About me

PERSANDINGAN CIKGU JULIA

tajaan secantikmanis on Sunday, January 10, 2010


MAJLIS PERKAHWINAN
julia binti unos
&
norizal bin rahmat


akhirnya kahwin jugak cikgu sekolah rendah aku ni.aku dah anggap dia macam akak aku dah.aku kenal dengan dia,waktu aku berpindah ke kukup,pontian dan bersekolah di sekolah kebangsaan sg. durian. dia yang menyuruh aku masuk team netball. gilerr!!!waktu tue dah la aku xreti main netball,tapi dipaksanya..dah la dipaksa...pastu jadikan aku gs pulak tue..mampos la masa tue.


banyak lah kenangan aku dengan dia..kebanyakannya masa aku dlm team netball la.kami menang peringkat sekolah,pastu ke peringkat daerah dan ke peringat negeri..ada dalam 1 tahun tue..satu team yang sama dari peringkat sekolah ke negeri kami dapat johan..memang best wo!!sebab kami menang,kami penah berjalan sampai ke gunung lumut kat kluang.


waktu latihan kami xdibenarkan ketawa. tapi aku nie selalu ketawa tau..dengan kawan aku,yardiana..hahhaha..nanti cikgu julia nie menjerit satu sekolah dengar.."aleya...yana..jangan ketawa!!karang kena berlari 5 round kat padang tue nanti"

kami pun apa lagi..makin la ketawa..hahahah


cigku julia nie seorang yang serius.. dan memahami serta sporting gitu.. setiap pagi sebelum latihan dimulakan kami kena makan telur mentah 2 biji..(menda alah tue paling aku xsuka)..
euwwww....xsedap langsung la.dia kata telur mentah memberikan tenaga.sapa xmakan habis,keta ketuk ketambi 10x..sporting xsportingnya cikgu aku nie.

sekarang nie pun dia tetap aktif dalam sukan netball.lepas je majlis bersanding nie,dia kata latihan netball terus bermuka..cayalah cikgu!! hahaha

disini saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat berbahagia kepada cikgu dan suami. cepat2 dapat anak yekk..biar anak perempuan ramai..cukupkan satu team netball.
hehehhehehehh


Kompang dipalu pengantin baru
Duduk bersanding tersipu malu
Kompang dipalu pengantin malu
Moga bahagia ke anak cucu

Kami doakan moga bahagia
Selamat sejahtera hingga akhir zaman

Mempelai tersenyum manis
Air mawar direnjis-renjis
Bunga manggar indah berseri

Oh….. senyum tawa dan gembira
Sanak saudara semua oh indahnya

Merahnya inai di jari
Tanda kasih dah termateri
Ikatan raja sehari

Oh…. Hari yang dinanti-nanti
Sudahlah menjelma kini kekal dan abadi

Selamat pengantin baru
Moga kekal ke anak cucu
Selamat pengantin baru