kesayangan i ini semalaman. heheh ayat macam dah setahun je tak update, padahal semalam je pun. i sebenarnya hendak berkongsi pengalaman dan bertanya pendapat anda semua.

baru tadi i check email i dan i dapat email dari pihak churpchurp, yang mengatakan i dapat SCHEDULED TWEETS. pertama kali tau i dapat scheduled tweets tu, so i tidak faham sangatlah apa yang perlu i lakukan. tetapi jangan risau, sudah siap ada penerangan dari pihak churpchurp.





senang ceritalah kan i hendak tanya sesiapa ada pengalaman dapat scheduled tweet ini? boleh ajar i cara yang betul ??

GEGAR BLOG : Soalan BONUS ( 1 ) TOPUP RM30

tajaan secantikmanis on Monday, January 24, 2011


JAWAPAN SOALAN 1 : WARNA ASAL BLOG http://psycho-mate189.blogspot.com/ ADALAH WARNA HIJAU BERTEMAKAN DAUN.
http://psycho-mate189.blogspot.com/2011/01/wiyuu-blog-sudah-bertukar-wajah-apa.html

JAWAPAN SOALAN 2 : PENDAPAT WARNA SEKARANG
. sangat menyamankan, sedap mata memandang dan tidak warna-warni sangat
  • Berikan kelemahan yang ada dalam blog beliau
    - rasanya macam tiada kelemahan
     
  • Cadangan untuk mencantikkan lagi blog beliau 
    - i cadangkan title post jugak mengunakan design yang sama dengan title widget

JAWAPAN SOALAN 3 : BERAPA EKOR KUMBANG
11 EKOR KUMBANG

REDMUMMY VS GREYGIRLS : 1 JUTA

tajaan secantikmanis


rasanya macam dah lama i tak tulis entry kat blog i ni. heheh online setiap masa, tetapi nak menaip 1 entry tu punyalah malas. kenapa jadi malas 2, 3 hari kebelakangan ini ?? sebab i duduk melayan cerita korea. itu yang tiada mood hendak menulis entry.

kalau macam inilah punya peragai, bilalah i nak jadi macam http://redmummy.com/ . siapa http://redmummy.com/ ini?? haisss takkan la korang semua tak kenal. REDMUMMY adalah seorang blogger yang berjaya. dengar kata melalui blog sahaja, REDMUMMY mendapat keuntungan 1 juta.

ha lepas ini makin ramailah yang akan ada blog, makin ramai blogger-blogger baru akan ada. selamat berkenalan ye kepada blogger-blogger baru yang datang ke http://secantikmanis.blogspot.com/ . walaupun http://secantikmanis.blogspot.com/ tiadalah popular macam REDMUMMY, tetapi adalah jugak effectnya kan?

FACEBOOOK PUSAT PELACUR ??

tajaan secantikmanis on Sunday, January 23, 2011


Pegawai polis di Jakarta Selatan, Yoyon Toni Saputra, menahan seorang wanita kerana disyaki menjadi ibu ayam kepada tujuh pelajar sekolah melalui FACEBOOK. pegawai polis itu berkata wanita itu dikenali sebagai Dede berumur 28 tahun. Dede dikatakan Menetap di Manggarai, Jakarta Selatan, Dede didakwa melatih ramai anak jirannya menjadi pelacur dan menggunakan Facebook untuk mencari pelanggan.

Semua pelacur itu berusia di antara 13 dan 16 tahun dan dilanggan pada harga RM680 seorang. Dede menghantar pelajar terbabit ke mana saja diminta pelanggan sebaik saja persetujuan dicapai.Kegiatan Dede terbongkar selepas seorang guru memeriksa akaun Facebook seorang pelajarnya. Dia kemudian memaklumkan penemuan itu kepada bapa pelajar terbabit sebelum polis dihubungi untuk membolehkan tindakan selanjutnya diambil.

INI BUKAN FASHA SANDHA KAN?

http://www.lintasberita.com/

If I Have RM100 : contest

tajaan secantikmanis on Saturday, January 22, 2011





pertama sekali i hendak ucapkan  a million thanks to http://aunimiyukie.blogspot.com/ kerana telah membuat 1 contest yang i amat-amat berharap dapat memenanginya.


contest yang bertajuk "if i have rm100" adalah 1 contest dimana jika i ada RM100 apa barang yang i hendak beli? senang cerita kalau i ada RM100 apa yang i akan buat dengan duit itu.

