About me

MALAYSIA MENANG DENGAN BERGAYA,ALHAMDULILLAH.

tajaan secantikmanis on Sunday, December 26, 2010


bismillahirrahmanirrahim
tiada kata-kata yang mampu diucapkan kepada seluruh skuad negara MALAYSIA kita kerana menang dengan bergayanya. i hanya mampu melihat secara langsung menerusi saluran TV1, itupun sudah kira bersyukur sangat-sangat. *niat dihati nak pergi tengok kat stadium GELORA BUNG KARNO*

masa minit pertama, bola kebanyakkannya dikawal oleh INDONESIA. masuk separuh masa yang kedua, dilihat INDONESIA mempercepatkan permainan mereka dan membuatkan kawalan pertahanan MALAYSIA sedikit kucar kacir..MALAYSIA diberikan sepakan percuma pada minit 53 tetapi gagal disempurnakan, kerana tiba-tiba penjaga gol INDONESIA Markus buat gempaq dengan mengatakan ada penyokong bermain laser. permainan dihentikan selama 5 minit.

permainan diteruskan. hasil lorongan Norshahrul yang menggelecek 3 pemain INDONESIA digunakan sebaik mungkin oleh Safee Sali untuk membawa MALAYSIA mendahului INDONESIA 1-0 di separuh masa yang kedua pada minit ke 60. 
Rembatan gol oleh Mohamed Ashari pada minit ke 67 membolehkan MALAYSIA mendahului 2-0 mengatasi INDONESIA. Pujian patut diberikan kepada Norshahrul kerana menjadi playmaker yang mantap malam ini. Sekali lagi penguasaan MALAYSIA yang semakin garang dengan gol yang dilakukan oleh Safee Sali pada minit ke 72 sekaligus menjadikan 3 gol buat MALAYSIA. Separuh masa kedua berakhir dan ditambah 8 minit lagi masa perlawanan.

8 minit masa tambahan berakhir dengan kemenangan MALAYSIA!


Photobucket
Please Share it! :)