About me

I TIDO SUNGGUH

tajaan secantikmanis on Monday, July 26, 2010

Assalamualikum sahabat

eikkk sebenarnya nak bagi tips ni sewaktu petang tadi. tapi kan i terlajak tido kerana hujan. arggg sungguh nyaman sekali. tetapi yang i peliknya, dah tido petang pun masih rasa ngantok malam ni. i ingatkan boleh la tidak lewat sikit.

aippp mana boleh!! 
i lupa esok kelas pukul 8.30 pagi. mana boleh tido lewat-lewat sangat. tetapi i terfikir lagi, rindu kat blog i sebab tidak ada entry baru yang nak berkongsi dengan sahabat semua.

okey i nak start cerita : 

pagi tadi
tempat : bilik digit 2
masa : 10.00 pagi

kul 9.30 pagi i dah tergedek-gedek turun dari aras 4 blok b3 nak ke bilik digit mengambil masa 10 minit.
10 minit saje,,tapi tangga yang terpaksa i melangkah

ohhh makkk aiiii
banyak betoi!!
boleh longgar lutut kaki i tahu.

okey fine.
i dah sampai bilik digit 2. siap amek gambar, siap gedik-gedik
dah setengah jam dah i tunggu lecture i ni.
ketua kelas merangkap kaki kuli..
[ hahah jahat ]

pergilah mencari lecture i dekat jabatan
lecture i buat muka terkejut : eh kelas awak pukul 10 ke?? saya ingatkan pukul 11
kaki kuli : senggih je la. dalam hati dah membara dah.
*dilakonkan semula*

lecture i bagi kunci bilik digit.
okey sekarang sudah pukul 11.00 pagi.
duduk dalam bilik digit, telah memjadikan i seorang yang pemalu.
i rasa malu nak berbual dengan orang.
i cuma nak letak kepala atas beg, dan pejam mata je.

hahahahahahah.
masa sudah pukul 11.30.
kaki kuli bangun dan membuat pengumuman.
"kelas batal,lecture baru bagi masej"

argggg. SABAR, SABAR.

Sengat tebuan rawat penyakit

tajaan secantikmanis

assalamualikum sahabat.
hari ini i nak jadi doktor berpengetahuan

hekhekhek

BAGI individu yang ingin mencuba alternatif perubatan moden, homeopati mungkin satu pilihan yang baik. Perubatan homeopati dikatakan mampu menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan penyakit sekali gus menyembuhkan penyakit yang dihidapi sehingga ke akar umbi.

Homeopati merupakan rawatan holistik yang memberi tumpuan lebih kepada pesakit berbanding penyakit yang dihidapi.Menurut pakar homeopati, Dr. Nik Fairuz Nik Omar yang berpengalaman selama lebih 10 tahun dalam bidang ini, kelebihan rawatan homeopati ialah ubat-ubatan yang digunakan tidak mengandungi bahan toksik dan dadah.

Ini secara tidak langsung menjadikan rawatan itu lebih selamat dan boleh diambil oleh semua golongan tanpa mengira peringkat umur.Ujarnya, ubat-ubatan yang digunakan bersumberkan tumbuh-tumbuhan, garam galian, haiwan dan sel-sel terpilih."Antara tumbuh-tumbuhan yang digunakan ialah bawang putih, bawang merah, bunga matahari dan lada hitam.

"Sebahagian besar pesakit yang mendapatkan rawatan terdiri daripada mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan saraf, pinggang, kencing manis, migrain dan demam."

"Tempoh untuk pesakit pulih pula bergantung pada keadaan pesakit selain mengambil ubat mengikut tempoh yang telah ditetapkan," katanya.“saya berpengalaman merawat seorang pesakit wanita yang menderita kanser serviks yang dikatakan tidak dapat disembuhkan.

"Syukur dia pulih semula selepas rawatan selama tiga bulan dan hidup sampai sekarang. Namun, semua ini adalah ketentuan Allah, bukan saya," ujarnya.

Malaysia kejutkan Korea Selatan

tajaan secantikmanis

SKUAD bola sepak kebangsaan membuktikan mereka kini wajar untuk terus digeruni apabila berjaya mengejutkan skuad Olimpik Korea Selatan 1-0 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam.

cik punya blog : eh eh mereka ini ada perlawanan apa?? kenapa i tidak tahu pun. lawan dekat malaysia lagi.
roomate : alah teruskan pembacaan anda.
cik punya blog : potong stim betul!!


Gol pertama Malaysia diperoleh pada minit ke-50 menerusi rembatan Safiq Rahim selepas sepakan percuma yang diambilnya sebelum itu gagal dikeluarkan dari kawasan bahaya oleh pertahanan Korea Selatan.

Korea Selatan yang seakan tersentak dengan jaringan itu mula bangkit mengatur serangan tetapi masih gagal menembusi kekebalan benteng pertaha- nan yang diterajui ketua pasukan, Aidil Zafuan Radzak, Nasriq Baharom, Sabre Mat Abu dan Asraruddin Putra Omar.

cik punya blog : siapa ye Safiq Rahim ini?
roomate : entah..janji Aidil Zafuan Radzak ada...( dengan senyuman kambingnya )
cik punya blog : ngeeee

jersi biru no 10 itulah safiq rahim

AMARAN : MAJULAH SUKAN UNTUK I