Syarat2 contest ni senang je..
1) Upload pic barang yang anda idamkan. 
2) Nyatakan sebab anda mahu kan barang tersebut.
3) Follow my blog aunimiyukie ( nak ramaikan kwn2 )
4) Buat entry tajuk " If I Have RM100~ "
5) Letak banner di side bar blog anda dan link kan terus ke entry ni.
6) Tag pd 3 kwn yang lain.
7) Jangan lupa tinggalkan comment n link anda slps itu..
8) Tarikh tutup : 10 February 2011
 
cik aunimiyukie , sebenarnya i tiada barang yang i hendak beli, tetapi i ada 1 HAJAT. i berharap kalau i dapat RM100, i akan belanja ibu dan abah i makan diluar. kenapa i hendak belanja ibu dan abah i ?? kerana bulan 3[march] adalah bulan yang amat bermakna dalam family i. tarikh lahir abah i ialah 2 march 1967, tarikh lahir i adalah 1 march 1990 dan tarikh lahir ibu i 15 march 1967. oleh itu, i sudah berniat untuk belanja ibu dan abah i makan diluar, tetapi dengan memenangi contest yang dibuat oleh cik aunimiyukie, bolehlah i belanja di restoran kegemaran ibu dan abah i. hehehehe

VIDEO SEX GADIS MELAYU : ADVANCED

tajaan secantikmanis on Wednesday, January 19, 2011


kecoh kecoh kecoh kecoh sangat i ini kan. eh ini perlu kecoh okey. isu ini sangat-sangat membangkitkan api kemarahan i okey. tentulah bukan ada video i pun, tetapi ada video sedara sesama islam i. sungguh memalukan la. pembelinya pulak orang islam kita jugak. kenapa semua ini terjadi? nasib baik ada 1 forum http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=203656 dimana forumer-forumer membantah ataupun meluahkan rasa tidak puas hati terhadap http://toplady2011.blogspot.com/ yang menjual video sex gadis melayu.



nama lelaki ini bernama  Ng wing Shearn yang menawarkan pakej video dan gambar sex gadis Melayu. tetapi yang sakit hatinya ramai pulak orang Melayu yang beli. lagi advancenya siap ada testimoni lagi..Si empunya blog siap ada thraed khas dalam forum Wang Cyber


disini dengan adanya entry ini, i berharap http://toplady2011.blogspot.com/ dapat dihentikan. ada forumer yang mahu mebuat aduan kepada pihak berkuasa.

terima kasih kepada :
http://kitaransemula.blogspot.com/2011/01/toplady2011blogspotcom-jual-video-sex.html : abang remedy

BEN ASHAARI : JOM GEGAR BLOG

tajaan secantikmanis

ADIK YUNALIS ZARAI ?

tajaan secantikmanis on Sunday, January 16, 2011


i terjatuh cinta kepada si DIA, tetapi agama melarang kerana sesama jantina tidak boleh jatuh cinta. hehehe. eh i jatuh cinta dengan lagu yang bertajuk CARTA HATI original song from NajwaLatif. macam mana i kenal budak ini ? okey i bukannya pencari bakat baru okey. i jumpa satu entry from CikEpal yang gebu. hehehe.

kalau nak tahu macam mana CikEpal ini kenal NajwaLatif ini, pergi la terjah blog CikEpal ini.

jom layan lagu Carta Hati yang telah bertahta di hati i ini.



jom terjah:

TIPS PERJALANAN 2 HARI 1 MALAM MENJIMATKAN DUIT

tajaan secantikmanis


assalamualikum dan selamat petang kepada semua rakan-rakan blogger. i terlebih rajin petang ini nak buat entry mengenai TIPS PERJALANAN 2 HARI 1 MALAM MENJIMATKAN DUIT. kenapa i boleh buat tips macam ini?  boleh percaya ke dengan tips i ini yang dikatakan boleh menjimatkan duit ?

i berani potong kepala bear i la kalau tips yang i kongsikan ini tidak dapat menjimatkan duit u all semua. kepala bear i ye, bukan i.


i sudah ada 2 pengalaman dengan perjalanan 2 hari 1 malam ini. Pengalaman yang pertama ketika menyambut Tahun Baru di Pulau Pinang dan pengalaman kedua adalah Berholiday di Pulau Langkawi [PART 1] dan [PART 2]. Jadi dengan bangganya i dah boleh buatkan tips la kan. hahahahaha

