About me

Tips Membuat Lelaki Jatuh Cinta Pada Anda

tajaan secantikmanis on Saturday, July 24, 2010

Apakah anda mengetahui secara pasti apa yang harus dilakukan untuk membuat lelaki yang anda suka merasakan gejolak perasaan suka dan daya tarik pada diri anda? Bagaimana anda boleh memiliki lelaki yang anda sangat suka, tetapi anda tidak yakin apakah dia memiliki perasaan yang sama untuk menyedari dan menaruh perhatian pada anda? Dengan kata lain, apakah anda tahu bagaimana caranya membuat laki-laki itu jatuh cinta pada anda?

tahu ke tidak?
hendak tahu ke tidak?
hehehe saja je buat anda sahabat-sahabat hawa tertunggu-tunggu.

okey baca dengan teliti dan cuba praktikan ye.

1. Jadilah diri sendiri.
apakah anda seorang yang bodoh, poyo, lurus bendul atau orang yang paling cool sekalipun. jangan anda jadi diri orang lain. lelaki idaman anda pernah berkata pada anda yang dia suka wanita yang pandai berlawak, yang sporting, yang tidak kuat cemburu. hello!! kalau anda wanita yang tidak pandai berlawak, tidak sporting dan yang paling penting anda MEMANG seorang yang kuat CEMBURU anda tidak perlu mengubah perwatakan anda untuk jadi seperti yang dia inginkan. 

2.   Dapatkan perhatiannya.
dia tidak bisa membayangkan anda jika dia tidak tahu bahwa anda ada dalam hidup dia. dapatkan perhatian dia disini bermaksud macam anda masej dia terlebih dahulu. tetapi jangan pulak anda sentiasa @ 24 jam anda masej dia. kerana ini akan membuatkan dia rasa terganggu.

3. mengoda
dia mungkin akan menaruh rasa pada anda jika anda SEDIKIT menggoda. sedikit saje ye. jangan lebih-lebih nanti dikatakan gatai.

4. Jangan buat diri anda terlalu available
AVAILABLE! maksudnya anda kadang-kadang perlulah bermain tarik tali dengan dia. anda perlu jual mahal dengan dia. jangan menampakkan seperti anda seorang sahaja yang bertepuk sebelah tangan.



Contest Aku & Ray Bon !!!

tajaan secantikmanis

assalamualikum sahabat

hari ini semangat betul i tahu tak sahabat? eh kompem la semua tak tahu..hahahah..nie i rasa semangat sangat hendak meningkatkan duit nuffnang i.. so i berjalan-jalan, puas berjalan i berlari la pulak, datang yang terpaksa i merangkak..aishhhh puas la i merangkak sampai i rasa nak menangis la sebab merangkak.

jalan dan berlari dan merangkak i terjumpalah 1 contest nie..

eh eleh ayat punya cerita macam jumpa contest banyak sangat kan?
poyo la cik punya blog ni, tapi u all semua tetap sayang i kan?? kan??


Contest Aku & Ray Bon !!!



i fikir punya pikiaq nak letak gambar mana sebagai pertaruhan yang akan menjadikan i sebagai pemenangnya
oh oh oh jumpa sudah
i rasa ini saja lah gambar yang pernah i ambil dengan mengayakan cermin mana
nasib baik sungguh

kalau tidak i paksa roomate i ambikkan gambar i bercermin mata
dengan baju tido pun jadiklah
hehehehe

inilah gambarnya.
stylo ke tidak cermin mata i ni
murah je nie
cermin mata pasar malam


fuh mintak i lah pemenangnya
fuhhh uhhhhhh!!

syarat-syarat penyertaan sahabat semua boleh 

i di suruh tag 2 rakan blogger
susahnya nak fikir
siapa yang bertuah berada dalam kotak fikiran i untuk di tag

macam dah jumpa
proses lagi
okey kekiri, kekiri sikit lagi

okey jumpa sudah

p/s : semoga sahabat semua menjalani kehidupan yang penuh berpengalaman pada hari ini.


