About me

PIALA SUZUKI : PERLAWANAN PERTAMA ANTARA MALAYSIA DAN INDONESIA

tajaan secantikmanis on Saturday, December 25, 2010

bismillahirrahmanirrahim

bersyukur kehadrat-NYA, kerana kini i masih boleh memberi info atau berkongsi sedikit sebanyak info pada hari ini. semangat yang semakin membara-bara menjalar keseluruh bahagian tubuh badan i. kenapa tidaknya, tinggal 34 jam lagi untuk kita menyaksikan PERLAWANAN AKHIR PUSINGAN PERTAMA ANTARA MALAYSIA DAN INDONESIA, yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. walaupun baru pusingan pertama, kemenangan pada malam esok menjadi bekalan yang amat penting bagi skuad negara kita, MALAYSIA  untuk ke pusingan kedua. jika INDONESIA menang pada pusingan pertama, Presiden Indonesia bakal bikin gempak sekiranya INDONESIA jadi juara pada esok malam.


Presiden Indonesia, Susilo B Yudhoyono akan buat announcement serta-merta untuk menukar nama Indonesia kepada INDONGUAY, jika pasukan Indonesia, menang dalam pertemuan di final bertemu Malaysia..dikhabarkan, penukaran nama itu untuk mengenang jasa pemain Uruguay yg membantu Indonesia menjuarai Piala Aff Suzuki 2010. Difahamkan, dalam usaha menjuarai Piala Asia, Indonesia akan menaturalisasi 11 pemain Uruguay dan pemain asal Indonesia cuma akan beraksi memanaskan kaki pemain-pemain  Uruguay tersebut

sebelum inilah yang i tahu pun indonguay menang besar disebabkan pemain asing. jika tiada mereka-mereka ini? kalau di INDONESIA, mereka merasakan perlawanan akhir piala suzuki antara malaysia dengan indonesia melibatkan MARUAH. ayuh, kepada semua penyokong-penyokong skuad negara kita, MALAYSIA yang mana berkesempatan turun ke stadium esok mari turun beramai-ramai memberikan sokongan kepada pasukan MALAYSIA.
  • Tiket berharga RM30 bagi perlawanan akhir pusingan pertama Piala AFF Suzuki antara MALAYSIA dan INDONESIA pada Ahad ini masih boleh dibeli di Stadium Nasional Bukit Jalil dekat sini.
  • 40,000 tiket RM30 bagi tempat duduk terbuka masih ada.
  • Tiket berharga RM50 bagi tempat duduk VIP pula sudah habis dijual
  • FAM memperuntukkan 70,000 keping tiket berharga RM30 dan 2,500 tiket berharga RM50 kepada penyokong Malaysia, dan 15,000 tiket berharga RM30 dan 500 tiket berharga RM50 kepada penyokong Indonesia
  • Tiket-tiket turut dijual di kaunter khas yang dibuka dari 9 pagi hingga 5 petang di Kedutaan Indonesia di Jalan Tun Razak
  • Kaunter tiket di Stadium Nasional akan dibuka sehingga Ahad ini, dari 10 pagi hingga 7 petang

Photobucket