BARANG YANG PERLU DIBAWA :
  • 2 helai tudung berwarna hitam [ kan sekarang ni dah ada tudung jenis syiria ataupun tudung jenis ekin tu. kalau ada macam tu lagi terbaek ]
  • sehelai seluar jeans [ sehelai je ye ]
  • 2 helai t-shirt, 1 helai cardigan dan 1 helai baju untuk melaram. [ untuk 2 helai baju t-shirt termasuk baju yang u all hendak mulakan perjalanan la ye, dan kalau baju melaram tue baju yang cantiklah maksudnya]
  • jangan lupa 3 helai seluar kecik dan 2 helai baju kecik.
PERKARA YANG I CADANGKAN :
  • sewa kereta yang paling murah untuk sehari semalam. [ selalunya i akan tempah kereta kancil. sewa untuk sehari semalam kalau sekitar Kangar dalam RM60 ]
  • waktu ideal untuk u all sewa kereta adalah pada pukul 8.00 malam. [ contoh : hari ini hari jumaat, i sewa kereta pukul 8.00 malam dan akan pulang pada hari sabtu pukul 8.00 malam ]
  • jangan tempah hotel, silalah tempah surau di stesen Petronas. [ surau di stesen Petronas sangat cantik dan tidak membahayakan. siap ada orang tolong jagakan lagi. ye la yang kerja shif pagi tue, i tengok sampai tertidur kat kaunter. ingat sebelum nak tumpang tidur, sila beritahu terlebih dahulu pekerja di kaunter ]
BENDA-BENDA KECIL YANG TIDAK PATUT DILUPAKAN : 
  • bawak sehabis besar mungkin beg galas belakang. [senang galas je beg ]
  • jangan lupa bawak berus gigi, ubat gigi dan sabun mandi [ kongsi-kongsi la dengan kawan-kawan yang ikut sekaki tu, tetapi berus gigi takkan nak kongsi jugakkan ]
  • bawak bedak compaq MIYAMI. [ Bedak muka miyami two way foundation ]
  • minyak wangi botol kecik. [ jenis one drop ]
  • lip gloss [ lisa surihani akak i ]
dah baca habis kesemuanya. okeykan tips yang i kongsikan bersama u all semua. salam sayang dari i, kita bertemu lagi di tips yang akan datang. kalau ada tips lagi la.


BE KE-2 | TAHUN 2011

tajaan secantikmanis



alhamdulillah.. Kalau tidak silap perhitungan, macam baru semalam je i dapat  BUFFERED EARNING baru. hehehe perah satan lebih la i ini. tetapi yang penting dalam minggu ini i dapat 2 BE baru. a millions thanks for cik NUFFNANG dan bersyukur ke ILAHI di atas rezeki yang telah diberikan kepada i.


kiranya sekarang ini blog i ada 3 BE sedang running. cik NUFFNANG, mintak-mintak ketiga-tiga BE tu runnung lama-lama kat blog i ini ye.

PROMOTIONAL HOT TICKET : MAXIS

tajaan secantikmanis on Saturday, January 15, 2011

Promotion baru daripada HOTLINK. jom ramai-ramai pakat beli hot ticket. menikmatilah nilai besar kepasa semua pengguna MAXIS, dengan menambah kreadit anda menggunakan Young at Heart hot ticket. rugilah i cakap kat u all semua kalau u all tak mempergunakan faedah yang telah diberikan oleh pihak MAXIS @ HOTLINK.

RM6 Hot Ticket
  • 300 SMS
  • 20 minutes
  • All local networks, anytime
  • 4-day validity
 RM15 Hot Ticket
  • 1,000 SMS
  • 40 minutes
  • All local networks, anytime
  • 10-day validity


apabila u all semua lebih kerap ber'SMS' sehingga mencecah RM114, perghhhh u all akan mendapatkan PERCUMA Internet Hot Tiket (s) untuk berselancar hingga 250MB!

 Jangan terlepas Peluang besar untuk mengaktifkan internet PERCUMA Hot Tiket hari ini!

Activate and check the balance of your Hot Ticket
Your balance can now be carried forward! Find out more
FOR FESTIVE
Nikmati lebih nilai dengan Tiket Festive Hot. Dengan waktu bicara lebih dan SMS, anda akan dapat mencapai lebih ramai keluarga dan teman-teman pada musim ini. Dapatkan Keluarga Pilihan Personal Pan Pizza daripada Pizza Hut hanya RM1 + + dengan Tiket Hot Festive. 
 
RM10 Hot Ticket
  • 70 minutes
  • 120 SMS
  • All local networks, at anytime
  • 7-day validity
  • Local networks include all local mobile and fixed line
RM15 Hot Ticket
  • 120 minutes
  • 300SMS
  • All local networks, at anytime
  • 10-day validity
  • Local networks include all local mobile and fixed line



Present 2x RM10 Festive Hot Tickets at Pizza Hut to get a 6" Family Favourites Personal Pan Pizza for only RM1++, valid till 31 January 2011!



Present 1x RM15 Festive Hot Ticket at Pizza Hut to get a 6" Family Favourites Personal Pan Pizza for only RM1++, valid till 31 January 2011!

 *Subject to 5% Government Tax and 10% Service Charge.
Valid at all Pizza Hut restaurants in Malaysia except Genting Highlands & KLCC. Not valid for delivery.
Promotion until 31 January 2011.

FOR FESTIVE
Once your Hot Ticket is activated, an SMS containing the link to the Festive portal will be sent.

Example of content available:
- Vuclip
- FREE Festive MMS Content
- Hidup2 (Mobile Social Game)