10 Perkata Yang Buat Lelaki Sedar

tajaan secantikmanis

  1. saat isteri atau teman wanita memasak untuk dirinya.
  2. saat wanita berpura-pura menikmati acara bola sepak kegemarannya, padahal dia tahu bahawa wanita yang didampinginya itu tidak suka pada bola sepak.
  3. saat wanita yang didampinginya meluangkan masa hanya untuk menemani dia menonton perlawanan bola sepak atau pun bermain bowling.
  4. saat wanita yang biasa didampingi menghilang dari kehidupannya. ketika inilah lelaki akan sedar yang mereka sebenarnya amat memerlukan wanita di samping dirinya.
  5. saat lelaki melihat mata wanita di penuhi dengan air mata kegembiraan, ketika mereka mengucapkan kata-kata hikmat. "sayang, aku cinta padamu" atau "sayang, sudikah di kau menjadi ibu kepada anak-anakku dan teman hidup hingga akhir hayatku".
  6. saat wanita membelikan baju jersi club kegemarannya.
  7. saat wanita memilih dirinya selain lelaki lain yang turut sama ada dalam hidupnya.
  8. saat wanita menelefon hanya semata-mata ingin mengucapkan "aku cinta padamu".
  9. saat wanita mengatakan bahawa mereka adalah segalanya dalam hidupnya.
  10. saat wanita mengajak mereka menemaninya berjumpa doktor hanya kerana dia mengadu sakit.



Tips Untuk Mengetahui Lelaki Suka Kita Atau Tidak

tajaan secantikmanis

pernahkah anda semua tertanya-tanya bahawa lelaki idaman anda suka anda atau tidak? mungkin anda boleh tanya sendiri pada lelaki tersebut, tapi i gerenti la.. mesti anda semua malu punya. seawal perkenalan i dengan buah hati i dulu i selalu tertanya-tanya. adakah si dia suka pada i ? adakah si dia sekadar ingin berkawan dengan i ? huh!! i ke yang hanya bertepuk sebelah tangan ??

anda sebenarnya tidak patut malu. anda mesti berkeyakinan. tanya pada lelaki idaman anda ? adakah dia suka pada anda ? kalau suka, suka bagaimana pula ? tapi kalau anda memang seorang yang pemalu.. mehh dekat-dekat dengan i. i nak bisik dengan anda semua.

pssttt ada 3 cara macam mana nak tahu bahawa lelaki idaman anda suka pada anda.. nak tahu tak? meh kiss i banyak-banyak dulu. hehehehe

opsss, only kaum hawa saja.

okey la.. i nak bagitahu la caranya ni. sudah sediakan kertas dan pen untuk menyalin ke..

  1. adakah si lelaki itu gelisah ketika berhadapan dengan anda? atau dalam ayat yang senang difahami, si lelaki itu tak senang duduk. ada sahaja perkara yang nak di buatnya. seperti buah hati i dulu la. pernah banyak kali asyik tanya i soalan yang sama. bukan setakat itu saja, pernah juga air tertumpah.
  2. perhatikan gerak geri si lelaki. dia selalu perhatikan anda? dia selalu mencuri-curi cari mata anda? ketika berjalan dia selalu berjalan dekat-dekat anda? tiap malam sebelum tidur akan ada masej ucapan selamat malam dari dia? ini semua adalah tanya si lelaki suka pada anda.
  3. sentuhan adalah perkara yang paling jelas menunjukan lelaki suka pada anda. bukan sentuhan intim ye?? kalau macam itu, sudah lama i reject!! sentuhan seperti lap peluh pada dahi anda, mengusap kepala anda, menyelak-yelak rambut anda jugak adalah tanda yang si lelaki suka pada anda.
so, anda semua dah terbayang-bayangkan ke? ada ke si dia buat perkara yang i katakan?