About me

khas untukmu abangkuss

tajaan secantikmanis on Sunday, August 1, 2010

Assalamualikum sahabat semua

bersama saya secantikmasin di dalam rancangan
gempar gempur kebabommm dapur

anda semua dah sediakan pen dan kertas?
saya  rasa tak anda semua tidak perlukan itu semua
menu kali ini ringkas sahaja


nama masakan kita pada hari ini

hakhakhak

okey kita pergi ke bahagian seterusnya
cara-cara memasak:

  • masak air panas sehingga mengelegak.
  • buka sebunggus maggie ikut perisa yang anda suka. kali ini say guna perisa tomyam
  • ramas-ramas maggie bagi hancur
  • masukkan ke dalam mangkuk
  • gunting paket perisa dan taburkan kedalam mangkuk secukup rasa
  • tutupkan mangkuk dengan penutup
  • biarkan selama 3 minit dan siap
tadddaaaaa senang kan??
apa-apa hal i nak larik dulu sebelum orang datang makan i




Contest "Saya Sayang Adik" anjuran Mama Ilah Fazilah

tajaan secantikmanis

Assalamualikum sahabat

Sewaktu i tengah berblogwalking tadi i ada jumpa 1 contest..
Perasaan i kuat menyuruh i mengklik ke blog mama ilah fazilah ini, dan sekaligus masuk contest ini.
Jomlah baca cerita i diantara i dengan adik i.




muhammad hafiz aidid


Aidid semasa adik berumur 2 hari, kakak sudah berumur 15 tahun. Walaupun umur kita saling berjauhan, tetapi percayalah..tidak ada sedikit pun iri hati dalam perasaan kakak bila melihat abah dan ibu lebih memberikan perhatian kepada adik. Semua orang berkata, kenapa aidid ni gelap, kakaknya putih pulak. Bagi orang yang di luar sana yang tidak tahu bahawa aidid adalah adik angkat mesti akan bertanya soalan sebegitu rupa. Biarlah aidid gelap, biarlah kakak putih. Tetapi tahi lalat kita serupa! Kakak sayang adik, abah sayang adik, ibu sayang adik dan atok,nenek,tok leman pun sayang adik.


dia suka bergambar macam kakaknya kan??


Ada masanya kakak rasa nak bagi pelempang jek..ada masanya kakak nak bagi cubitan pada adik,,tetapi tendangan adik, tepukan adik lagi berbisa terhadap kakak. Kakak biarkan saja. Kakak ketawa, sebab kakak tahu aidid adalah satu-satunya adik kakak di dunia ini.

Dulu adik kecik je. Muka adik, tapak tangan adik, kaki adik, badan adik, tetapi sekarang adik sudah besar. Sudah tinggi, sudah besar, tetapi kakak harapkan sebesar mana pun nanti adik..setinggi mana pun nanti adik tetap menjadi adik kakak yang kuat nanges,tidak kaut makan dan penonton channel setia ceria.




Adik peneman kakak shopping, adik peneman sewaktu kakak drive kereta, adik peneman kakak kuar dating dan utamanya.. adik peneman sewaktu kakak kena bantai dengan abah.
Kakak nanges,adik pun nanges.kakak tahu adik tak paham..tetapi adik tetap duduk peluk kakak. Terima kasih wahai adikku.

Awal tahun ini adik dah start sekolah. Kakak tengok adik pakai baju sekolah. Haiii dah besar adik kakak. Adik balik sekolah adik cakap cikgu suruh pakai baju sukan setiap hari. Heii mana ko belajar tipu ni!!keja ko nak main jek la 2!!

muhammad hafiz aidid
5 tahun

Kakak ajak adik buat keja sekolah. Adik rajin kejap je. Adik cakap dengan kakak.. “adik tak pandai,,adik malaslah” kakak tahu adik nak tengok cerita ceria. Okey kakak bukakan cerita ceria ye..

Hendak di ceritakan rasa sayang kakak pada adik rasanya sampai bila-bila pun tidak akan habis. Andai suatu hari nanti, muhammad hafiz aidid, adik kakak terbaca cerita ini...percayalah..sewaktu kakak menaip entri ini..kakak berada atas katil kakak kat kolej, mata kakak merah sebab masuk habuk!!

okey i nak pergi call ibu i jap.. nak bual-bual dengan adik i.


BICARA ROHANI: Pengertian Bulan-Bulan Islam

tajaan secantikmanis

 Assalamualikum sahabat

sudah masuk kita semua kedalam bulan 8..
macam-macam agenda yang sudah diatur dalam kalendar hp i
macam-macam juga jenis cubaan dalam bulan 8 ni

puasa pun dah nak menjelma
i harap duit untuk bulan ini cukup la ye
i nanti tidak mahu la pegi bazar ramadhan

giler ko tak pergi
mesti pergi punyalah
kalau bulan bukan puasa i belanja sehari untuk makan
RM5.00

untuk bulan puasa
entah-entah 2x ganda

hehehehhehehe


Ini ada sedikiti info Bulan-bulan Islam 12 Bulan dalam 1 Tahun 
Penetapan tahun Hijriah dilakukan pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab.
Tepatnya pada hari Khamis 8 Rabi'ul Awal tahun 17 Hijriah di tahun ke 4 Umar berkuasa. 
khas untuk sahabat semua. enjoy ur reading okey

1. Muharram - Ertinya yang diharamkan. 
Sebab dalam bulan itu dilarang menumpahkan darah atau berperang. Namun, larangan itu tidak berlaku lagi sejak turun firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 191. 

2. Safar - Ertinya Kosong. 
Ini kerana pada bulan ini pemukiman Arab dahulunya kosong dari kaum laki-laki untuk pergi berniaga, merantau atau berperang. 

3. Rabi'ul Awal - Rabi' ertinya menetap dan Awal ertinya pertama 
Jadi awal menetapnya kaum laki-laki sekembali mereka dari merantau atau berniaga. Rasulullah lahir, diangkat jadil rasul, melakukan hijrah, dan wafat terjadi pada bulan ini. 

4. Rabi'ul Akhir - Ertinya akhir dari masa menetap 
di rumah bagi kaum laki-laki. 

5. Jumadil Awal - Jumadi ertinya Kering 
Jadi ertinya awal dari musim kemarau. 

6. Jumadil Akhir - Ertinya Akhir dari musim kering atau kemarau. 

 
7. Rajab - Ertinya Mulia. 
Ini kerana bangsa Arab tempoh dahulu sangat memuliakan bulan ini. 

8. Syaban - Ertinya berkelompok. 
Kerana pada bulan ini lazimnya bangsa Arab berkelompok dalam mencari nafkah, kemungkinan untuk waktu yang lama. Pada bulan ini terjadi perpindahan, kiblat dari Baitul Muqaddas ke Ka'bah di Baitullah. 

9. Ramadhan - Ertinya sangat panas. 
Merupakan satu-satunya bulan yang disebut dalam Al-Quran. Bulan yang memiliki banyak kelebihan, keutamaan, kesucian, dan keistimewaan. 

10. Syawal - Ertinya kebahagiaan 
kerana kembalinya manusia kepada kesucian setelah menunaikan ibadah puasa dan membayar zakat. 

11. Zulqaidah - Zul ertinya pemilik dan qa'dah ertinya duduk, 
kerana bulan ini merupakan istirahat bagi kaum laki-laki. Mereka menikmatinya dengan duduk-duduk di rumah. 

12. Zulhijjah - Yang menunaikan haji. Sebab pada bulan ini umat Islam sejak nabi Adam as menunaikan ibadah haji.